Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: #Mufti Harussani Gesa Penyatuan Antara #Umno Dan #Pas.

Pages

Tuesday, December 18, 2012

#Mufti Harussani Gesa Penyatuan Antara #Umno Dan #Pas.

Perpaduan antara UMNO dan Pas dapat memperkembang serta memartabatkan perjuangan Islam di negara ini seterusnya memperkuatkan wadah politik masyarakat Melayu.


Sehubungan itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, masyarakat Melayu terutama daripada kedua-dua parti tersebut tidak boleh terlalu taksub dengan ideologi politik masing-masing sehingga merugikan Islam.


Lebih menyedihkan, kata beliau, terdapat kecenderungan parti terbabit menuduh pemimpin serta ahli parti berlawanan sebagai kafir hanya kerana berbeza ideologi politik.


"Pernah dalam majlis kenduri yang saya hadiri, mereka membuang dua besen ayam atas alasan haram kerana disembelih ahli UMNO, sedangkan sembelihan Kristian dan Yahudi (ahli kitab) pun halal, apatah lagi ahli UMNO yang mengucap dua kalimah syahadah.


"Pas dan UMNO, kedua-duanya cakap mempertahankan Islam, masing-masing bertelagah, saya seronok kalau dua kumpulan itu bergerak mengembangkan Islam kerana usaha itu pasti berjaya," katanya.


Beliau berucap merasmikan Persidangan Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Ketiga kelmarin.


Menurut Harussani, perpecahan kedua-dua parti itu disebabkan pemimpin dan ahli masing-masing terlalu taksub dalam memperjuangkan ideologi mereka.


Menurut beliau lagi, perbezaan ideologi seharusnya membawa kepada kemajuan serta perkembangan Islam dan bukannya kehancuran.


"Melayu jangan taksub dengan parti, biarlah dua parti, namun percanggahan fikiran (seharusnya) akan membawa kemajuan dan jangan sesekali lupa matlamat kita adalah Islam," tegasnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...