Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: February 2011

Pages

Monday, February 28, 2011

PANAZZ : YAB DATO SERI NAJIB BERI RM 9 JUTA.




KC sempat menghadiri Program YAB PM di Kampung Batu Sawar, Felda 25 Kerdau yang mana YAB PM telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 9 juta bagi menyelesaikan masalah air bersih yang menjadi igauan penduduk Kampung Batu Sawar,Felda 25 Kerdau.

KC juga berkesempatan bersua dengan Blogger Braveheart semasa di program tersebut. Steady la bro... Berikut KC uploadkan gambar2 semasa program YAB PM turun kawasan ...


http://www.facebook.com/album.php?aid=32358&id=100000802024158&l=f161ac6f0f

Wednesday, February 23, 2011

TERKINI : PAS GANTI PKR, PKR PERLU BUBAR.

Berdasarkan kepada keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang, Manek Urai, Galas dan Tenang, banyak pihak telah membuat kesimpulan bahawa sokongan pengundi Melayu kepada PAS telah menurun.

Faktor utama yang dikaitkan dengan kehilangan sokongan ini ialah ramai orang Melayu tidak senang dengan pakatan antara PAS dan DAP. PAS dilihat sebagai parti yang telah banyak berkorban demi pakatan tersebut.

Tanggapan ini telah merunsingkan PAS sehingga terpaksa menganjurkan sebuah konvensyen nasional pada Sabtu lepas di Shah Alam, untuk menangkis tanggapan tersebut. PAS seolah-olah menerima kenyataan bahawa sokongan orang Melayu telah menurun.

Respon PAS kepada isu tersebut berkisar kepada manipulasi media arus perdana milik UMNO/BN. Media arus perdana dituduh sebagai pencacai untuk melemahkan persafahaman antara PAS dan DAP.

Benarkah sokongan orang Melayu kepada PAS telah menurun?

Daripada kajian terperinci keputusan-keputusan PRK kebelakangan ini dan jika dibandingkan dengan keputusan PRU-12 sebagai kayu ukuran, nyata sokongan orang Melayu kepada PAS tidak berubah.

Yang ketara ialah sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat telah merudum. Pengundi-pengundi Melayu yang memilih PAS pada PRU-12 masih mengundi PAS pada PRK-PRK tersebut.

Akan tetapi ramai pengundi Melayu, terutama pengundi 'atas pagar', yang telah mengundi PR pada PRU-12 telah memberi undi mereka kepada UMNO/BN lantas membawa kepada kekalahan calon-calon PAS di PRK-PRK tersebut.

Jadi, mengapa orang Melayu kian menolak PR?

Kesangsian terhadap persefahaman antara PAS dan DAP bukan faktor utama yang mendorong kemerosotan sokongan orang Melayu kepada PR. Ramai orang Melayu telah menerima realiti tentang perlunya kerjasama dengan DAP untuk menamatkan hegemoni UMNO/BN.

Pengundi-pengundi Melayu terutama yang di atas pagar mula beralih dari menyokong PR kerana bosan dengan permasalahan demi permasalahan yang melanda PKR.

Malah ramai penyokong-penyokong tegar PR mula mempersoalkan keberkesanan PKR dalam memimpin pakatan tersebut.

Kredibiliti PKR kian terhakis. PKR dilihat seperti UMNO yang berbaju baru. Insiden seperti wakil-wakil rakyat PKR keluar parti, proses pemilihan parti yang pincang dan kes liwat Anwar Ibrahim telah menyebabkan PKR hilang fokus dalam meneruskan momentum tsunami 2008.

Kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh PKR juga gagal menyerlah sebagai kerajaan yang berwibawa. Faktor-faktor ini telah membuat rakyat mempersoalkan Anwar yang telah banyak menabur janji tetapi tidak ditunaikan.

PAS, sebaliknya, telah bergiat lebih mantap dan berkesan sejak kejayaan besar pada PRU-12. Aktiviti-aktiviti politik seperti ceramah, forum, konvensyen dan perhimpunan bertambah sejak 2008.

Perhimpunan Pemuda PAS di Kedah pada Sabtu lepas berjaya melibatkan 30,000 orang ahli. Kempen-kempen anjuran PAS seperti Kempen Anti Saman Ekor boleh dijadikan sebuah gerakan rakyat.

PAS lebih prihatin dengan peranan media baru dan sedang menggembelingkan semua saluran-saluran di dunia siber seperti internet, facebook, twitter dan seumpamanya untuk kegiatan politik. Semua usaha-usaha ini telah meningkatkan sokongan orang Melayu kepada PAS. Hasilnya akan dapat dilihat pada PRU-13 akan datang.

