Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: September 2012

Pages

Friday, September 28, 2012

GUAN ENG PERLU MINTA MAAF KEPADA NIK AZIZ AMACAM.. ADA BERANI KE LU?

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta memohon maaf kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu hudud di atas semangat setiakawan berpolitik.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, sebagai sekutu dalam pembangkang, Setiausaha Agung DAP itu wajar menghormati pendirian Pas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.

"Hudud adalah sebahagian daripada syariat Islam. Kita akan tetap laksanakannya melalui sistem demokrasi.

"Jika kita majoriti, kita boleh laksanakannya sebagai undang-undang. Masa itu tidak timbul isu setuju atau tidak setuju," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng baru-baru ini digesa membuat permohonan maaf selepas kenyataan beliau yang menegaskan hukum Islam itu bukan dasar pakatan pembangkang.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, September 17, 2012

BONGKARR!!! PETUA ISI MINYAK DENGAN HARGA MURAH ATAUPUN PERCUMA..!!!

Ni petua yang baru KC dapat dari Anak Oner stesen minyak Petronas Kamunting. Masa-masa tengah gawat dengan sebab berbelanja lebih masa Hari Raya Aidilfitri itu hari atau gaji lambat lagi keluar, tentu korang nak isi minyak dengan harga yang lagi murah.

Dari dulu KC dengan Anak Oner Stesen Minyak ni agak rapat la, so dia rasa KC org yang agak sesuai kot utk dia berikan tips (dgn syarat jangan buat kat tempat dia) mcm mana nak turunkan harga RM1.92 sen kat pam minyak jadi 0.92 or suka ati korang la nak letak berapa sen... mula2 mmg KC tak percaya... tapi......



1. Korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapapun... dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik hargakat pam korang pilih tu... x kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV


2. Korang gi balik kat pam korang tu, dan JANGAN angkat nozel lagi. 


3. Kat pam tu kan ada dua punat2 utk nombor (bukan utk credit card tau)yang bawah pada screen liter tu... kira mcm nak isi manual nyer harga la 


4. Korang tekan 'CLEAR' - utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi 


5. Then korang tekan ENTER - 3x 


6. Then korang tekan '0' , '0', '0', '9', '2' (0.92 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka 


7. Pastu korang tekan enter - 3x sekali lagi 


8. Tekan butang clear - 2x 


9. Then korang tekan berapa puluh atau ratus korang nak isi 


10. Tekan ENTER lepas dah masukkan nilai isian pastu... supervisor petrol pam akan jumpa korang




"WOIII!!! Apa ko buat ni... main tekan-tekan ni... xde keje lain ker...!!!!"



so korang dengan muka tersipu-sipu isi jer la minyak dengan muka selamba...

Mana boleh KC sorang jer yang kena, korang pun kena la jugakkkk... Hah apa lagiiiii...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PANASS !!! NIZAR LAMBAI DISAHKAN KURANG SIUMAN..

PAS mendakwa bahawa Umno sedang menghadapi tsunami politik yang lebih besar dalam parti tersebut daripada apa yang dialami sepanjang tahun 2008.

Bekas Menteri Besar Perak yang paling singkat dalam sejarah, Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu bahawa kegawatan politik dalam Umno semasa tsunami politik 2008 adalah pada tahap yang rendah tetapi kini ia telah menjadi lebih ganas.

"Terdapat maklumat dari sumber dalaman bahawa tiga pemimpin Umno - Mahathir (Mohamad), Tengku Razaleigh (Hamzah) dan (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin (Yassin) (bersaing sesama sendiri) cuba untuk menggantikan Najib Altantuya sebagai Presiden Umno sebelum pilihanraya umum akan datang, "kata Nizar.

Beliau berkata ketiga-tiga pemimpin Umno ini takut bahawa parti itu mungkin hancur dan BN akan kehilangan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang jika Najib Altantuya terus memimpin.

Bagi membuktikan hujah beliau, Nizar berkata beliau telah mendapat maklumat bahawa poster Muhyiddin menggantikan Najib Altantuya telah secara meluas diedarkan di Johor.

Beliau juga mendapat maklumat bahawa Mahathir sudah bersedia untuk keluar dari persaraannya bagi meneruskan jawatan Perdana Menteri jika diminta untuk berbuat demikian.

