Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: April 2013

Pages

Thursday, April 18, 2013

PANASS!!! PUNCA DATUK KAMILIA 'MENGAMUK' DIPERJELAS PRESIDEN PARTI.


Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim telah menolak tawaran menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kawasan Bukit Chandan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu, kata Perdana Menteri tidak timbul sama sekali soal beliau tidak diberi tempat dalam PRU13 atau tidak dihargai oleh BN.

Beliau menjelaskan tawaran kepada Kamilia adalah termasuk jawatan Exco, jika BN menubuhkan kerajaan, tetapi beliau turut menolaknya.

"Itu merupakan keputusan yang beliau telah buat dan tidak ada timbul sama sekali Naib Ketua Wanita (Umno) tidak diberi tempat atau tidak dihargai oleh BN. Beliau hendak (bertanding kerusi) Parlimen tetapi kita fikir, lebih sesuai Datuk Kamilia bertanding DUN dan (menjadi) Exco.

"Lagipun, mendiang Tun Lim Keng Yaik dulu sewaktu jadi presiden parti Gerakan, telah menerima jawatan Exco kerajaan negeri. Jadi, tidaklah merupakan jawatan tak penting sebenarnya sebagai Exco kerajaan negeri.

"Kalau diterima tawaran itu, Datuk Kamilia boleh memainkan peranan bukan sahaja dalam negeri tetapi juga dalam konteks negara," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan dan pelancaran Jaringan Untuk Wanita Ibu Tunggal Malaysia (JUWITA)-Wanita BN di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang menyatakan Kamilia mendakwa tindakan BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam PRU13 mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita.

Naib Ketua Wanita Umno itu berkata ia menunjukkan BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata dalam barisan calon wanita, terdapat peningkatan permintaan untuk bertanding di peringkat Parlimen pada pilihan raya umum kali ini berbanding pilihan raya umum lepas.

Mengenai mereka yang tidak dicalonkan, Najib berkata mereka tenang tetapi bukan mudah untuk memberi kepuasan kepada semua pihak.

Jika tidak ada di antara mereka yang mahu memberi laluan, katanya tidak akan ada perubahan.

"Oleh itu, pada mereka yang rasa sedikit kekecewaan, saya harap tidak memendam perasaan dan fikirlah tentang masa depan parti.

"Pilihan raya ini, kita memerlukan kesetiaan dan sokongan daripada setiap anggota parti dan yang paling penting, kita nak tubuh kerajaan, bila tubuh kerajaan, kita boleh bantu mereka dengan banyak cara, tetapi kalau kita tak ada kuasa, kita tak boleh bantu," katanya.

Mengenai pihak yang meminta BN mempertimbangkan semula calon-calon yang disenaraikan, Najib berkata: "Kita tidak boleh memberi kepuasan kepada semua pihak.

"Dalam saat-saat akhir kalau kita ubah, boleh timbul masalah lain, tetapi kita cuba tangani dengan cara lain. Itu tengok pada keadaan, tetapi kita anggap itu barisan yang dapat diterima oleh rakyat," jelasnya. - Bernama


Wednesday, April 17, 2013

HOT!!! STRATEGI PAS REBUT KERUSI PM DARI ANWAR!!!



Sikap pemimpin PAS yang enggan menyatakan pendirian menyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri Pakatan membuktikan parti itu mempunyai agenda tersembunyi, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Mohd Shakar Shamsuddin.

Beliau berkata pendirian pemimpin PAS sebelum ini bahawa calon perdana menteri Pakatan Rakyat hanya akan diputuskan berdasarkan jumlah kerusi yang menang, adalah isyarat jelas parti itu 'menolak' Anwar untuk jawatan itu.

Tambah Mohd Shakar, PAS yang diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin merasakan parti berteraskan Islam itu mempunyai kekuatan untuk memegang jawatan pemimpin nombor satu negara.

Keyakinan PAS itu tegas beliau semakin terbukti apabila parti itu berhasrat bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi Parlimen berbanding 66 kerusi, lima tahun lalu.

"PAS tak angkat Anwar sebagai perdana menteri sebab ia nak jadi perdana menteri, haji Hadi juga nak jadi perdana menteri...ia begini, DAP adalah parti berasaskan masyarakat Cina dan ia kena faham majoriti kerusi Cina hanya ada 37 kerusi yang betul-betul majoriti.

"...yang lain campuran Cina, India dan Melayu ada lebih kurang 55 kerusi, yang lain semua majoriti Melayu dan Bumiputera dan realitinya perdana menteri mesti daripada orang Melayu...jadi PAS merasakan ia ada kekuatan (memegang jawatan perdana menteri)," katanya dalam temubual bersama Antarapos.

Ramai menyebut Anwar bakal dinobat perdana menteri dan ada juga mahu Hadi memegang jawatan itu, malah nama Ahli Parlimen Gua Musang dari Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah turut terlibat.

