Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: February 2010

Pages

Tuesday, February 16, 2010

KADANG2 KALAU DAH PANDAI SANGAT, BERCAKAP MACAM ORANG BODOH JER..

KOTA BHARU 15 Feb. - Sikap Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memperkecilkan sambutan Maulidur Rasul kerana menganggap ia tidak mempunyai fadilat disifatkan sebagai 'menyimpang'.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah berkata, ini kerana memperingati Nabi Muhammad merupakan sunat muakad yang tertinggi dalam menghayati sejarah serta perjuangan baginda yang dapat menginsafkan diri setiap umat Islam.

Sehubungan itu, beliau menganggap sebarang pandangan yang menganggap hari keputeraan baginda itu tidak perlu disambut sebagai bertentangan dengan akidah.

"Dia termasuk dalam orang yang mengharamkan ijtihad kerana hukum ini ialah dalam empat perkara iaitu al-Quran, hadis, sunnah dan kias (ijtimak ulamak).

"Siapa yang menolak ini tak bolehlah kerana boleh diibaratkan macam sesat jadi bila sesat wajib kita tentang," ujar beliau di sini hari ini.

Abdullah yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mengenai sebab utama Maulidur rasul tidak disambut di negeri ini.

Ketika ditemui semalam, Nik Abdul Aziz berkata, bulan Maulud tidak mempunyai fadilat dan sebarang kelebihan berbanding bulan Ramadan.

Bagaimanapun beliau berkata, corak pentadbiran yang diamalkan kerajaan negeri telah menerapkan nilai Maulud yang sebenarnya.

Abdullah menjelaskan, Maulidur rasul perlu disambut sebagai tanda orang Islam menyayangi baginda dan mengeratkan hubungan kerohanian antara baginda dengan umatnya.

Tegasnya, Allah sendiri memuliakan nabi maka adalah sunat bagi umat manusia turut meraikan hari kelahiran baginda.

"Apa ini maulud..maulud merupakan perhimpunan untuk memuji dan memperingati hari kelahiran nabi dengan mengadakan jamuan sedekah dan membaca kisah-kisah mengenai nabi.

"Nabi tak pernah larang dan tak pernah suruh tetapi zaman sahabat baginda dulu mereka meraikan kedatangan maulud dengan cara itu," tegas beliau.

Saturday, February 13, 2010

Zahrain tinggalkan PKR

PETALING JAYA 12 Feb. – Tidak mahu dilihat sebagai sebahagian daripada ‘gerombolan yang menjahanamkan negara, bangsa dan agama Islam’, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini meletak kesemua jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan keluar parti itu serta-merta berkuat kuasa hari ini.

Katanya, semasa beliau dijemput oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai parti itu dulu, beliau yakin PKR berjuang untuk reformasi dan perubahan tanpa berkompromi dengan nilai-nilai bangsa serta agama.

Namun katanya, beliau kini ragu dengan matlamat dan cara perjuangan PKR dalam pakatan pembangkang kerana bekerjasama dengan DAP yang disifatkannya mengamalkan politik sempit.

Katanya, ini dapat dilihat melalui gaya kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang membelakangkan orang Melayu beragama Islam khususnya golongan penjaja di negeri itu.

Beliau yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang menambah, dasar cauvinis dan ekstremis yang dibawa DAP di negeri itu turut dibuktikan dengan tindakan Guan Eng mempolitikkan institusi Islam seperti pusat zakat baru-baru ini.

‘‘Saya tidak mahu sejarah menghukum saya kerana tidak berbuat apa-apa dalam berdepan dengan keadaan tersebut.

‘‘Saya tidak mahu generasi akan datang melihat saya sebagai sebahagian daripada gerombolan yang menjahanamkan dan merosakkan negara, bangsa dan agama saya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehudin Hashim dan Pengerusi Tetap PKR cabang Bayan Baru, Ismail Mohd. Ali.

Zahrain bagaimanapun menegaskan prinsipnya untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas tanpa menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) serta belum berjumpa dengan mana-mana pemimpin pembangkang mahupun pemimpin BN mengenai tindakannya hari ini.

