Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Salun Unisex: #DHPP Berniat Jahat.

Pages

Wednesday, December 19, 2012

Salun Unisex: #DHPP Berniat Jahat.

KOTA BARU: Ecxo Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, (DHPP), Hu Pang Chaw sebagai mempunyai 'niat jahat' apabila mendedahkan kepada media tindakan yang diambil kerajaan negeri Kelantan terhadap orang bukan Islam yang berkelakuan tidak senonoh.


Hu juga turut mengkritik tindakan saman yang dikeluarkan kepada pekerja salon bukan Islam kerana memotong rambut pelanggan bukan Islam yang berlainan jantina.


"Dia memberitahu pemberita bahawa majlis perbandaran tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan saman kerana mereka bukan pengawai penguatkuasa kerana mereka hanya pembantu tadbir," katanya.


Takiyuddin juga berkata Hu membuat kenyataan tanpa memeriksa fakta terlebih dahulu.


"Sangat jelas bahawa dia membuat kenyataan tanpa memeriksa fakta terlebih dahulu. Pegawai majlis perbandaran mempunyai had kuasa. Jika dia (Hu) tidak percaya saya, dia boleh menyaman majlis perbandaran.


"Saya mahu dia menyaman majlis perbandaran kerana mempunyai pegawai yang tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang. Saya sendiri bersedia untuk menjadi peguam bela bagi majlis perbandaran nanti,” kata Takiyuddin yang juga seorang peguam.


Takiyuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, berkata DHPP sepatutnya memainkan peranan mereka sebagai sebahagian daripada anggota parti.


Terdahulu Majlis Perbandaran Kota Baru-Bandaraya Islam (MPKBI) telah mengeluarkan saman terhadap dua orang bukan Islam kerana didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat letak kereta berhampiran Lapangan Terbang Sultan Islam tengah malam 31 Oktober.


Satu lagi saman dikeluarkan terhadap seorang remaja berusia 17 tahun kerana menunggang motosikal bersama teman wanitanya yang berusia 15 tahun di Taman Tunku Anis pada pukul 5.30 petang, 20 Oktober lalu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...