Isu ini semakin jelas apabila ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS-PKR-DAP dilihat tidak sehaluan apabila ahli PAS dalam Muktamarnya hujung tahun lalu menggesa agar presiden mereka diangkat menjadi perdana menteri.

Laporan akhbar tempatan pernah menyebut Majlis Syura Ulama PAS menolak Anwar sebagai perdana menteri, namun laporan itu disanggah oleh Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sementara DAP pula berulang kali berikrar Anwar akan menjadi perdana menteri jika pembangkang mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

Pakatan seperti pasangan berkahwin dengan bersyarat

Mohd Shakar yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata Barisan Nasional (BN) mengambil sikap berbeza dalam menentukan siapa yang bakal memegang jawatan tersebut.

"PAS pun yakin bahawa ia nak supaya jadi perdana menteri dan itu beza pakatan pembangkang dengan Barisan Nasional sebab kita runding dulu...selesai baru kita ke pilihan raya.

"...dan agihan kerusi kita adil dan dipersetujui semua, tapi macam Pakatan bagai sebuah kapal yang mana kita tak tahu siapa nakhoda...bolehkah letak harapan macam itu? Sangat berisiko kepada negara," katanya.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lancang ini, pertikaian dan kepincangan yang wujud dalam Pakatan membuktikan gabungan itu masih belum kukuh dan mantap.

Justeru beliau berkeyakinan BN akan terus mentadbir Putrajaya selepas PRU13 nanti.

"Ini menandakan pakatan mereka belum kukuh, mereka masih ada niat tersendiri dan masing-masing masih tidak mempercayai antara satu sama lain.

"Ini macam disebut berkahwin dengan syarat, kalau esok dah tak boleh bersama macam-macam boleh berlaku," katanya. Ulasan@Antarapos


Monday, April 15, 2013

HOT!!! MAT TAIB HANTAR BORANG AHLI KEPADA HARON DIN?



Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib dilaporkan telah menyertai PAS hari ini.


Maklumat tidak rasmi mengatakan beliau telah menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Dr Haron Din di rumah Timbalan Mursyidul Am PAS itu di Bangi.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka bakal mengisytiharkan perkara tersebut malam esok.


Beliau pernah menjadi Menteri Besar Selangor dari tahun 1986 hingga 1997. Beliau menjadi ADUN Batang Kali selama empat penggal.


Mat Taib pernah dipalitkan dengan tuduhan membawa wang tunai berjumlah 2.3 juta dalam mata wang Malaysia, Singapura, New Zealand Dollar.


Namun Mahkamah Brisbane, Australia mendapati beliau tidak bersalah. Antarapos


Friday, April 12, 2013

GEMPAR!!!! DATO DR HARUN DIN ISYTIHAR KELUAR PAS!!!


Pengumuman Tergempar : "Tuan Guru Dato Dr Haron Din mengisyihar untuk keluar dari Pas berkuatkuasa hari ini. Menurutnya perjuangan Pas sudah jauh menyimpang, tidak releven serta melanggar etika dan tata sulila Islam. Sehubungan dengan itu Markas Pas seluruh Negara akan dibukarkan.


Tuan Guru Dr Harun Din juga menyeru agar semua Penyokong Pas agar kembali pada Islam dan menyokong kerajaan di bawah Pimpinan YAB Perdana Menteri"


Nota : Perjuangan untuk wujudkan FIKRAH ISLAMIYAH hendaklah dari luar tong sampah. Pas ibarat tong sampah dipenuhi najis. Perjuangan Dr Haron Din sewajarnya dari dalam Kerajaan. Kembalilah sebelum terlewat!


Begitulah sumber yang diperolehinoleh KC... Mungkin ada kebenarannya, apabila SU Agong Pas sendiri sudah membelakangkan Islam dan menjadi duri dalam daging kepada Pas.. Pas hari ini bukan macam Pas dulu, ia telah terpesong dek kerana berkawan dengan Dapig dan pkr..

Thursday, April 11, 2013

HOT!!! ANTARA CALON BOLEH MENANG DAN CALON 'DRAMA' SEBABAK!!



Selepas debaran menanti bila Parlimen dibubarkan dan bila Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan berakhir, kini wujud pula debaran siapa yang bakal menjadi calon bagi membawa panji-panji Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya tersebut.

Sememangnya sementara menanti keputusan muktamad dan pengumuman secara rasmi dilakukan oleh pucuk pimpinan parti debaran semakin kencang. Ada sesetengahnya tidur tak lena kerana memikirkan akan terpilih atau tidak.

Selalunya sindrom ini `menjangkiti' pemimpin-pemimpin yang mempunyai jawatan di peringkat bahagian khususnya dalam UMNO. Ada antara mereka masih mahu melawan arus menyatakan dialah calon boleh menang biar pun kalau diikutkan, umum namapun sudah kalah.