Dalam pada itu, beliau menafikan bahawa tindakannya keluar daripada PKR mempunyai kaitan dengan isu ‘pembelian’ wakil rakyat pembangkang seperti di uar-uarkan Anwar sebelum ini.

‘‘16 September itu apa cerita? Saya pun kecewa dengan 16 September, tidak timbul isu beli membeli,” tegasnya.

Beliau merujuk kepada janji Anwar sebelum ini untuk merampas kerajaan berikutan dakwaan mempunyai ramai wakil rakyat BN yang akan berpaling tadah menyertai pembangkang tahun lalu.

Mengulas lanjut, kata Zahrain, tindakannya meninggalkan PKR antara lain didorong oleh gaya kepimpinan Guan Eng yang membelakangkan prinsip keadilan dan hak asasi manusia dalam penyingkirannya sebagai Pengerusi Island Golf Properties (IGP) Sdn. Bhd.

Lebih memeranjatkan, katanya, setelah penyingkiran beliau itu diketahui umum, Guan Eng mengarahkan agar butiran mesyuarat tersebut tidak direkodkan.

‘‘Inilah pemimpin yang kononnya mahu menerapkan prinsip dan amalan cekap, bertanggungjawab dan telus (CAT) dalam pentadbiran beliau,” tegasnya.

Dalam laporan portal berita propembangkang The Malaysian insider semalam, Guan Eng menyatakan Zahrain masih merupakan Pengerusi IGP.

Zahrain sebelum itu mendakwa Guan Eng telah memecatnya daripada jawatan berkenaan ekoran kritikan pedas beliau melabelkan Setiausaha Agung DAP itu sebagai sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran bahaya baru-baru ini.

Dalam pada itu Salehudin yang ditemui selepas sidang akhbar berkenaan menjelaskan kehadirannya hanyalah sebagai tanda sokongan kepada Zahrain yang merupakan kawan baiknya sambil menafikan beliau turut akan meninggalkan PKR.

Zahrain dan Salehudin dikenali sebagai teman dan penyokong kuat Anwar.

Friday, February 12, 2010

Hari Valentine Bertentangan Syariat Islam

BUDAYA menurut Kamus Dewan bermaksud tamadun, peradaban dan keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara berfikir, berkelakuan dan cara bertindak serta segala hasil kegiatan atau amalan kerohanian sesuatu masyarakat.

Islam menggalakkan umatnya berbudaya kerana akal menjadikan manusia makhluk bertamadun dan berperadaban. Dalam hal ini, Islam menggariskan prinsip kebudayaannya tersendiri seperti terkandung dalam al-Quran dan hadis. Dengan itu, akan lahirlah budaya hidup Muslim hakiki berteraskan iman dan takwa.

Hal ini sama sekali berbeza dengan kebudayaan bukan Islam yang prinsipnya dibentuk, dibina dan dikembang oleh pemikiran manusia berdasarkan hawa nafsu dan pengalaman hidup mereka semata-mata.

Sebenarnya golongan yang tidak senang dengan Islam cuba merosakkan budaya dan peradaban umat Islam dengan pelbagai cara. Mereka berusaha melalaikan umat Islam dengan pelbagai bentuk budaya dan peradaban bercanggah dengan syarak.

Apabila umat Islam lalai dan leka, mereka akan meminggirkan ajaran agama Islam. Terpinggirnya ajaran dan amalan keagamaan dalam diri umat Islam akan menjadikan mereka umat yang lemah dan mudah dipengaruhi unsur negatif.

Snouk Hurgronje, seorang orientalis dan penasihat Belanda di Indonesia pernah menjelaskan bahawa semakin kuat rakyat sesebuah negara yang dijajah itu menganut budaya dan peradaban Barat, maka semakin bebas mereka daripada ajaran Islam.

Pada masa kini, umat Islam terpaksa menghadapi pelbagai bentuk ancaman budaya. Antara ancaman itu khususnya yang perlu dihadapi ketika menjelang Februari setiap tahun ialah penularan budaya sambutan Hari Kekasih atau lebih dikenali sebagai 'Valentine's Day'.