Kejayaan PAS pada PRU-13, walau bagaimanapun, bergantung kepada rakan-rakan dalam PR. Faktor PKR yang telah hilang populariti harus diambilkira. PAS dan DAP terpaksa menggalas bebanan PKR yang bermasalah.

Justeru, dalam usaha PR untuk menyaingi BN, PAS dan DAP mesti mengorak langkah untuk mewujudkan lanskap politik nasional yang berpaksikan Pakatan Rakyat yang benar-benar berwibawa.

Secara praktikalnya kita berterima kasih atas sumbangan Anwar dan PKR dalam mengemudi PR, tetapi sudah sampai masanya PAS mengambil alih kepimpinan dari PKR untuk memimpin PR dengan lebih berkesan. PKR harus menerima realiti dan secara berlapang dada untuk berundur demi kesinambungan perjuangan PR._nikadha
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, February 22, 2011

PENASIHAT AGAMA KEPADA MENTERI BESAR PAHANG CALON BN DI KERDAU.

Teka-teki mengenai calon yang akan mewakili BN di Kerdau terjawab sudah. Anak tempatan, berjawatan Penasihat Agama kepada Menteri Besar Pahang dan juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, diumum sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau 6 Mac ini.

Pemilihan anak jati tempatan untuk membawa cabaran BN pada pilihan raya kecil ke-16 itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Bilik Gerakan BN di Kampung Sri Ketumbit, Kerdau sebentar tadi.

Dalam sidang media selepas itu, Muhyiddin memberitahu kredibiliti calon, Syed Ibrahim, beri harapan yang cerah untuk BN mengekalkan kerusi DUN tersebut.

Beliau juga berharap 54 peratus pengundi Kerdau yang merupakan ahli UMNO menunjukkan sokongan padu kepada parti dengan keluar beramai-ramai 6 Mac ini.

Pilihan raya kecil Kerdau perlu diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Dewan Negeri (ADUN), Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 64, akibat penyakit jantung, 12 Februari lalu.

Allahyarham menang kerusi DUN Kerdau pada Pilihan Raya Umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim dan kawasan berkenaan mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, enam peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus lain-lain kaum.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

TERKINI : HARGA PETROL MUNGKIN NAIK?? KERAJAAN SEDANG BERGELUT UNTUK PERTAHANKAN..

Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini.

Justeru itu, kata Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Teknologi Nasional (Uniten), Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya.

"Kita bercakap soal globalisasi yang mana Malaysia juga tidak boleh mengelak daripada kesan negatif daripada kenaikan harga petrol di pasaran dunia.

"Kerana itu, orang ramai perlu rasional dalam menerima kenaikan harga minyak dunia ini serta kesannya kepada ekonomi negara," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak di pasaran dunia yang berharga RM315 setong hari ini.

Beberapa negara telah pun mengambil langkah menaikkan harga minyak masing-masing termasuk China kelmarin sebanyak 4.6 peratus iaitu kenaikan kedua dalam tempoh tiga bulan selepas kenaikan sebesar 14.4 peratus pada Disember lalu.

Sepanjang tahun lalu pula, kerajaan memberi subsidi RM6.3 bilion termasuk untuk petrol dan diesel termasuk RM3.3 bilion bagi subsidi petrol RON95.

Bagaimanapun, berdasarkan situasi semasa harga minyak dunia, subsidi kerajaan dijangka bertambah pada tahun ini.

Dr. Rusinah menambah, beberapa faktor sama ada secara langsung atau tidak langsung ketika ini juga semakin memperlihatkan bahawa harga minyak dunia akan terus melonjak pada masa depan.

Antaranya, kata beliau, ketidaktentuan politik di negara-negara Arab yang merupakan negara pengeluar minyak terbesar dunia, bencana alam, kemerosotan sumber bumi dan tekanan ekonomi global.

"Faktor-faktor ini sangat sukar untuk dijelaskan oleh kerajaan terutamanya di kalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang akan menanggung kesan daripada kenaikan harga minyak tempatan walaupun lima sen," kata beliau.

Pendapat yang serupa dikongsi oleh pemerhati ekonomi, Nassrul Hakim Jani yang tidak menolak kenaikan harga minyak boleh berlaku kepada mana-mana negara termasuk Malaysia, berdasarkan krisis global ketika ini terutama pergolakan politik di negara Arab.

Begitu pun, kata bekas pensyarah Pengurusan Perniagaan dan Koordinator Pusat Informasi Usahawan, Kolej Profesional Mara, Indera Mahkota, Pahang itu, kerajaan perlu memastikan kenaikan harga minyak tempatan tidak berlaku secara drastik dan terlalu tinggi sehingga menimbulkan rasa panik di kalangan rakyat.

Pada masa sama, katanya, kerajaan juga perlu memberi jaminan harga barang keperluan yang pasti naik bersama kenaikan harga minyak akan kembali kepada harga asal selepas penurunan harga bahan mentah itu.