Malahan sudah ada ketua-ketua bahagian yang bertanding dalam pilihan raya umum lalu tetapi kalah menaruh harapan untuk dipilih sekali lagi dengan alasan, dulu mereka kalah kerana tsunami politik. Kata mereka, masa tu ramai yang kalah.

Ada pula ketua bahagian yang selama ini tidak pernah ada di kawasan secara tiba-tiba muncul melaksanakan pelbagai program dengan harapan terpilih sebagai calon.

Semua ini adalah drama-drama sebabak yang ditonjolkan oleh pemimpin-pemimpin berkenaan termasuklah ada antara mereka yang sudah berpuluh-puluh tahun menjadi wakil rakyat masih mahu menongkat langit dengan alasan dia calon boleh menang sedangkan maklumat yang diterima, hendak dapat 50 peratus sokongan rakyat di kawasannya pun susah.

Apa pun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menegaskan pemilihan calon BN turut bergantung kepada penerimaan rakyat, kemampuan dan rekod pencapaian calon selain mengambil kira pertimbangan yang adil antara parti komponen BN.

Selain itu Najib menggariskan bahawa kriteria calon boleh menang BN ialah peribadi, kebolehan, ketokohan dan pengalaman individu menjadi asas dalam pemilihan.

Justeru tidak perlulah mana-mana pemimpin-pemimpin sama ada di peringkat pusat atau bahagian mendabik dada kononnya mereka berada dalam kategori calon boleh menang. Ini memandangkan sama ada boleh menang atau tidak bukan mereka yang tentukan tetapi rakyat.

Oleh itu, dalam soal ini adalah penting jika pemilihan calon kali ini dilakukan secara berhati-hati dengan mengambil kira pandangan rakyat dan laporan agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.

Ia memandangkan jika BN tersilap langkah dalam membuat perhitungan semata-mata untuk menjaga hati mana-mana pemimpin maka yang akan menanggung akibat adalah parti.

Dalam berhadapan pilihan raya umum yang cukup getir ini, BN dan UMNO perlu memastikan calon yang dipilih diterima oleh rakyat dan bukannya pemimpin yang mengamalkan sikap `syok sendiri' kononnya dia masih boleh menang.

Malahan jangan ada pandangan kononnya kalau seseorang pemimpin itu tidak terpilih ia boleh membawa bencana kepada peluang BN. Bagi pemimpin seumpama ini, kalau betul rakyat mahukan dia tetapi tidak dipilih oleh parti mungkin ia bencana untuk parti tetapi kalau dia memang tidak dikehendaki oleh rakyat tetapi dipilih oleh parti maka itu adalah bencana yang sengaja diundang.

Justeru kepada pemimpin-pemimpin yang berhasrat masih mahu menjadi calon atau berasa layak menjadi calon sedangkan, dia sendiri memahami bagaimana penerimaan rakyat di kawasannya maka belajar-belajarlah menilai diri dan bermuhasabah.

Pilihan Raya Umum Ke-13 bukannya medan untuk survival politik mana-mana individu tidak kira apa juga jawatannya di peringkat pusat, bahagian mahupun negeri. Kalau kajian menunjukkan pencalonannya boleh mengundang kekalahan atau bencana kepada parti maka terima sahaja dengan terbuka keputusan pucuk pimpinan.

Memanglah semua orang merasakan dirinya layak, apatah lagi kalau dia memegang jawatan di peringkat bahagian tetapi itu bukan jaminan pencalonannya boleh membawa kemenangan kepada parti.

Apa yang lebih utama seperti mana kata Najib, kepentingan parti harus mengatasi kepentingan individu. Kalau benarlah mereka sayangkan parti dan mahu memastikan kedudukan bangsa, agama dan negara tidak digugat oleh pakatan pembangkang maka bersedialah untuk tidak dicalonkan.

Kita percaya setiap keputusan dalam soal pemilihan calon ini akan dilakukan dengan penuh hati-hati dan kebijaksanaan oleh pucuk pimpinan parti demi memastikan kemenangan yang diidam-idamkan tercapai.

Kecewa dan sedih tidak salah tetapi jangan sampai bertindak sebagai pengkhianat apabila tidak terpilih sebagai calon kerana bak kata Najib, "Jika kita faham kenapa pilihan raya diadakan, kita takkan benarkan perasaan dan pertimbangan lain menggantikan pertimbangan untuk parti, seelok-eloknya kalau kecewa pun dalam tempoh 24 jam sahaja. Lepas itu kena turun padang.''

Semoga pesanan Perdana Menteri ini akan menjadi iktibar kepada mereka yang tidak terpilih sebagai calon agar impian BN untuk meneruskan kesinambungan perjuangan demi bangsa, agama dan negara tidak dikhianati dari dalam. - Utusan


HOT!!! SIAPA BAKAL PM PAKATAN JIKA ANWAR KALAH PADA #PRU13 ?



Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Shahidan Kassim mencabar Pakatan Rakyat mengumumkan secara rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri parti perikatan itu sekiranya berjaya mengambil alih pentadbiran negara pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Namun bekas Menteri Besar Perlis ini menegaskan Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum PKR tidak layak untuk memegang jawatan nombor satu negara kerana jumlah kerusi PKR dan PAS dalam Dewan Rakyat lebih sedikit berbanding DAP.

DAP ketua Pakatan bukan PKR

Jsuteru Shahidan berkata sepatutnya jawatan tersebut diisi oleh wakil DAP kerana parti itu merupakan paling banyak kerusi Parlimen dalam Pakatan.

Malah beliau turut meminta Pakatan yang mula bekerjasama sejak 2008 agar mengemukakan kabinet bayangan.

"Pakatan sehingga hari ini tak langsung dapat ketengahkan kabinet bayangan. Kita kena ingat dalam Barisan Nasional (BN) sekarang Umno ada 79 kerusi, komponen termasuk Sabah dan Sarawak 61 kerusi jadi ada 140 kerusi Parlimen.

"Dalam peraturan demokrasi parti yang besar itu jadi ketua, ketua kepada BN adalah Umno dengan 78 kerusi Parlimen, dulu Umno pernah dapat 109 kerusi pada 2004 tapi pembangkang PAS ada 23 kerusi, PKR tinggal 24 kerusi kemudian DAP 29 kerusi," katanya dalam temubual eklusif bersama Antarapos di pejabatnya di sini.

Dewan Rakyat memperuntukkan 222 kerusi Parlimen. Pada pilihan raya umum 2008 BN menang di 139 kerusi sementara Pakatan memperoleh 83 kerusi.

Tidak mustahil PM dari calon DAP

Menurut Shahidan, tidak mustahil sekiranya DAP akan melantik perdana menteri dari calon parti itu sekiranya memperoleh jumlah kerusi paling banyak dalam PRU13.

"...dan peraturan demokrasi ketua pembangkang adalah DAP tapi dia buat-buat lantik Anwar Ibrahim, cuba bayangkan dengan kehendak Allah Anwar Ibrahim tiada hari ini, adakah DAP akan lantik Anwar Ibrahim dua?

"Katakan Anwar tiada, siapa akan jadi ketua pembangkang? DAP akan ambil baliklah, Lim Kit Sianglah," katanya.

Daripada 83 kerusi Parlimen, PAS memperoleh 23 kerusi, PKR 31 kerusi dan DAP 28 kerusi namun jumlah itu berkurangan selepas beberapa wakil rakyat bertindak keluar parti.

Untuk rekod terkini, PAS kini menyandang 22 (tidak termasuk Parlimen Titiwangsa) kerusi, PKR 23 kerusi dan DAP 28 kerusi Parlimen.

PAS-DAP guna pengaruh Anwar untuk capai cita-cita politik

ADUN Tambun Tulang ini menambah Anwar tidak layak untuk memegang jawatan itu ekoran pelbagai kontroversi yang melanda bekas timbalan perdana menteri itu termasuk kes liwat.

Shahidan juga percaya gabungan pembangkang menggunakan pengaruh Anwar untuk mencapai cita-cita politik parti masing-masing dan bukan mahukan kepimpinan pemimpin veteran itu.

"Saya rasa Anwar amat sukar untuk meneruskan cita-citanya kerana bermacam-macam perkara dihadapi.

"...dan pembangkang masih gunakan Anwar dalam bentuk bukan kerana berkehendakkan kepimpinannya tapi mungkin pengaruhnya sedikit untuk mereka mencapai cita-cita mereka.

"Ini pandangan saya tapi berdasarkan apa yang berlaku inilah pandangan saya," katanya. Antarapos


Wednesday, April 10, 2013

HOT!!! SPR ISYTIHAR PRU13 PADA 5 MEI 2013



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai tarikh penamaan calon manakala hari mengundi pada 5 Mei bagi Pilihan Raya Umum Ke-13.


Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dalam sidang akhbar di sini hari ini turut mengumumkan 30 April sebagai tarikh mengundi awal.


Tarikh penamaan calon : 20 April 2013 (Sabtu)

Tarikh buang undi : 5 Mei 2013 (Ahad)



Monday, April 8, 2013

PANASS!! PR SOKONG MURTAD? GOBIND BERDIRI SEBAGAI PEGUAMBELA LINA JOY?



Pada tahun 2000 Lina Joy menggunakan prosedur mahkamah untuk menggugurkan perkataan agama Islam di kad pengenalannya kerana beliau telah murtad dan mahu berkahwin dengan seorang kristian. Arakian sistem perundangan yang dikuasai UMNO telah menolak permohonan beliau kerana tidak mendapat kebenaran mahkamah syariah.