Menurut Ken Swiger dalam artikelnya 'Should Biblical Christians Observe It?' menjelaskan, perkataan Valentine berasal daripada bahasa Latin bermaksud 'yang perkasa, kuat dan kuasa'. Ini ditujukan khas kepada Nimroe dan Lupercus, tuhan masyarakat Rom. Dalam hal ini, sedar atau tidak seseorang yang menyambut Hari 'Valentine' adalah sama seperti menghidupkan kembali budaya pendewaan dan pemujaan patung-patung sembahan masyarakat Rom itu.

Meskipun begitu, sesetengah orang beranggapan sambutan ini kononnya adalah semata-mata untuk mengeratkan hubungan kasih sayang sesama manusia, lalu sebilangan masyarakat Melayu pun tidak terkecuali daripada menyambut Hari Kekasih yang jatuh pada 14 Februari setiap tahun.

Tidak cukup dengan itu, kadangkala sesetengah pasangan yang ingin bertunang dan berkahwin sengaja memilih 14 Februari sebagai tarikh untuk melangsungkan pertunangan dan perkahwinan mereka. Dengan ini mereka beranggapan kononnya pertunangan dan perkahwinan yang diadakan itu akan dilimpahi dengan rahmat dan keberkatan.

Sebenarnya budaya menyambut Hari Kekasih ini dilihat semakin mendapat tempat dan popular dalam masyarakat Melayu terutama golongan remaja dan muda-mudi yang sedang hangat bercinta. Bagi mereka tarikh 14 Februari sentiasa diingati dan ditunggu-tunggu. Namun, amat mendukacitakan apabila ingatan mereka terhadap tarikh Hari Kekasih ini mengatasi ingatan mereka terhadap tarikh-tarikh hari kebesaran dalam Islam seperti tarikh kelahiran Rasulullah SAW dan tarikh berlakunya peristiwa hijrah.

Apabila ditanya mengenai tarikh kelahiran Rasulullah SAW, maka mereka akan tercengang dan terpinga-pinga. Bukan sekadar itu saja, malah ada sebilangan media massa sama ada media elektronik atau bercetak, tidak terlepas daripada membuat promosi secara besar-besaran melalui iklan dan tayangan filem yang ada kaitan dengan Hari Kekasih. Hal ini seolah-olah mendorong dan menggalakkan lagi sambutan itu.

Sebagai umat Islam, kita sepatutnya mengetahui bahawa beramal dan mengikut budaya yang bertentangan dengan ajaran Islam itu boleh menjejaskan akhlak, akidah dan keimanan kita. Dalam hal ini, kita seharusnya sentiasa bersikap waspada dengan sambutan kumpulan agama yang asalnya mempunyai kaitan dengan ibadat atau amalan keagamaan, kemudian ditukar menjadi amalan budaya dan adat. Amalan ini kemudiannya disambut oleh pelbagai bangsa, termasuk sebilangan umat Islam atas nama budaya dan adat.

Menurut sejarah, ada beberapa kisah berkaitan asal usul sambutan Hari 'Valentine' ini.

l Sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari 'Valentine' pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Dalam sambutan itu, mereka mengorbankan anjing dan kambing betina, kemudian darahnya dilumur pada tubuh dua orang pemuda. Tubuh yang berlumuran darah itu dibasuh pula dengan susu sebelum diarak ke tengah-tengah Kota Rom.

Ketika perarakan berlangsung, pemuda itu memegang kulit anjing dan kambing betina yang masih berdarah dan memalit darah berkenaan kepada sesiapa saja yang mereka jumpa. Gadis-gadis Rom amat gembira jika mereka dipalit darah oleh pemuda terbabit, kerana mereka percaya darah itu dapat menghalang mereka daripada menjadi mandul.

l 'Valentine' adalah paderi paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Paderi besar Pope. Ada beberapa kisah mengaitkan paderi Valentine ini dengan sambutan Hari 'Valentine'. Antaranya ialah paderi itu orang penting ditugaskan menjatuhkan Kerajaan Islam Cordova, Sepanyol.

Jasanya adalah sesuatu yang tidak boleh dilupakan dan sangat bermakna. Sehubungan itu, tarikh 14 Februari diputuskan sebagai cuti umum untuk merayakan kemenangan pada setiap tahun. Hal ini juga sebagai cara untuk mengenang semua jasa paderi Valentine itu dalam usahanya untuk menjatuhkan Islam .