Pemimpin vokal PAS ini juga tidak menolak kemungkinan Angkatan Amanah Rakyat (Amanah) pimpinan Razaleigh bakal menggantikan Umno sekarang.

Nizar meramalkan bahawa ia akan menjadi "perang politik paling kotor" dalam Umno menafikan perjuangan ahli semata-mata untuk keuntungan peribadi dan bukannya memastikan BN menang dalam pilihanraya umum akan datang.

Bercakap dalam satu ceramah di Perak minggu lepas, Nizar berkata, Umno juga menghadapi dilema politik di peringkat negeri.

"Saya diberitahu bahawa Najib Altantuya telah menuntut bahawa 90% daripada calon-calon Umno di Perak mesti terdiri daripada muka-muka baru, profesional, yang mempunyai latar belakang pendidikan dan tidak semestinya ahli jawatankuasa Umno untuk menjadi calon boleh menang dalam pilihanraya umum akan datang.

"Seorang Timbalan Ketua Umno bahagian memberitahu saya bahawa kebanyakan ahli kecewa dengan keputusan ini.

Jadi mereka hanya menunggu tarikh apabila Najib Altantuya mengisytiharkan pembubaran Parlimen dan ramai ahli Umno dari Perak akan keluar dan menyertai Amanah.

"Ku Li telah datang ke Perak pada bulan April dan beliau mendapat beberapa momentum (dalam ahli merekrut bagi Amanah). Jadi dalam Umno ada lagi Umno, "katanya.

Pemimpin PAS juga mendedahkan bahawa terdapat perbalahan sengit dalam Umno Perak bagi beberapa kerusi parlimen dan DUN yang masih belum selesai.

Dalam ucapannya, Nizar juga menunjukkan slaid dan rakaman video mengenai salah laku yang dikatakan dilakukan ahli Umno.

Beliau juga menunjukkan video klip kontroversi di YouTube bagaimana Najib Altantuya dan isterinya Rosmah Mansor menari pada hari pertama sambutan Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasmi mereka di Putrajaya.


p/s: Confirm dah sewel mangkuk ayun pencacai DAP sekor nih.. Makin teruk nampaknya dia punya imaginasi... Hahahaha...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BENARKAH ORANG MELAYU ISLAM KITA MUDAH DITIPU..????

Orang Melayu dan Islam boleh dikatakan amat senang ditipu terutama yg melibatkan hal2berkaitan dengan Islam. Sebut saja atas nama Islam, maka tanpa usul periksa kita menjadi taksub, apa lagi yg bercakap tu berserban, berjanggut & berjubah. Ramai menjadi mangsa akibat dari kejahilan dan kelemahan iman sendiri. Sedikit saja manipulasi, maka taksub atau fanatik lah mereka jadinya.

Ini berlaku terang2an kepada Penyokong PAS dan PKR! Pernah di Bachok, Kelantan, berpusu2 orang ke sebuah telaga untuk minum airnya walaupun kotor kerana percaya ia berkhasiat dan boleh menyembuhkan penyakit. Setiap seorang dikenakan bayaran beberapa ringgit diberi minum air telaga itu. Mereka sebenarnya mangsa penipuan pemilik telaga itu. Sebatang pokok kononnya boleh membawa tuah kerana menyerupai wajah manusia juga menarik ramai pengunjung, justeru membuka peluang kepada pemilik pokok untuk 'buat duit' daripada mereka yg mudah tertipu.

Kita juga pernah terbaca mengenai orang tertipu dengan khasiat batu, sehingga sanggup membayar ribuan ringgit. Kononnya jika diminum air yg direndam batu itu, maka macam2 keadaan yg dihadapi dapat dipulihkan. Berapa ramai pula anak dara, pelajar dan wanita yg tertipu seterusnya dicabul dan dirogol bomoh durjana, yg kononnya dapat merawat pelbagai penyakit yg dihadapi mereka. Paling banyak kedengaran masakini ialah penipuan yg dijalankan secara licik oleh warga Afrika. Mereka mengguna pelbagai kaedah untuk memperdaya mangsa melalui internet. Skim black money, peninggalan harta wasiat, pelaburan secara maya dan bercinta dengan wanita berumur adalah antara bentuk penipuan popular.