Lina Joy telah membawa perkara ini ke mahkamah, peguam yang mewakili Lina Joy ini tidak lain tidak bukan adalah encik Gobind Singh iaitu ADUN DAP dan anak pengerusi DAP? Benar, Gobind yang sama yang diserang dan dinista oleh penyokong serta pemimpin barisan nasional kerana gobind menyokong murtad, menemplak penggunaan bahasa Melayu dalam mahkamah dan mencampuri usurusan PBT.

Yang amat menghairankan adalah dua hakim UMNO yang bermazhab ahli sunnah wal jamaan yang mendengar kes ini yang juga mengaku Islam iaitu Tun Fairiz dan Dato Alaudin turut sama menzalimi Lina Joy yang hanya mahu murtad?

Kes Lina Joy ini adalah satu bukti daripada berjuta bukti (rakaman video anwar dan anaknya nuruul izzah, menyokong Ambiga yang menganjur forum mengkritik Islam, menyokong murid Islam bawa sosej babi) Pakatan menyokong Murtad! sehingga sanggup bersetongkol dengan pejuang-pejuang MURTAD yang berselindung di bawah kebebasan agama.

Gobind yang dihina dan dicaci BN dan juga ADUN DAP dan Pakatan telah bertungkus lumus membela Lina Joy yang hanya mahu murtad itu. Kes ini jelas menunjukkan bahawa pendirian pakatan terhadap kebebasan beragama dan berbeza dengan kebebasan agama BN iaitu hanya untuk orang yang tidak dilahirkan Islam.

Gobind, Ambiga, majlis peguam, Zaid, Anwar dan Nurul Izzah daripada Pakatan dan Pakatan friendly hingga sekarang tidak pernah meminta maaf kerana kenyataan dan kerja laku bbiadap mereka mencabar kesucian Islam. PAS for All



Sunday, April 7, 2013

HOT!!! 6 SEBAB RAKYAT PERLU KEKALKAN MANDAT BN



Barisan Nasional (BN) hari ini menggariskan enam sebab mengapa rakyat perlu terus memberi mandat kepada parti itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Menurut Manifesto BN yang dilancarkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam ini, enam sebab tersebut ialah Malaysia memerlukan kerajaan yang stabil dan kuat, rekod pencapaian, pengalaman, gerakan kesederhanaan, perkongsian kuasa telah teruji dan memenuhi kehendak rakyat.

Rakyat perlukan sebuah kerajaan kukuh yang berupaya melaksanakan Agenda Transformasi Negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi yang maju sepenuhnya, menurut manifesto bertajuk "Menepati Janji Membawa Harapan" itu.

BN sentiasa melakukan penambahbaikan dan sepanjang empat tahun lepas, kerajaan BN mencapai banyak kemajuan besar dalam meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian, menurutnya.

"Kejayaan yang dikecapi dalam tempoh 55 tahun tidak boleh dinafikan, kami adalah parti yang mempunyai rekod pencapaian mantap dan menunaikan segala janji. Selama ini, kerajaan yang diterajui BN telah membawa kemakmuran kepada segenap segmen masyarakat Malaysia," menurut manifesto bertemakan "Rakyat Didahulukan" itu.

"Kami akan meneruskan rekod kecemerlangan ini. Sekarang bukan masa untuk bereksperimen. Jangan sesekali melakukan uji kaji dengan masa depan kita."

Menurut manifesto itu, politik yang dibawa BN ialah politik perpaduan yang berpengalaman mengurus masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya.

"Parti komponen mengamalkan formula perkongsian kuasa yang efektif dan menolak politik benci membenci, pecah-belah serta menentang eksploitasi kaum dan agama untuk keuntungan politik".

Gabungan pelbagai parti BN telah teruji yang mana selepas 55 tahun, ia masih mewakili seluruh lapisan rakyat dari semua negeri di Malaysia kerana mengamalkan politik konsensus dan keterangkuman.

BN juga terus memperkasakan rakyat melalui peralihan yang terurus ke arah masyarakat progresif, moden dan demokratik dengan iltizam untuk melindungi hak asasi manusia dan alam sekitar, menurut manifesto itu. - Bernama

Saturday, April 6, 2013

PANASS!!! SAMY VELLU NAIK ANGIN DENGAN PALANIVEL DAN SUBRAMANIAM.



Bekas Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu melahirkan rasa marah dengan Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel dan timbalannya Datuk Seri Dr S.Subramaniam berhubung isu "calon boleh menang".

Beliau percaya mereka salah faham dengan kenyatannya pada Rabu, sehari selepas Parlimen dibubarkan apabila beliau berkata beliau merupakan calon boleh menang untuk kawasan Parlimen Sungai Siput, sebagai jawapan kepada soalan pemberita.