Kesimpulannya, sebagai umat Islam kita wajib menghindari daripada mengamalkan budaya menyambut Hari Valentine. Ini kerana ia jelas bertentangan dengan syariat Islam selain dikhuatiri boleh menjejaskan akidah dan keimanan kita. Ingatlah, kesucian Islam akan dapat dipertahankan selagi umat Islam berpegang kuat dengan akidah Islam.
Shukri

Zulkifli Noordin : DAP Umpama Duri Dalam Daging Bagi PR


Zulkifli Noordin melalui blognya menulis :
Saya masih berpegang kepada kenyataan bahawa Pakatan Rakyat perlu mengkaji semula kedudukan dan kerjasama dengan DAP ini kerana pada pendapat saya kepimpinan DAP ini telah mula menjadi duri dalam daging bagi Pakatan Rakyat. Ramai rakyat bawahan yang saya temui sudah mula mencurigai DAP, dan merasa muak dan loya dengan sikap mereka yang saperti kaduk naik junjong!

Tindak-tanduk kepimpinan DAP sejak 08 Mac 2008 sehingga kini membuktikan sikap angkuh, sombong, chauvinis, ekstremis dan diktatorial yang bukan sahaja keterlaluan, malahan bercanggah dengan semangat dan persefahaman diantara Pakatan Rakyat; dan bertentangan dengan dasar dan matlamat reformasi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, khususnya oleh DSAI sendiri.

Antaranya:
1. tindakan YB ADUN DAP Kedah mengugut Kerajaan Negeri Kedah dan mengisytiharkan keluar daripada Kerajaan Pakatan Rakyat semasa isu perobohan pusat penyembelihan babi di Alor Setar;

2. kenyataan YB Jeff Ooi melabelkan Sdr. Razali, Ahli Majlis Pulau Pinang dan Jemaah Islah Malaysia sebagai ekstremis, fundamentalis dan teroris kerana mengkritik kerajaan pimpinan YAB Lim Guan Eng;

3. kenyataan YB Jeff Ooi melabelkan PKR dipenuhi sampah-sarap kerana kritikan terbuka beberapa orang wakil rakyat dan kepimpinan PKR terhadap kerajaan YAB Lim Guan Eng;
4. kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat melantik YB Ust Salleh Man, ADUN PAS Permatang Pasir kedalam Exco ataupun sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang sebagaimana dijanjikan didalam pilihanraya kecil Permatang Pasir;

5. aduan tiga orang YB ADUN-ADUN di Perak yang tidak berpuashati dengan tindak-tanduk dan sikap kepimpinan DAP yang akhirnya menyebabkan mereka keluar daripada Pakatan Rakyat dan menyebabkan tumbangnya Kerajaan Pakatan Rakyat Perak;

6. tindakan biadap YB Tony Pua yang mendesak YB Datuk Hasan Ali, Ahli Exco dan Pesuruhjaya PAS Selangor dipecat selepas pertikaian mengenai Selcat dan kebenaran penjualan arak di kedai serbanika di dalam negeri Selangor;

7. tindakan YB Ronnie Liu mencampuri urusan dan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam dalam isu perampasan arak di kedai serbanika di Shah Alam;

8. tindakan YB Ronnie Liu yang tidak menghormati langsung YB Speaker Teng Chang Kim dalam sidang jawatankuasa Selcat mengenai aduan terhadap perbelanjaan peruntukkan YB Ronnie Liu yang mencurigakan;

9. Tindakan YAB Lim Guan Eng yang mahu YB Datuk Seri Zahrain Hashim dipecat sebagai Pengerusi KGBJ selepas dikritik dengan tegas oleh YB Datuk Seri Zahrain;

10. Perisytiharan dasar 'Middle-Malaysia' oleh YAB Lim Guan Eng yang pada asasnya bercanggah dengan dasar dan aspirasi Pakatan Rakyat;
Dan banyak lagi insiden, kelakuan, tindak-tanduk kepimpinan DAP yang jelas membuktikan mereka memang bersikap angkuh, sombong, chauvinis, ekstremis, diktatorial dan, meminjam kata-kata YB Datuk Seri Zahrain, berfikiran ala komunis. Dan yang paling peliknya, sehingga kini tiada sebarang tindakan disiplin diambil terhadap kepimpinan DAP walaupun jelas sikap mereka membolehkan tindakan tegas diambil terhadap mereka. Apakah kepimpinan DAP ini sudah menjadi golongan 'untouchables', sehingga menyebabkan keangkuhan mereka semakin menjadi-jadi mutakhir ini!