"Sebagai antara negara pengeluar minyak juga, kerajaan masih boleh mengambil keuntungan daripada kenaikan harga minyak di pasaran dan menggunakannya untuk projek pembangunan yang lain.

"Malah, keuntungan itu juga boleh memastikan kerajaan mengekalkan subsidi minyak seperti yang diberikan ketika ini atau tidak menaikkan harga minyak terlalu tinggi," kata beliau.

KC : Tahniah kepada kerajaan Barisan Nasional yang sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan kebajikan rakyat terjaga.

Walaupun begitu, kita sebagai rakyat yang sentiasa positif perlu sentiasa yakin dan bersedia apa pun kemungkinan sekiranya kenaikan harga minyak tidak dapat dibendung.

Disini KC perturunkan tips Penjimatan Penggunaan Minyak kepada rakan2...:

1.Pastikan angin tayar kereta/kenderaan sentiasa mencukupi, bila tayar kereta kurang atau tak stabil, ia menyebabkan banyak tenaga digunakan untuk menggerakkan kenderaan, sedikit sebanyak mengurangkan minyak kenderaan anda. Pastikan 'alignment' dan 'balance' tayar selalu diperiksa.

2. Pastikan enjin kereta/kenderaan anda diselenggara /'maintenance', kerana enjin kenderaan berada dalam keadaan baik akan mengurangkan pembakaran bahan api/gas. Pastikan anda menggunakan alat ganti tulen untuk kenderaan anda.

3. Jangan membawa muatan berlebihan dalam kereta anda kerana ia menyebabkan penggunaan tenaga yang maksima. Bawa barangan keperluan/ kecemasan sahaja dalam kenderaan anda.

4. Kenalpasti minyak yang sesuai bagi kereta anda sama ada sesuai atau tidak. (Minyak Petrol RON95 atau RON 97). Biasanya, pengeluar kereta anda lebih arif tentang jenis minyak yang sesuai untuk kereta anda.

5. Memandu secara berhemah dan tidak tergesa-gesa menghidupkan enjin atau memberhentikan kenderaan secara mengejut. Jangan terlalu lama memanaskan enjin kereta anda kerana anda telah membazirkan sedikit sebanyak minyak kereta anda. Pecutan kenderaan secara berperingkat-peringkat dengan penggunaan gear yang betul juga dapat menjimatkan penggunaan minyak.

6. Memandu secara perlahan juga boleh menjimatkan penggunaan minyak.Lagi laju pecutan kereta lagi banyak penggunaan tenaga/minyak untuk kereta anda.

7. Rancang perjalanan anda sebelum memulakan perjalanan, kerana anda tidak perlu lagi berpatah balik dan ini menjimatkan masa dan wang anda.Penggunaan GPS juga boleh menjimatkan masa dan wang untuk kereta anda.

8. Pilih dan beli kereta/kenderaan yang dapat menjimatkan penggunaan minyak dan dapat mengurangkan budget bulanan untuk kos penggunaan minyak.

9. Buka hawa dingin kereta dan tutup tingkap kereta untuk perjalanan biasa ,semasa di lampu isyarat atau kesesakan lalulintas,tutup seketika hawa dingin kereta anda dan buka tingkap untuk menjimatkan penggunaan tenaga. Penggunaan hawa dingin secara kerap akan mengurangkan penggunaan minyak/bahan api kenderaan anda.

10. Jangan biarkan tangki kenderaan anda kering langsung, baru nak isi minyak kerana ia menyebabkan penggunaan gas yang banyak untuk memenuhi ruang dalam tangki minyak anda.

p/s,  selalulah tumpang kereta kawan anda (kongsi kereta) untuk ke mana-mana..jimat sikit duit..hehe
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, February 21, 2011

GEMPARR : TERBUKTI SHAMSIDAR BETINA SUNDAL MAIN DENGAN ANUAR..?.

Secara terbuka dihadapan ramai hadirin yang membanjiri Arena Square, Batu Gajah, Umi Hafilda telah berjaya meyakinkan mereka siapa sebenarnya makhluk bernama Anwar Ibrahim…

Sesi ceramah umum diadakan malam tadi dimana tumpuan hadirin sudah tentulah mahu mendengar sendiri dari mulut Umi Hafilda yang menyimpan banyak kisah kisah dalam kain keluarga Azmin dan Shamsidar.

Terkejut...! Menggeleng gelengkan kepala…!! Mengucap panjang dan beristighfar….!!!! Demikianlah reaksi beberapa hadirin golongan usia pertengahan atas setelah mendengar "pembongkaran" cerita cerita panas oleh Umi Hafilda.