Samy Vellu berkata beliau tidak meminta Palanivel untuk beliau dicalon bagi kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13," katanya dalam kenyataan sebagai respon kepada kenyataan Palanivel terdahulu bahawa Samy Vellu tidak akan bertanding dalam pilihan raya kali ini.

"Palanivel dan Dr Subramaniam salah faham kenyataan saya semasa sidang akhbar majlis penyerahan sumbangan di Bukit Aman kepada keluarga para wira yang terkorban di Lahad Datu, Sabah.

"Memang benar saya memberitahu pemberita bahawa saya yakin saya adalah calon boleh menang. Tetapi tidak bermaksud saya meminta kepada Palanivel yang saya mahu bertanding semula di Sungai Siput,” tambahnya.

Samy Vellu berkata beliau sedih dengan kenyataan mereka yang tidak menggambarkan maksud beliau sebenarnya.

“Mereka (Palanivel dan Dr Subramaniam) perlu menghubungi saya dahulu untuk mengetahui apa yang berlaku di sidang media (di Bukit Aman) sebelum membuka mulut," katanya dan menambah kedua-kedua mereka menunjuk ketidakmatangan dalam politik.

"Saya telah berjuang dalam politik untuk kedua-duanya (Palanivel dan Subramaniam) dalam MIC semasa saya menjadi presiden parti.

"Mereka perlu ingat di mana mereka berada sekarang, kerana politik yang saya perjuangan untuk mereka," katanya.

Samy Vellu berkata beliau yang mendapat kepercayaan Najib dengan melantiknya sebagai Penyelaras BN di Sungai Siput, akan memastikan BN merampas kembali kerusi tersebut tidak kira siapa pun calon BN.

"Saya akan terus bekerja di Sungai Siput untuk melaksanakan apa yang diamanahkan oleh Najib kepada saya,” tambahnya.

Samy Vellu merupakan Anggota Parlimen Sungai Siput lebih tiga dekad sejak 1974 sehingga beliau kalah kepada Dr Michael Jeyakumar Devaraj dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan majoriti 1,821 undi pada pilihan raya umum 2008. - Bernama


Friday, April 5, 2013

HOT!!! ANWAR AKHIRNYA BERSUMPAH DI HADAPAN PENYOKONG!!



Dalam satu ceramah di Taman Semarak, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengkritik hebat musuh ketatnya, Mahathir Mohamad kerana menguruskan syarikat minyak negara terkaya seperti syarikat keluarga, terutamanya Mokhzani.

Anwar turut mengejutkan hadirin dengan bersumpah untuk menurunkan harga minyak sekiranya dia dipilih sebagai Perdana Menteri selepas PRU13 nanti.

“Pertama, dalam masa 24 jam, saya bersumpah akan menurunkan harga minyak di seluruh negara,” katanya kepada orang ramai hadir daripada kawasan sekitar di Hulu Perak.

“Nombor dua, adalah kontrak minyak ini. Adakah anda berfikir di bawah Najib ia akan ditarik balik? No. Tetapi jika kita mengambil alih, saya ingin memberitahu Dr Mahathir — Saya Anwar, bukan seperti Najib.

“Najib takut kepada kamu tetapi saya tidak. Saya tidak mempunyai niat untuk menjadi kejam kepada kamu atau membalas dendam, tetapi kontrak berbilion ringgit yang diberikan kepada anak anda, saya hentikannya, saya mahu memberinya kembali kepada semua rakyat Malaysia di seluruh negara, “ katanya.

Anwar Ibrahim berjanji semalam untuk menarik balik kontrak Petronas bernilai jutaan ringgit yang dianugerahkan kepada anak Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil menambah ia adalah salah satu langkah awal Pakatan Rakyat (PR) menghentikan kronisma sebaik sahaja memenangi Pilihan Raya 2013. MPP Online


HOT!!! PENGUNDI CINA TOLAK CALON PKR PASIR SALAK!!



PKR menerima tamparan hari ini apabila ahli-ahlinya di sebuah rantingnya di penempatan masyarakat Cina di Kampung Baru Chui Chak , dekat pekan Langkap membantah pemilihan Mustaffa Kamil Ayub sebagai calon Parlimen Pasir Salak.

Mustaffa telah diumumkan sebagai calon parlimen oleh Datuk Srri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR dalam satu majlis ceramah di Kampung Gajah bulan lepas.

Dua hari yang lepas, Setiausaha Cabang PKR Pasir Salak yang juga merupakan Pengarah Jentera Pilihanraya PKR Parlimen Pasir Salak Ahmad Taufik Hassan telah keluar parti dan menyertai Umno bagi membantah pemilihan Mustaffa sebagai calon parlimen Pasir Salak oleh Anwar.