Pada saya, demi masa depan Pakatan Rakyat, dan demi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat dan negara, maka Pakatan Rakyat perlu mengkaji semula kedudukan DAP didalam pakatan ini. Saya khuatir sekiranya tiada tindakan tegas dan jelas diambil, rakyat akan menolak Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang. - Zulkifli Noordin -

Monday, February 8, 2010

ROBOH GERAI : LIM BANGANG TUDUH BN ROBOH SEKALI GANDA LEBIH BANYAK

Lim Guan Eng semalam mendakwa perobohan gerai peniaga Melayu semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) adalah lebih banyak berbanding semasa ditadbir pakatan pembangkang sekarang.

"Saya ingin menjelaskan bahawa jumlah perobohan gerai peniaga Melayu sewaktu zaman pemerintahan BN dahulu dari tahun 2006 hingga 2007 adalah sekali ganda lebih banyak daripada jumlah perobohan gerai dilakukan pakatan pembangkang dari tahun 2008 hingga 2010," katanya kepada pemberita di sini.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, apa yang berlaku terhadap kerajaan pimpinannya sekarang adalah berpunca daripada fitnah yang disebarkan Umno negeri itu.

Beliau berkata kerajaan negeri kini merangka usaha untuk menyampaikan maklumat yang sahih kepada rakyat negeri ini agar tidak terpedaya dengan khabar palsu yang disebarkan itu.

Lim kini menerima kecaman hebat daripada beberapa anggota Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri itu yang juga sekutu DAP dalam pakatan pembangkang, berhubung isu perobohan gerai peniaga Melayu di Pulau Pinang selain disifatkan sebagai seorang cauvinis dan berfikiran komunis serta melayan PKR negeri seperti 'anjing'. - BERNAMA

Sunday, February 7, 2010

PM: Jangan Persoal Hak Melayu, Kewarganegaraan Bukan Melayu

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata gagasan 1 Malaysia merupakan konsep yang diperlukan oleh rakyat kerana ia mempertahankan hak semua kaum di negara ini seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan dan Rukun Negara serta mampu memajukan negara.

Memandang sinis sikap pembangkang yang kini menukar irama daripada “Malaysian Malaysia” kepada “Middle Malaysia”, Najib berkata konsep 1 Malaysia kini telah diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini.

Berucap di hadapan 51,000 rakyat Melaka yang membanjiri Pantai Klebang pada Program 1 Malaysia Bersama Rakyat Negeri Melaka malam tadi, Najib berkata konsep 1 Malaysia selaras dengan peruntukan Perlembagaan dan Rukun Negara tanpa mempersoalkan hak mana-mana kaum.

“Janganlah kita persoalkan hak orang Melayu. Jangan kita persoalkan kewarganegaraan bukan Melayu, mereka telah jadi warganegara kita. Mereka tetap jadi warga yang setia kepada negara, negara kita akan terus maju dan berjaya,” katanya.

Najib berkata gagasan 1 Malaysia memupuk satu semangat baru di kalangan rakyat ke arah kecemerlangan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata gagasan 1 Malaysia merupakan konsep yang diperlukan oleh rakyat kerana ia mempertahankan hak semua kaum di negara ini seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan dan Rukun Negara serta mampu memajukan negara.

Memandang sinis sikap pembangkang yang kini menukar irama daripada “Malaysian Malaysia” kepada “Middle Malaysia”, Najib berkata konsep 1 Malaysia kini telah diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini.

Berucap di hadapan 51,000 rakyat Melaka yang membanjiri Pantai Klebang pada Program 1 Malaysia Bersama Rakyat Negeri Melaka malam tadi, Najib berkata konsep 1 Malaysia selaras dengan peruntukan Perlembagaan dan Rukun Negara tanpa mempersoalkan hak mana-mana kaum.

