Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: #Gadis Dirogol Lelaki Baru Dikenali.

Pages

Friday, December 7, 2012

#Gadis Dirogol Lelaki Baru Dikenali.



Seorang gadis berusia 20-an yang menetap di sini berdepan detik mencemaskan dalam hidupnya apabila dia diculik pada 28 November lalu dan dirogol beberapa kali oleh lelaki yang baru dikenalinya sebelum dia berjaya melarikan diri 3 Disember lalu di Dungun, Terengganu.


Dalam kejadian 28 November lalu, Sinar Harian difahamkan bapa gadis malang berkenaan berusia lingkungan 50-an membuat laporan di Balai Polis Tampin selepas menerima panggilan telefon daripada anaknya yang dalam keadaan cemas.


Kali terakhir anaknya dilihat ialah pada 6 petang, 28 November lalu yang mahu keluar berjalan-jalan dengan lelaki yang baru sahaja dikenalinya itu.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, susulan kerjasama orang awam dalam membantu gadis berkenaan membuat laporan di Balai Polis Dungun, lelaki yang baru dikenalinya itu berjaya ditangkap pihak polis pada hari sama mangsa berjaya melarikan diri.


"Pada 3 Disember, suspek iaitu seorang lelaki berusia 20-an meninggalkan mangsa di dalam kereta yang masih belum dimatikan enjinnya untuk mengeluarkan wang di mesin ATM di Dungun, Terengganu.


"Bagaimanapun, mangsa yang menyedari dia mampu menyelamatkan diri telah bertindak melarikan kereta Perodua Kancil berkenaan dan memohon bantuan orang awam untuk bertanyakan lokasi balai polis berhampiran," katanya kepada Sinar Harian, di Ibu Pejabat Poilis Daerah (IPD) Tampin, dekat sini, semalam.


Kooi Cheang berkata, pada keesokan harinya (4 Disember) selepas berjaya diselamatkan, mangsa sekali lagi membuat laporan di Balai Polis Tampin bahawa dirinya dirogol beberapa kali oleh suspek semasa dilarikan termasuk sekali di Tampin.


"Suspek kini ditahan reman selama empat hari dan tempoh itu bakal dilanjutkan bagi membolehkan pihak polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menculik yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun serta denda jika sabit kesalahan.


"Malah, suspek juga disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan rogol yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan," katanya.








No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...