Setiuasaha ranting tersebut, Chong Hock Then, 60 ( dikenali sebagai Ah Thiam oleh ahli-ahli PKR Pasir Salak) menyatakan rasa tidak puashati bagi pihak ranting tersebut yang mempunyai keahlian parti seramai lebih 350 orang.

Katanya beliau kecewa Anwar menamakan Mustaffa sebagai calon tanpa terlebih dahulu merujuk kepada kepimpinan cabang PKR Pasir Salak.

Ujarnya Mustaffa yang pernah bertanding di parlimen Pasir Salak dan juga DUN Sungai Manik dalam PRU 12 yang lalu ( dalam parlimen Pasir Salak) hanya timbul 5 tahun sekali, itupun apabila hampir pilihanraya.

Katanya lagi Mustaffa tidak pernah menyertai aktiviti parti sendiri di Pasir Salak sebaliknya lebih cenderong untuk menyertai aktiviti PAS setempat.


Ujar Chong lagi, beliau berharap pimpinan parti di peringkat Pusat dapat segera mengganti Mustaffa dengan calon yang telah dicadangkan oleh pihak cabang.

Katanya lagi beliau khuatir sekiranya pihak pusat tidak bertindak dengan segera, parti akan kehilangan banyak undi dari masyarakat Cina setempat.

Di Chui Chak, Kampung Pahlawan dan bandar Langkap mempunyai jumlah keseluruhan lebih 6,000 pengundi dari kalangan masyarakat Cina dan meletakkan Mustaffa akan menyebabkan undi mereka berpindah kepada calon BN dalam PRU 13 ini

Dewan Pemuda PAS Pasir Salak telah mengumumkan Dr. Muhaimin Sulam, Yang Dipertua PAS Pasir Salak sebagai Calon bagi DUN Sungai Manik.

Ini menimbulkan konflik hubungan Pakatan Rakyat di Pasir salak kerana Dun Sungai manik adalah diperuntukkan kepada PKR dan Osman Abdul Rahman, Ketua Cabang PKR Pasir Salak merupakan calon yang telah dipilih untuk bertanding kerusi tersebut.

Situasi ini terjadi ada kaitan dengan ‘ janj-janji secara lisan ‘ oleh Mustaffa kepada pimpinan PAS Pasir Salak dalam PRU tahun 2008 yang lepas untuk mengembalikan Dun Sungai Manik kepada PAS sekiranya beliau tewas dalam pilihanraya tersebut.

Mustaffa tewas dengan majoriti 1,300 undi kepada calon Umno/BN Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang juga exco kerajaan negeri dan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak. Kekalahan Mustaffa menyebabkan PAS menuntut janji-janji terhadap kerusi Sungai Manik tersebut. FMT


Thursday, April 4, 2013

PUIHHH!!! AKSI PROVOKASI BIADAP OLEH BLOGGER WANITA TERHADAP BN!!



Ya..pastinya kita masih ingat pasangan haramjadah Alvin dan Vivian yang bukan sahaja memalukan keluarganya, malam masyarakat Malaysia secara umumnya apabila memuatnaik gambar serta video seks mereka ke internet pada tahun lepas.


Semalam, si betina Vivian ini memuatnaik gambar lucahnya ke laman Facebook dengan merentangkan bendera Barisan Nasional pada tubuh bogelnya dengan caption 'Remember to vote for BN! 记得投国阵哦! Ingat, undilah BN!'


Tindakan jijik betina ini difahamkan bertujuan untuk menjatuhkan maruah BN kerana sering dikaitkan dengan pembongkaran video salah laku beberapa pemimpin PR yang lebih kurang juga perangainya dengan pasangan ini.


Tindakan beliau mengajak peminatnya mengundi BN juga adalah hanya cubaan menyindir dan sudah difahami oleh pengujung laman FBnya. Ramai pengunjung lebih cenderung mengutuk dan tidak senang dengan tindakan betina ini...





Wednesday, April 3, 2013

GEMPAR!! 2 TAHUN SAYA JADI 'HAMBA SEKATIL' SEORANG AMK PKR..



Disebalik kesungguhan segelintir penyokong PKR terus menerus mempersendakan kesahihan video "Anwar Ibrahim Sodomy Mahasiswa" namun diam tak diam rupanya ramai anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) amat berkeyakinan individu dalam video itu sememangnya Anwar Ibrahim.


Mereka sudah melihat sendiri video tersebut yang memperlihatkan betapa gersangnya Anwar tika itu ditambah lagi dengan aksi menerkam ke arah pasangannya, menyebabkan masing-masing bercambah keraguan terhadap moral pemimpin tertinggi parti.


Keyakinan mereka kian bertambah apabila baru-baru ini Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli secara tak sengaja telah mengakui Anwar adalah seorang yang peramah dan mudah didekati ketika merujuk kepada video yang disiarkan oleh blogger PapaGomo itu.


