Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: 500 Penduduk Demontrasi #Tibai Kerajaan Pas Kelantan.

Pages

Wednesday, December 19, 2012

500 Penduduk Demontrasi #Tibai Kerajaan Pas Kelantan.

Kira-kira 500 penduduk di beberapa kampung di Kelantan telah berhimpun secara aman bagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan negeri yang didakwa gagal menyelesaikan masalah bekalan air bersih sejak setahun lalu.


Mereka membawa sepanduk menyatakan rasa tidak puas hati dengan sikap kerajaan negeri melalui Air Kelantan Sdn Berhad (AKSB) yang gagal membekalkan air bersih kepada mereka.


Kampung terlibat ialah Kampung Petaling, Bunut Payung, Kampung Che Wan, Kampung Bechah Batu Besar, Kampung Dalam Gelap, Kampung Baru Telekong dan Kampung Ulu Geh.


Antara tulisan yang tertera pada sepanduk ialah: “Kerajaan Pas Kelantan Gagal Selesaikan Masalah Kami” dan “Air Tak Dak, Nak Mandi Susah”.


Penghulu Kampung Telekong, Abdullah Abu Bakar berkata kebanyakan penduduk menggunakan air hujan dan ada yang menggunakan air sungai untuk minum dan kegunaan harian.


“Kami kini membayar bil air kepada syarikat pengendali bekalan air bersih AKSB seolah-olah bayar bil untuk angin, kerana kebanyakan paip kami tidak keluar air sebaliknya keluar angin,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.


Nasib baik sejak seminggu ini musim hujan, dapat kami guna air hujan untuk minum dan mandi,” katanya. Guru Tadika Kemas Nur Najah di Kampung Telekong Baru, Mariam Zakaria berkata masalah bekalan air bersih terputus paling ketara sejak seminggu lalu apabila kebanyakan paip air hanya keluar angin.


Kalau ada, airnya pun kotor dan berkeladak, katanya menambah tadika itu terpaksa membeli air botol untuk kegunaan murid selain menggunakan air perigi yang digali penduduk kampung.


Penduduk Kampung Bechah Batu Besar, Zainal Abidin Abdullah, 58, berkata sepatutnya kerajaan Kelantan telah lama menyelesaikan masalah kemudahan asas itu kerana difahamkan kerajaan negeri telah menerima pinjaman RM600 juta daripada kerajaan persekutuan.


Menurutnya, banyak rungutan telah disampaikan secara lisan kepada pihak berkenaan namun tiada tindakan diambil setakat ini. — Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...