Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: #Facebook Sekat Akses #Instagram Di @Twitter

Pages

Monday, December 10, 2012

#Facebook Sekat Akses #Instagram Di @Twitter




Instagram kini tidak membenarkan pengguna Twitter untuk melihat gambar yang dimuat naik ke dalam laman perkongsian gambar tersebut, dalam usahanya untuk menggalakkan orang ramai menggunakan laman web sosialnya, Facebook.


Ketua Pegawai Eksekutif Instagram, Kevin Systrom hari ini mengumumkan, pihaknya telah menghentikan khidmat sokongannya kepada Twitter, sekali gus memberi petunjuk kepada perselisihan yang semakin mendalam antara dua gergasi media sosial itu.


Pengguna Twitter mula membuat aduan awal minggu ini di mesej awam berhubung gambar-gambar Instagram yang tidak dipaparkan dengan elok di akaun Twitter mereka.


"Sebelum ini kami memberi sokongan kepada Twitter kerana kami mempunyai ciri-ciri laman web yang minimum.


"Sekarang, kami telah memperkenalkan perisian baru yang membolehkan pengguna mengulas atau menandakan 'like' pada gambar di laman web Instagram secara langsung," kata Systrom.


Persaingan antara Facebook dan Twitter bertambah hebat pada April lalu selepas Facebook membeli Instagram.


Sejak itu hubungan kedua-dua syarikat tersebut menjadi tegang dan pada Julai lalu, Twitter menyekat Instagram daripada menggunakan datanya untuk membantu pengguna baru laman perkongsian gambar itu mencari teman.

-AGENSI

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...