Terutama sekali apabila Umi menceritakan beliau mendengar sendiri perbualan talipon diantara Anwar dengan Shamsidar dalam rumah Azmin.., intipan secara senyap berlaku pada suatu malam Umi membuat keputusan bermalam dirumah abangnya itu setelah mendapat maklumat dari pembantu rumah, Anwar sering menalipon Shamsidar pada waktu waktu yang tertentu….

Umi juga menceritakan bagaimana beliau membuat serang hendap mengekori Shamsidar dan Anwar pergi ke sebuah kondo mewah Tivoli Villa di Bangsar…, malah beliau berjaya merakam aksi aksi tersebut menerusi kamera video sebagai bukti yang masih berada dalam simpanan…

Setelah kecewa dengan perlakuan Shamsidar yang curang terhadap abang kandungnya, Umi telah meyergah kakak iparnya itu dengan panggilan, " kau betina sundal…!!".

Pada awalnya Shamsidar cuba berdolak dalih mahu menafikan tetapi setelah Umi tegaskan beliau ada bukti rakaman pergerakan Shamsidar daripada detik mereka menaiki kereta yang sama membawa Anwar, turun bersama sama melangkah masuk ke kondo dan seterusnya…, isteri Azmin itu terdiam!

Agak memeranjatkan sekali apabila Shamsidar dengan angkuh menyatakan kepada Umi, "its none of your business..!!".
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

TERKINI : TREN SOKONGAN MELAYU BERALIH KEPADA UMNO, PR BAKAL HILANG KERUSI PRU 13.

Pakatan Rakyat (PR) terutama Pas dan PKR dalam keadaan terancam dan berpotensi kehilangan banyak kerusi sekiranya undi Melayu lari lima peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Pensyarah Sains Politik Universiti Monash, Dr Wong Chin Huat berkata, perkara itu perlu dibimbangi kerana sejak kebelakangan ini, peratusan undi Melayu jelas bergerak kepada UMNO, manakala undi Cina kekal tinggi kepada PR.

Menurutnya, melalui laporan sejak PRU lalu, kemenangan calon Pas berpunca daripada undi kaum bukan Melayu, sekali gus menggugat hasrat PR menawan Putrajaya.

"Itulah kenyataannya sekarang, kalau dahulu, undi Pas tinggi jika ada majoriti Melayu, tetapi hari ini bertentangan sama sekali.

"Bagaimana sebuah parti memperjuangkan Islam tidak berjaya mendapatkan sokongan Melayu Islam? Di mana silapnya?" katanya pada Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas di sini, semalam.

Menurutnya, kebimbangan itu berasas kerana pada PRU lalu, kebanyakan calon PR menang disebabkan banyak faktor, di samping trend Pilihan Raya Kecil (PRK) kebelakangan ini.:

"Mengikut perkiraan, jika undi Melayu lari lima peratus, kemungkinan PR akan kehilangan 34 kerusi Parlimen seluruh negara.

"DAP dijangka kekal kerana undi dari kawasan majoriti Cina membantu mereka," katanya.

Selain itu, Chin Huat turut mempersoalkan sama ada trend itu dikatakan kegagalan atau kejayaan Pas dalam mendapatkan sokongan bukan Islam.

Konvensyen di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertujuan mendedahkan kedudukan masyarakat Melayu daripada sudut hak dan perlindungan setelah lebih 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

TERKINI : JAKUN- NIK AZIZ TIDAK IKHLAS?.

SELEPAS setahun berlalu, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya memohon maaf kepada masyarakat Orang Asli berikutan kenyataannya menggambarkan wakil rakyat yang lompat parti sebagai 'Jakun.'

"Saya memang mengaku sekali sekala saya mengeluarkan perkataan Jakun kerana saya tidak tahu Jakun nama keturunan Orang Asli.

"Hari ini, saya minta maaf secara terbuka dan saya minta daripada wakil-wakil yang datang hari ini, balik kampung beritahu bahawa saya minta maaf, saya tidak tahu langsung apa benda Jakun.

"Insya-Allah selepas ini, saya akan jaga mulut daripada mengeluarkan perkataan melukakan hati manusia kerana Islam melarang kita buat perkara yang melukakan hati orang lain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil Orang Asli di Kediaman Rasmi Menteri Besar di JKR 10, Kota Bharu, semalam.

Menurut laporan, Nik Abdul Aziz membuat gambaran tersebut ketika mengulas tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meletak kesemua jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan keluar parti itu.

Berikutan itu, masyarakat suku kaum Jakun mendakwa terhina dengan kenyataan tersebut dan telah membuat laporan polis serta meminta Menteri Besar Kelantan itu memohon maaf, tetapi tiada sebarang respon sehinggalah semalam.

Begitulah sukarnya seorang bergelar Tok Guru seperti Nik Abdul Aziz untuk memohon maaf sehingga mengambil masa setahun berbuat demikian.