“Janganlah kita persoalkan hak orang Melayu. Jangan kita persoalkan kewarganegaraan bukan Melayu, mereka telah jadi warganegara kita. Mereka tetap jadi warga yang setia kepada negara, negara kita akan terus maju dan berjaya,” katanya.

Najib berkata gagasan 1 Malaysia memupuk satu semangat baru di kalangan rakyat ke arah kecemerlangan negara.



Najib turut mengajak rakyat agar “berhijrah” daripada bersikap toleransi kepada penerimaan kerana bersikap toleransi bererti masyarakat sebenarnya tidak rasi antara satu sama lain.

Sebaliknya apabila bersikap penerimaan, ia bererti kepelbagaian dalam masyarakat dapat diterima sebagai satu kekuatan.

Najib berkata daripada segi lipatan sejarah, Melaka merupakan titik tolak dalam kepelbagaian kerana beratus tahun dahulu, Pelabuhan Melaka merupakan pusat perdagangan penting di rantau ini dan menjadi pusat tumpuan perdagangan dunia dengan kepelbagaian dan kemajmukan menjadi cara hidup pada ketika itu.

“Kemajmukan itulah satu keunikan yang diterjemahkan sebagai kekuatan kita,” katanya. — Bernama

Wednesday, February 3, 2010

KENYATAAN BERSAMA PEMUDA UMNO BARISAN NASIONAL DAN PEMUDA PAKATAN RAKYAT

Kami, barisan kepimpinan sayap pemuda bagi parti-parti politik di Malaysia, mengambil ketetapan untuk bersepakat dan bersatu hati bagi mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang terbabit dengan insiden serangan dan pencemaran ke atas rumah-rumah ibadat.

Ini termasuklah kejadian terbaru yang melibatkan dua buah masjid iaitu Masjid Jumhuriyah di Taman Dato’ Harun serta Masjid Al-Imam Tirmizi di Taman Sri Sentosa yang dicemari dengan kepala babi.

Sebarang serangan atau vandalisme terhadap mana-mana rumah ibadat tidak boleh sama sekali dipertahankan. Tindakan-tindakan sebegini merupakan suatu yang melampau, biadap, bacul dan amat bertentangan dengan nilai-nilai agama serta tatasusila yang menjadi pegangan seluruh rakyat Malaysia.

Kami menyeru seluruh rakyat, tanpa mengira agama, bangsa atau pegangan politik untuk bangkit bersatu menentang tindakan segelintir puak ekstrim ini yang mahu menggugat kestabilan dan keamanan negara, lantas merobek semangat hormat-menghormati sesama rakyat yang sememangnya tersemai di kalangan kita.

Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bertenang dan tidak bertindak berbaurkan emosi. Kami mendesak pihak berkuasa untuk menumpukan segala usaha demi membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Adalah penting siasatan ini dijalankan secara bebas tanpa sebarang tekanan.

Kami sependapat bahawa isu ini adalah perkara sejagat yang merentasi batasan agama, politik serta bangsa. Apabila datang ancaman kepada perpaduan dan identiti kita sebagai warganegara Malaysia, kepimpinan muda negara sedia mengenepikan perbezaan fahaman politik demi mempertahankan kemakmuran dan keharmonian negara.

Pemuda Barisan Nasional

Pemuda UMNO
Pemuda MCA
Pemuda MIC
Pemuda Gerakan
Pemuda PPP
Pemuda PBB
Pemuda SUPP
Pemuda SPDP
Pemuda PRS
Pemuda PBS
Pemuda UPKO
Pemuda PBRS
Pemuda LDP

Pemuda Pakatan Rakyat
Angkatan Muda Keadilan
Democratic Action Party Socialist
Dewan Pemuda PAS

Tuesday, February 2, 2010

ZAMBRY CABAR NIZAR & WAKIL RAKYAT PEMBANGKANG KOSONGKAN KERUSI DUN

1 Feb 2010 - 'ZAMBRY CABAR NIZAR & WAKIL RAKYAT PEMBANGKANG KOSONGKAN KERUSI DUN', MB Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mencabar bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan 27 lagi wakil rakyat pembangkang mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang di Perak. - Berita Harian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...