Walaupun banyak kali didedahkan di media umum dan diberi peringatan oleh pihak berkuasa, masih ramai yg terjerumus. Tidak kurang juga terpedaya dengan balasan lumayan untuk menjadi keldai dadah, termasuk pelajar institusi pengajian tinggi. Kenapa mudah sangat rakyat kita ditipu? Penipuan juga sering berlaku dalam urusan perniagaan dan muamalat dalam sektor awam dan swasta. Dalam bidang agama pula, penipuan dilakukan oleh mereka yg memanipulasi kelemahan jatidiri dan akidah pengikut untuk kepentingan diri, keluarga atau kumpulan.

Pengikut Kerajaan Langit, misalnya, sanggup minum air basuhan kaki ketua mereka Ayah Pin, kononnya kerana air itu suci. Boleh dikatakan semua ajaran sesat mempunyai unsur penipuan. Ramai profesional seperti peguam dan doktor, serta artis dan pegawai tinggi kerajaan menjadi ahli pergerakan Al-Arqam pimpinan Ashaari Muhammad, yg mendakwa boleh bercakap terus dengan Nabi Muhammad SAW.

Penyanyi terkenal 1980-an, Sahara Yaacob, pernah berkata beliau menyertai kumpulan ini kerana insaf kekurangan ilmu agama pada dirinya dan mahu menjadikan Al-Arqam sebagai jalan singkat ke syurga. Oleh kerana terlalu taksub dan yakin akan kebenaran mereka, Ashaari Muhammad menganjurkan majlis solat hajat dan doa muhaballah besar2an, termasuk menjemput wartawan, pada 30 Jun 1994. Beliau mohon ALLAH SWT memberi petunjuk dan bukti kebenaran mereka dalam tempoh tiga bulan. Dengan kuasa ILAHI, pergerakan ini diisytiharkan haram oleh kerajaan Malaysia pada Ogos 1994 dan Ashaari sendiri mengalami penyakit tidak boleh bercakap.

Penipuan politik atas nama agama juga memang banyak. Antara yg akan tercatat dalam sejarah negara ialah janji palsu mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Sudah berpuluh tahun hal ini dipercakapkan, namun apabila memenangi Kelantan pada 1990 (dan selepas itu Terengganu), Pas masih gagal melaksanakannya. Pelbagai alasan diberikan dan menuding jari terhadap pihak lain, khususnya Umno, sebagai punca hukum hudud tidak dapat dilaksanakan. Hakikatnya, hudud adalah modal pilihan raya semata2. Untuk PRU Ke-13, isu hudud diputar semula. Cuma kali ini, pengundi mungkin tidak begitu mempercayai Pas lagi.

Penipuan politik terbesar dalam sejarah Malaysia ialah pengisytiharan pemimpin pembangkang yg obses menjadi Perdana Menteri tiga tahun lalu bahawa sehingga 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional akan berpaling tadah, justeru memberi peluang kepadanya memperolehi majoriti di Parlimen dan menguasai Putrajaya. Kononnya, beliau disokong Panglima Angkatan Tentera Malaysia, malah Yang di-Pertuan Agong juga menunggu menyempurnakan upacara mengangkat sumpah peralihan kuasa di peringkat pusat. Terbukti beliau membohongi seluruh rakyat Malaysia. Ini namanya menipu hidup2. Kita percaya rakyat Malaysia tentunya tidak mahu tertipu lagi.

Kita diingatkan ALLAH SWT: Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itulah orang-orang pendusta (16:105). ALLAH SWT juga memberi amaran: Dan siapa diantara mereka yang mengambil bahagian terbesar dengan penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. (24:11)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, September 16, 2012

TERBARU !! SKANDAL SEKS PENGERUSI MASJID & BINI ORANG ?!!

Satu lagi skandal didedahkan oleh KEDAHAN69ERS.COM yang melibatkan Pengerusi Pembinaan Masjid Taman Kenari, Padang Serai dengan isteri orang. Individu berkenaan yang dikatakan bernama Sulaiman juga merupakan salah seorang Ahli Majlis MDK (Majlis Daerah Kulim).

Apa nak kata lagi...