Kenyataan Nik Abdul Aziz yang tidak tahu Jakun nama keturunan atau suku kaum Orang Asli sebenarnya menunjukkan tahap pengetahuan Menteri Besar itu mengenai rakyat berbilang etnik di bawah pimpinannya.

Bagaimana mungkin seorang Menteri Besar yang mentadbir sebuah kerajaan negeri seperti Kelantan selama lebih 20 tahun, mengatakan tidak tahu Jakun adalah salah satu suku kaum Orang Asli.

Justeru, mengambil kira perkara tersebut, timbul persoalan apakah permohonan maaf itu benar-benar datang dari hati nurani Nik Abdul Aziz, atau ia dibuat sekadar bagi menjaga perasaan masyarakat suku kaum tersebut demi memastikan survival politik Pas di negeri ini, terutama di Hulu Kelantan.

Tambahan pula, kemaafan itu hanya timbul selepas kumpulan masyarakat Orang Asli mengadakan pertemuan dengan beliau di kediaman rasminya, sedangkan tuntutan permohonan maaf itu pernah dikemukakan oleh masyarakat suku kaum berkenaan setahun lalu.

Penolakan suku kaum masyarakat tersebut kepada Pas di Hulu Kelantan menyaksikan Pas gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil lalu dengan majoriti lebih besar kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Dan Pas, sudah semestinya tidak mahu senario tersebut berterusan dan melarat ke kawasan lain menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), kerana ia akan hanya menggugat hasrat parti itu dan rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang kekal berkuasa di Kelantan, serta mengukuhkan kedudukan mereka di peringkat nasional.

Lantaran itu, Nik Abdul Aziz mahu tidak mahu perlu melakukan sesuatu bagi mendapatkan balik sokongan masyarakat Orang Asli tersebut yang sebenarnya boleh menjadi penentu dalam percaturan politik di wilayah tertentu.

Ini sudah pastinya disedari oleh Mursyidul Am Pas berkenaan yang sudah puluhan tahun bergelumang dalam politik tanah air, terutama di Kelantan-negeri yang mempunyai penduduk berbilang kaum termasuk Orang Asli yang meliputi pelbagai suku kaum, salah satunya Jakun, tetapi sayang tidak diketahui oleh Nik Abdul Aziz.

Bilakah pula agaknya Nik Abdul Aziz yang telah menginjak usia 80 tahun akan meminta maaf kepada musuh politiknya terutama UMNO yang seagama dengannya, mengambil kira kenyataan beliau 'Islam melarang kita buat perkara yang melukakan hati orang lain'. YA
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, February 20, 2011

PANAZZ : NAIB PRESIDEN PAS BAKAL CALON DI PRK KERDAU..?.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan terkejut dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari yang sama untuk pilihan raya kecil DUN Kerdau dan Merlimau iaitu pada 6 Mac ini.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu berpendapat SPR sepatutnya beri lebih masa kepada pihak yang mahu bertanding untuk membuat persediaan.

Alasan lain kononnya hari pengundian jatuh pada Ahad boleh menyebabkan keadaan tidak selesa kepada pengundi luar yang terpaksa pulang bekerja pada keesokan harinya.

Mereka terpaksa bergegas kerana cuma ada sehari untuk perjalanan ke tempat mengundi dan pulang ke tempat kerja, katanya di Alor Setar. Sabtu.

Pelik juga bekas ADUN Jengka, Pahang itu beri alasan yang diibarat meludah ke langit.

Padahal sebelum ini, pembangkang kerap bising kalau pengundian jatuh hari bekerja. Alasan mereka kerana khuatir pengundi tidak keluar membuang undi atau tidak dibenarkan berbuat demikian oleh majikan.

Lagipun pembangkang sudah cakap berdegar-degar sebelum ini bahawa mereka sudah siap sedia berdepan pilihan raya umum pada bila-bila masa tetapi kecut perut pula apabila SPR beri masa singkat untuk PRK Kerdau.

Barangkali Tuan Ibrahim sudah terasa aib yang akan ditempahnya dalam dua pilihan raya serentak ini.

Beliau sebelum ini sudah dilantik Pengarah Pilihanraya PAS DUN Merlimau.

Ibarat sedang bersiap-siap untuk berperang di tempat lain, kampung halaman sendiri dilanggar garuda.

Tuan Ibrahim bukan sahaja Pesuruhjaya PAS Pahang tetapi Yang Di Pertua PAS Kuala Krau – Kerdau adalah dalam parlimen Kuala Krau.

Ini pasti memberi tamparan besar padanya kalau PAS kecundang di Kerdau.

Mana beliau hendak letak muka tambahan pula pada malam sama ketika keputusan pilihan raya DUN Merlimau diumumkan, PAS juga kecundang. Nampaknya Tuan Ibrahim dalam dilema besar.

