Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: #PAS Mahu PR Umum #PM Lepas Penamaan Calon, Anwar Masih Belum 'Confirmed'

Pages

Wednesday, December 5, 2012

#PAS Mahu PR Umum #PM Lepas Penamaan Calon, Anwar Masih Belum 'Confirmed'

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mencadangkan agar Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan nama bakal Perdana Menteri daripada kalangan mereka selepas penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


"Waktu paling sesuai diumumkan secara rasmi siapa bakal Perdana Menteri ialah selepas penamaan calon, supaya rakyat ada clear choice selepas itu," kata beliau dipetik Harakahdaily.


Cadangannya itu bagaimanapun kata beliau, terletak pada budi bicara pimpinan tertinggi PR.


Jelasnya, cadangan itu akan memberi semangat kepada penyokong PR untuk bekerja memenangkan calon masing-masing dalam pilihan raya umum nanti.


"Kerana untuk jadi Perdana Menteri mesti bertanding dalam PRU13 dan mesti menang. Jadi selepas penamaan calon kita sudah ada nama bakal perdana menteri," katanya.


Namun katanya, soal siapa jadi Perdana Menteri bagi PR nanti akan ditentukan oleh pimpinan tertinggi apabila sampai masanya.


"Walaupun pada waktu ini secara rasmi belum diputuskan siapa, saya lihat ia tidak ada masalah sebab tidak ada perebutan di dalam Pakatan Rakyat," katanya.


Perkara itu muncul kontroversi ekoran pandangan bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang wajar menjadi Perdana Menteri jika PR membentuk kerajaan pusat pada PRU13.


Cadangan itu dikemukakan pada Muktamar Tahunan Pas di Kelantan bulan lalu.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...