Para penyokong PAS Padang Serai dan Kulim-Bandar Baharu pastinya akan cuba untuk menidakkan pendedahan ini sebagaimana yang mereka cuba lakukan terhadap ADUN Merbau Pulas, Siti Aisyah Ghazali yang kemudiannya, ternyata benar-benar mengahwini bekas pemandunya dan menjadi isteri kedua.

Pendedahan tentang Siti Aisyah Ghazali dan skandalnya dengan Sazali bin Sudin yang turut mendapat perhatian Menteri Besar Kedah, cuba disorokkan dan diberikan gambaran yang baik-baik.

Bagaimanapun, bangkai gajah tidak boleh disorok dengan sehelai daun.

Itu jugalah yang berlaku kepada Pengerusi Pembinaan Masjid Taman Kenari, Padang Serai itu...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BERPOLITIK PERLU KEWARASAN BUKAN MENJAHANAMKAN.

GAYA orang kita berpolitik nampak semakin pelik. Apa sahaja yang boleh dijadikan isu, dibumbu (digunakan) sehabis boleh. Yang penting dapat menarik perhatian rakyat. Kiranya gagal menarik perhatian, dapat mengelirukan pun sudah cukup baik. Kepentingan pembinaan negara bangsa juga sanggup dipertaruhkan.

Semakin dekat pilihan raya, semakin gigih usaha digembeling tanpa menghiraukan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kepercayaan dihakis. Kesetiaan dikhianati. Keluhuran Perlembagaan dinilai sebagai dokumen lapuk. Kedaulatan Undang-Undang diperlekeh. Kesopanan dan Kesusilaan macam apa adanya sekarang.

Apa yang telah dibina sekian lama, cuba diruntuhkan. Yang disemai adalah bibit-bibit kebencian. Apa yang berlaku di negara-negara Timur Tengah diuar-uarkan sebagai kebangkitan rakyat, dan rakyat negara kita juga perlu bangkit tanpa diperjelaskan apa dan kenapa sebenarnya.

Undang-undang diheret ke jalan-jalan raya dalam satu amalan yang disifatkan demokrasi dan disebut demonstrasi.

Lepas satu, satu lagi demonstrasi dianjur bagi memperlihatkan kepada dunia bahawa rakyat marah dengan kerajaan. Kerajaan yang telah sekian lama berbakti ini dilihat korupsi dan mengkhianati rakyat. Kerajaan tidak bersih. Lalu ramailah orang berhimpun dekat Dataran Merdeka dalam Janji Bersih. Bagaimanalah boleh kita menjanjikan bersih apabila yang berhimpun adalah ternyata pengacau-pengacau?

Pada malam kita menyambut kemerdekaan, orang melaung-laungkan janji bersih.

Pada masa kita menghayati perjuangan generasi terdahulu, kita bersikap seperti tidak bertamadun.

Pada malam yang sepatutnya orang memperbaharui dan memupuk kesetiaan, benih-benih kebencian disemai.

Pada masa kita menjulang bendera di puncak tiang, bendera itu mahu ditukarkan.

Sambutan memperingati tarikh kemerdekaan dan seluruh perjuangan merdeka bebas telah berubah menjadi bahan senda gurauan.

Dalam sejarah, belum pernah ada bendera sesebuah negara ditukar hanya kerana kehendak beberapa orang. Dalam sejarah juga belum pernah ada rakyat menghina bendera negaranya sendiri. Memang ada kejadian memijak atau membakar bendera, tetapi ini dilakukan oleh rakyat negara lain sebagai protes terhadap dasar negara luar. Orang tidak pernah protes negara sendiri dengan menghina bendera negaranya, walaupun pada negara yang rakyatnya terbelenggu dengan kadar pengangguran yang tinggi dan malahan kebuluran!

Maaf saya katakan, Raja kita, bukan Raja Kelawar atau Raja Lekuk. Raja kita terangkum dalam Perlembagaan yang kita sendiri nukil dan terima sejak dahulu. Diterima oleh siapa pun yang mengaku sebagai warganegara. Namun, raja kita pun disigung. Orang telah diasuh melangkahi gambar pemimpin malah memijak-mijak.

Dan akhirnya orang tergamak membuntutkan dan memijak gambar Perdana Menteri kita.

Saya percaya seluruh rakyat sangat terasa menonton adegan ini.

Harap tidak keterlaluan, bila saya mengandaikan negara ini sebagai sebuah pentas untuk para pelakon berlakon dan penonton menikmati hasil lakonan sebagai hiburan.