PAS kena fikir jalan lain atau setidak-tidaknya menyerahkan kepada Datuk Mahfuz Omar jadi pengarah PKR Merlimau kerana seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayob sudah diberi tanggungjawab itu di Tenang.

Ini baru adil apabila ketiga-tiga Naib Presiden berasa 'malu' apabila PAS tewas lagi di Merlimau dan Kerdau.

Selain itu, PAS tidak perlu susah-susah cari calon lain bertanding di Kerdau.

Parti itu boleh mencalonkan Tun Ibrahim kerana maklumat daripada penduduk di Kerdau khususnya di tiga rancangan Jengka, nama beliau cukup tersohor.

Setidak-tidak PRK Kerdau akan jadi pilihan raya kecil terakhir yang sengit antara BN dan pembangkang khususnya PAS.

Pasti Tuan Ibrahim tidak gentar kerana sudah ada pengalaman sepenggal jadi wakil rakyat di DUN Jengka tetapi tewas pada PRU 2004 dan 2008.

Cuma perlu dingatkan pada Tuan Ibrahim bahawa jika beliau tewas, bermakna jawatan Naib Presidennya tidak terjamin lagi dalam pemilihan parti akan datang.

Bagi PAS pula jika mereka tewas di Kerdau dan Merlimau – itu adalah paku terakhir pada keranda parti berkenaan yang semakin ditolak rakyat khususnya pengundi Melayu selepas mereka membuktikannya di Galas dan Tenang. AD
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

TERRKINI : BUKTI PAS GAGAL LAGI UNTUK KESEKIAN KALINYA..

Pas disifatkan gagal untuk menyebarkan dakwah kepada bukan Islam di negara ini biarpun telah menjalinkan kerjasama yang erat dengan DAP.

Malah dua tokoh agama di negeri ini menyifatkan Pas sanggup menjadi 'bisu' semata-mata untuk menjaga hati pemimpin parti itu demi untuk menang dalam pilihan raya walaupun DAP sering mengganggu gugat urusan agama suci ini.

Mudir Pondok Sa'adah Ad-Dhaghari, Geting, Zainal Abidin Awang berkata, tujuan Pas bukan untuk berdakwah kepada bukan Islam kerana ia jelas dapat dilihat apabila mereka sanggup menjual ideologi sendiri semata-mata mahu bersahabat dengan DAP.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Minda Pondok berkata, kenyataan-kenyataan daripada kepemimpinan parti itu juga menunjukkan bahawa mereka tidak yakin untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud seperti dasar perjuangan penubuhannya.

"Tidak ada apa-apa perubahan yang dibawa oleh Pas selepas berkawan dengan DAP, malah lagi teruk jika dibandingkan pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) di negeri yang diperintah pihak pembangkang sekarang.

"Exco DAP telah berani campur tangan dalam hal ehwal Islam, sudah teruk sangat mereka 'menyerang' Islam. Apa yang Pas buat, di mana suara mereka yang katanya mahu berdakwah kepada DAP," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengakui tujuan Pas bekerjasama dengan DAP adalah untuk memperkenalkan Islam kepada sekutu politiknya itu.

Sementara itu, Jurucakap Minda Pondok, Mohd. Saifuddin Abdul Rahman berkata, Pas terlalu banyak berdolak-dalik berhubung pendirian dan hala tuju parti itu apabila bekerjasama dengan DAP.

"Pas berdolak-dalih dan sudah lari daripada prinsip berkerjasama DAP, pada suatu ketika dahulu dia kafirkan UMNO kerana bersama MCA, sekarang mereka bersama dengan DAP pula, apa sudah jadi.

"Kenyataan pemimpin Pas seperti Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Nik Abdul Aziz dan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah amat longgar.

"Prinsip negara Islam sudah tidak dibincangkan lagi, mereka sudah tidak yakin untuk tubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

"Mungkin kerana dari segi kerusi yang dimenangi DAP menyebabkan DAP monopoli dalam pakatan pembangkang.

"Oleh itu, saya melihat kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa Nik Abdul Aziz hanya mahu menang pilihan raya kerana dendam, memang ada benarnya," ujar beliau.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

PANAZZ : LAGI LAPORAN POLIS HINA MELAYU

Dua lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta seorang individu membuat laporan polis berhubung pengedaran risalah My Balik Pulau.

NGO tersebut adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang dan Gerakan Belia 4B negeri manakala individu berkenaan ialah Firus Che Man, 37.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini kira-kira pukul 10 pagi oleh Firus bersama Naib Yang Dipertua Perkasa negeri, Sheikh Harun Narashid dan Bendahari Gerakan Belia 4B Pulau Pinang, Anuar Omar.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 20 laporan polis sudah dibuat oleh pelbagai pihak di Pulau Pinang berhubung pengedaran risalah kontroversi itu.

