Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: The Red Warriors Intai Safee Sali, Ikat Petratos.

Pages

Monday, December 3, 2012

The Red Warriors Intai Safee Sali, Ikat Petratos.

PEMAIN skuad bawah 23 tahun Australia, Dimitrios Pertratos dan penyerang kebangsaan, Mohd Safee Sali antara yang disebut-sebut bakal disunting oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi memperkuatkan pasukan Kelantan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.


Sumber Kafa memberitahu, penyerang Pelita Jaya FC yang sedang beraksi bersama skuad kebangsaan dalam Kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 dikatakan berada dalam perhatian meskipun tiada pengesahan rasmi diberikan oleh pihak terbabit setakat ini.


Menurut sumber itu lagi, Pertratos pula hampir pasti menjadi pilihan Kafa bagi menyarung jersi The Red Warriors secara pinjaman untuk tempoh enam bulan setelah kontrak Mohammad Ghaddar tidak disambung pada musim depan.


"Dimitrios Pertratos merupakan pemain Sydney FC yang berpengkalan di New South Wales, Australia. Dia masih muda (20 tahun), mempunyai ketinggian 1.76 meter dan boleh beraksi di posisi serangan dan pemain tengah menyerang," katanya kepada Sinar Harian semalam.


"Kita dapatkan khidmat beliau atas dasar pinjaman bagi tempoh tersebut. Keputusan mengikat Pertratos dilakukan sebagai usaha memperkuatkan pasukan Kelantan bagi mempertahankan ketiga-tiga piala dimenangi selain menghadapi Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bermula Mac nanti.


Sebuah portal sukan, Australian FourFour Two pada 23 November lalu melaporkan juara treble dari Malaysia, Kelantan dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat Pertratos terutamanya bagi mengharungi saingan baharu kempen Piala AFC nanti.


Malah, ejen Pertratos, James Hardy dalam artikel tersebut menyifatkan tawaran dikemukakan Kelantan sangat menarik dan memberi peluang kepada pemain muda itu mengembangkan kerjayanya setelah jarang diberi peluang beraksi bersama kelabnya sebelum ini.


Ini diperkukuhkan lagi apabila Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa yang dipetik daripada laman sosialnya semalam memberitahu, Kelantan sah akan mengikat kontrak dengan seorang pemain yang beraksi dengan sebuah kelab dalam Liga Juara-Juara Asia.


"Dia akan menggantikan Mohammad Ghaddar. Kita terpaksa melupakan Ghaddar yang menuntut kenaikan gaji 100 peratus. Saya tak mampu, lagi pun prestasinya juga tak konsisten," katanya.


Annuar juga memberitahu, pihak Kafa akan mengadakan satu majlis memperkenalkan pemain baru mereka iaitu Zairo Annuar Zailani, Mohd Faiz Subri dan seorang lagi pemain tempatan di Kota Bharu, hari ini.


Selain Pertratos, Kafa juga difahamkan turut memperkenalkan bekas penyerang T-Team dan Johor FC, Mohd Haris Safwan Mohd Kamal dan seorang lagi pemain import dari Croatia pada majlis tersebut.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...