Berlakonlah semahu mana, sama ada mengikut skrip atau tidak. Bersoraklah sesuka kita. Akan tetapi berlakonlah dan bersoraklah mengikut maksud masing-masing asal jangan sampai pentas ini rosak binasa sehingga kita tiada lagi tempat berlakon dan penonton bertempiaran lari.

Dalam satu gerakan kemanusiaan menyelamatkan pendatang tanpa izin 1982 dekat Sri Pantai, Mersing, Johor dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan dan pemantauan, seorang atasan bercakap kepada saya yang sehingga kini tetap saya ingat:

"Jadilah apa pun terhadap negara ini, janganlah kita lari seperti orang-orang hanyut ini. Apa pun yang berlaku, tetaplah, setialah di negara kita sendiri!"

Kita masih belum terlambat mengubah gaya kita berpolitik. Politik hanya cara. Keutuhan negara perlu pertimbangan waras.ishak mohamed

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, September 3, 2012

PAKATAN KANTOI PERKENALKAN BENDERA BARU GANTI JALUR GEMILANG...??

Usaha Pakatan Rakyat memperkenalkan bendera baru bagi menukar Jalur Gemilang benar-benar memakan diri parti tersebut. Walaupun Anwar bersungguh-sungguh cuba menafikan yang PR punya sebarang niat sedemikian, namun pengakuan pegawai Anwar untuk tugas sebagai penasihat ekonomi Selangor, Najwan Halimi, sebagai pencipta bendera tersebut, menyebabkan penafian Anwar terkantoi.

Najwan telah mempertahankan bendera Sang Saka Bangsa ciptaannya yang didakwanya dicipta seawal tahun 2007. Profile facebook Najwan menamakan dirinya sebagai Timbalan Ketua Penerangan AMK Malaysia, seorang pengamal politik "moderate" dan pengasas serta pengarah Akademi Pak Sako, sebuah akademi yang menggunakan nama Pak Sako, nama sebenar kepada Ishak Haji Muhammad, individu yang mengagaskan idea penyatuan Melayu Raya Indonesia, Malaysia dan Brunei.

Perlu diingatkan iaitu, pada tahun 2003, PKR, pada ketika itu memakai nama Parti Keadilan Nasional (PKN) telah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) iaitu satu-satunya parti berhaluan kiri yang masih wujud pada hari ini.

Mengimbas sejarah PRM, pada tahun 1958, PRM pimpinan Ahmad Boestamam telah bergabung dengan Parti Buruh Malaya, pimpinan Pak Sako dan Parti Perhimpunan Kebangsaan, pimpinan Abdul Aziz Ishak) dan menamakan gabungan mereka sebagai Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People "Socialist Front") yang berhaluan kiri.

Sebelum itu, pada tahun 1938 Ahmad Boestamam menubuhkan Gerakan Kiri Tanah Air (KITA) yang bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya bagi menentang Jepun. Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1945.

PKMM mempunyai dua cawangan pemuda dan pemudi iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Boestamam, dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh yang juga salah seorang aktivis komunis.Pada tahun 1947, PKMM dipimpin pula oleh Pak Sako.

PKMM kemudiannya, menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan bergabung pula dengan AMCJA (All-Malaya Council of Joint Action) sebagai gabungan kumpulan sosialis Malaya. Gabungan ini bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 untuk penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Ini kerana PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Dalam usaha merealisasikan gagasan ini, PKMM mengambil bendera kebangsaan Indonesia " Sang Saka Merah Putih" sebagai bendera parti dan lagu kebangsaan Indonesia Raya sebagai lagu kebangsaan PKMM yang sering dinyanyikan dalam perhimpunan PKMM

Credit to: jomtibai @Tuah Bertuah

- dikuatkan lagi dgn kenyataan nihhh...!! http://m.malaysiakini.com/news/207829

- Dan betapa BIADAPnya mamat BISEKSUAL nihh! Jadi tak hairan la bila cai2 pakatan haram biadap! Papa HEBAT! PAPA BIADAP! http://m.youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=FBcjW6Z4pG4&desktop_uri=%2Fwatch%3Fv%3DFBcjW6Z4pG4%26feature%3Dyoutu.be&gl=US

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...