Dalam beberapa video dan gambar lain sebelumnya terutama sekali video intim Anwar dan Cinadoll, mereka masih lagi sedaya upaya menyalahkan individu dalam video terbabit dilakonkan oleh individu lain yang mirip atau menyerupai wajah Anwar.




Tuesday, April 2, 2013

HOT!!! AKSI REMY ISHAK 'BERGOMOL MESRA' DENGAN DIANA DANIELLE ATAS RANJANG!!


Sekiranya sebelum ini aksi ‘panas’ antara pelakon genit, Nora Danish dan Rushdi Ramli mendapat kritikan hebat dikalangan peminat industri hiburan tempatan, terbaru adegan ‘ranjang’ yang melibatkan aktres cantik Diana Danielle dan Remy Ishak pula mendapat perhatian segelintir peminat filem.


Pada 29 Mac lalu, pihak Grand Brilliance telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan aksi ‘mesra’ pelakon utama filem terbaru mereka yang berjudul “Sembunyi : Amukan Azazil,” di mana secara umumnya video berdurasi 1:07 itu telah di potong dan tidak ditayangkan kepada tontonan umum di pawagam.


Namun begitu, sejak video ini di muat naik di laman YouTube, ramai pihak telah megkritik adegan yang ditojolkan oleh Diana Danielle dan Remy Ishak, sehingga ada individu yang mendakwa adegan ini sengaja dipertontonkan untuk meraih perhatian penonton.


Kalau dah teringin nak tengok tue, pandai-pandai la carian kat Youtube yekk...



Monday, April 1, 2013

PANASS!! KEDIAMAN RAMSI PM DI'SERANG' MAHASISWA!!



Polis menahan tiga mahasiswa berusia 20-an di depan kediaman rasmi Perdana Menteri di sini lewat petang tadi selepas didapati sengaja menimbulkan masalah dan mengganggu ketenteraman awam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Superintenden Mak Pak Chuai berkata mahasiswa berkenaan, yang mengetuai kira-kira 100 pelajar lain, cuba menghantar memorandum berhubung isu pendidikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Mereka semua datang kira-kira jam 6 petang, kononnya untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri mengenai isu pendidikan. Kita beri peluang mahasiswa terbabit berucap selama 10 minit tanpa menggunakan mikrofon, tetapi mereka berdegil dan tetap meneruskan ucapan menggunakan mikrofon.

"Suasana itu mengganggu ketenteraman awam menyebabkan kita terpaksa mengambil tindakan menahan tiga mahasiswa berkenaan kira-kira sejam kemudian bagi tujuan soal siasat,” katanya sambil menambah kumpulan pelajar itu bersurai pada kira-kira 7.30 malam selepas diarah polis.

Beliau berkata kumpulan itu juga melaung pelbagai tuntutan, termasuk penghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma di depan kediaman rasmi Perdana Menteri.

Kesal dengan kejadian itu, Mak berkata ia tidak seharusnya berlaku terutama pada cuti hujung minggu kerana semua memorandum boleh dihantar terus ke pejabat Perdana Menteri pada hari bekerja. - Bernama

PANASS!!! KHAIRUL 'BANGGA' KELUAR KENYATAAN 'HINA' NABI S.A.W!!



Penolong Setiausaha I Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som mengakui kenyataan mengenai 'video seks Nabi' yang dipapar menerusi Twitternya 27 Mac lalu adalah kenyataannya sendiri.

"Itu kenyataan saya sendiri. Tidak, (akaun Twitter) bukan diceroboh," katanya.

Ditanya mengapa beliau buat kenyataan sedemikian yang diketahui boleh mengundang kontroversi malah dituduh menghina Nabi, sambil tertawa, Khairul Fahmi berkata, "Tunggu saja nanti, sekarang saya tak mahu cakap apa-apa lagi. Setiap orang ada persepsi sendiri, setiap yang berlaku pasti ada sebab."

Pemimpin Pemuda Pas itu juga hanya berkata, "Terpulang kepada siapa yang membaca".

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Harun Taib berkata, kenyataan Khairul Fahmi mungkin merujuk kepada sikap Umno yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengatasi musuhnya.

“Benda ini (video seks) tidak wujud dan adalah mustahil untuk Baginda melakukannya. Mungkin perbandingan yang dibuat hanya untuk menunjukkan betapa teruknya Umno.

“Mereka sanggup keluar video tidak baik orang tidak bersalah. Jika Umno wujud pada zaman Rasulullah, mungkin mereka akan buat perkara itu,” katanya.

Harun mengakui tindakan Khairul Fahmi membuat perbandingan dengan Rasulullah SAW kurang sesuai.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau belum lihat kenyataan pemimpin muda Pas itu dan atas sebab itu tidak wajar baginya untuk beri ulasan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...