Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Anwar Jangan Konfiden Menang Di Permatang Pauh.

Pages

Friday, December 14, 2012

Anwar Jangan Konfiden Menang Di Permatang Pauh.


Umno Permatang Pauh akan menyokong penuh siapa juga calon yang diputuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum ke-13.


Ketuanya Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata beliau yakin calon yang dipilih mampu memberi kemenangan kepada parti kerana sokongan pengundi di situ terhadap Umno dan BN.


"Saya boleh beri jaminan angota parti kita tidak akan mensabotaj (calon) dan jika ada yang didapati berbuat demikian, tindakan tegas akan diambil," katanya kepada pemberita, di Bukit Mertajam hari ini.


Abdul Jalil yang juga pengerusi BN Permatang Pauh, berkata masyarakat setempat mula menunjukkan perubahan terhadap Umno dengan hadir pada program yang dianjurkan parti.


"Saya tidak mahulah rasa selesa, tapi saya bersyukur orang di Permatang Pauh sudah mula tunjukkan perubahan dengan memberi sokongan kepada Umno.


"...malah yang hadir terdiri daripada pelbagai kaum. Ini sesuatu yang menggembirakan kita kerana sebelum ini hanya satu kaum sahaja hadir," katanya.


Menurutnya jentera Umno dan BN di kawasan itu telah memperhebatkan usaha untuk menawan 'kubu kuat' Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut dan dua kerusi dewan undangan negeri (DUN) serta mengekalkan kerusi DUN Seberang Jaya.


 Abdul Jalil sebelum itu hadir menyampaikan bantuan pakaian sekolah sumbangan Lembaga Kemajuan Wilayah Utara (Perda) kepada anak-anak keluarga miskin.


Pada majlis itu 190 murid dari kawasan parlimen Permatang Pauh menerima kelengkapan sekolah bernilai antara RM100 dan RM120 seorang.
Sent by kamuntingcentral.blogspot.com from Perak Cycber Troopers

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...