Firus yang mewakili kumpulan tersebut memberitahu, risalah berkenaan sarat dengan unsur-unsur penghinaan yang mengguris perasaan orang Melayu terutamanya di Balik Pulau.

"Bahan dalam risalah ini seolah-olah mempunyai syak dan keinginan untuk menghina kaum tertentu melalui ilustrasi serta fakta-fakta yang terpesong daripada kebenaran," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pengedaran risalah My Balik Pulau yang diedarkan secara percuma termasuk di sekolah-sekolah sejak sebulan lalu mencetuskan kontroversi apabila isi kandungannya didapati mengandungi fakta sejarah yang tidak tepat serta diragui kesahihannya.

Ia didedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Muhammad Farid Saad yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu.

Firus menambah, pengedaran risalah seumpama itu boleh menjejaskan agenda nasional untuk mengukuhkan ikatan perpaduan antara masyarakat apabila ia menyentuh sensitiviti sesuatu kaum.

"Kita ambil contoh, terdapat ilustrasi dalam risalah ini yang menunjukkan orang Melayu terpaksa meminjam wang daripada ceti haram untuk adakan majlis kenduri, apa yang cuba disampaikan oleh penerbit risalah ini?

"Malah, gambar orang Melayu pula digambarkan selekeh, tidak memakai kasut dan sugul berbanding kaum-kaum lain. Risalah tersebut seolah-olah mempunyai syak dan keinginan untuk menghina orang Melayu," dakwanya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, February 19, 2011

KES TEOH : PERMAINAN POLITIK BERKEPENTINGAN.

Rabu, peguam Karpal Singh dan Gobind Singh Deo tarik diri daripada menyertai prosiding Suruhanjaya Di Raja yang sedang menyiasat punca kematian Teoh.

Alasan kedua-dua beranak itu serta keluarga mendiang berbuat demikian kerana permohonan mereka supaya Tan Sri James Fong digugurkan sebagai Pengerusi suruhanjaya itu tidak berjaya.

Pada Khamis, Kerajaan negeri Selangor serta peguamnya turut menarik diri.

Alasannya pula kononnya pendirian tidak konsisten Peguam Negara yang menyediakan kakitangannya sebagai pegawai pengendali sedangkan pada masa yang sama membuat permohonan semakan terhadap keputusan terbuka inkues awal bulan lalu.

Pening juga melihat sesetengan pihak cuba mengaut kepentingan politik daripada Teoh yang meninggal dunia selepas ditemui ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Sebelum ini, inkues mencari punca kematian setiausaha politik anggota exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, itu juga samar-samar sehingga memaksa kerajaan menubuhkan suruhajaya berkenaan.

Semua orang tahu sejak awal lagi pembangkang khususnya cukup suka dengan idea penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes-kes tertentu yang didedahkan mereka kononnya untuk menegakkan keadilan.

Malangnya, apabila kerajaan bersetuju menubuhkan suruhanjaya dalam kes Teoh, ada pula yang sengaja tarik diri dan tidak mahu terbabit padahal mereka juga sebelum ini beria-ia mahukan suruhanjaya berkenaan.

Nampak sangat kes Teoh sudah hampir sampai ke penghujungnya apabila suruhanjaya itu kelak akan mengemukakan keputusan prosiding mencari punca kematian Teh kepada kerajaan.

Barangkali Karpal, Gobind dan kerajaan Selangor sudah tahu mereka tidak dapat apa-apa keuntungan lagi daripada kes tersebut.

Ibarat 'menghabiskan boreh' saja, lebih baik tarikh diri awal-awal daripada malu dan kecewa dengan keputusan suruhanjaya itu nanti.

Inilah yang rakyat masih belum sedar betapa banyak isu sengaja dipolitikkan pembangkang dan pihak tertentu termasuk mengaitkan orang yang sudah mati.

Paling kasihan keluarga mendiang Teoh kerana mereka akhirnya jadi mangsa keadaan.

Memang kes kematian Teoh dalam keadaan misteri perlukan jawapan tetapi mereka tidak wajar membiarkan diri mereka dijadikan mainan politik semata-mata.

Kerajaan juga mahukan keadilan tetapi perlu ikut lunas undang-undang.

Lagipun kerajaan Malaysia sudah melayan keluarga mendiang dengan adil termasuk meluluskan permohonan berhubung penggunaan nama Teoh bagi anak yang dilahirkan tunang mendiang, Sioh Cher Wai pada 22 Februari tahun lalu.

Lepas ini tidak tahu apa lagi nak dikatakan puak-puak ini setelah selesai prosiding suruhanjaya nanti.

Yang pasti, mereka tentu tidak menerima bulat-bulat apa diputuskan suruhanjaya tersebut.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, February 18, 2011

PANAZZ/TRAGIS : KRONOLOGI KES TEMBAK DI KELANTAN.

Sepertimana yang kita tahu semalam telah berlaku satu kejadian tragis di Tumpat Kelantan berpunca dari salah faham.

Pagi semalam anggota UPP telah mengejar sebuah kereta kancil yang dipercayai membawa beras seludup (beras siam).

Ketika dalam episod kejar-mengejar itu tiba-tiba kereta kancil tersebut berhenti dan anggota UPP bergegas turun menuju ke kenderaan yang dikejar tersebut. Mereka terkejut apabila melihat lelaki yang memandu kenderaan itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mulutnya berbuih. Lelaki itu dikenali sebagai Sa'aid Bin Mat Hassan berusia 56 tahun.

Atas rasa tanggungjawab walaupun orang itu sedang dikejar mereka anggota UPP mengangkat dan membawanya ke Hospital Tumpat. Tiba di hospital anggota UPP terbabit diminta menunggu di bahagian luar bilik rawatan.

Sementara menunggu, mereka mengambil keputusan untuk pergi bersarapan di sebuah kedai berhampiran hospital.

Ketika mereka sedang bersarapan tiba-tiba datang dua tiga biji kenderaan yang dinaiki oleh beberapa lelaki cuba menyerang anggota UPP tersebut dan salah seorang daripada mereka adalah anak saudara kepada mangsa.

Anak saudara mangsa mendakwa anggota-anggota UPP tersebut memukul bapa saudaranya sehingga meninggal dunia. Dalam keadaan kelam kabut itu tiga anggota UPP berjaya meloloskan diri. Hanya seorang yang tidak berjaya lari.

Yang seorang itu telah dikepung oleh kumpulan lelaki berkenaan dan untuk menyelamatkan diri , dia terpaksa melepaskan tembakan. Tembakan itu telah terkena anak saudara mangsa,Ahmad Nizamuddin 19 tahun.

Lalu lelaki yang terkena tembakan itu dikejarkan ke Hopital Tumpat yang berada berhampiran dengan tempat kekecohan itu. Oleh kerana keadaannya kritikal maka dia telah dipindahkan ke Hospital Kota Bharu.

Itu yang sebenar-benarnya terjadi semalam.

Sekarang ini khabar angin telah disebarkan di Kelantan kononnya anggota UPP telah memukul lelaki yang memandu kereta kancil itu hingga mati dan menembak anak saudara mangsa kerana dia adalah saksi yang melihat kejadian itu.

Cerita itu telah dipusing. Ada pihak-pihak yang cuba menangguk di air negeri Kelantan yang sememangnya keruh dan kuning sejak berpuluh tahun lalu. Mereka cuba hendak pusing cerita sepertimana mereka menuduh SPRM membunuh setiausaha politik haram, Teoh Beng Hock.

Yang sebenarnya...

Lelaki yang dikejar oleh anggota UPP berkenaan meninggal dunia kerana serangan jantung. Rekod penyakit jantungnya memang telah ada di hospital.

Bukan sesuatu yang pelik dalam kedaaan terkejut kerana dikejar oleh anggota UPP beliau boleh terkena serangan jantung kerana terkejut. Tambahan pula usianya sudah 56 tahun.

Nak salahkan anggota UPP pun tak boleh, mereka bukannya tahu arwah ada penyakit jantung. Lainlah kalau di bahagian belakang kenderaannya tercatat 'pemandu berpenyakit jantung'.

Perkara ini tidak akan timbul sekiranya arwah tidak cuba lari ketika dikejar oleh UPP. Berhenti dengan cara elok dan selesaikan dengan cara elok.

Bagaimana UPP hendak pukul mangsa kalau mangsa berada dalam kenderaan ? Kalau nak pukul mestilah kena tarik keluar dan pukul.

Jika benar seperti cerita yang disebarkan kononnya anak saudara mangsa yang ditembak nampak bapa saudaranya kena pukul, kenapa dia tak serang anggota UPP yang memukul pada waktu itu ?

Semua itu karut semata-mata. Cerita asal telah ditokok tambah demi kepentingan politik Pas. Mereka cuba nak jadikan sepertimana kes Teoh Beng Hock dan Aminulrasyid.

Tindakan anggota UPP melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri sehingga terkena anak saudara mangsa bukannya satu kesalahan. Memang mereka diberikan senjata untuk mempertahankan diri. Kalau dia seorang diri telah dikepung dan dalam keadaan cemas begitu tak logiklah dia nak buka silat pula sedangkan pistol ada. Apatah lagi dia mempunyai kebenaran untuk menggunakan senjata api.

Lagi pun tindakan anak saudara mangsa yang baru berusia 19 tahun cuba menyerang seorang penjawat awam yang sedang dalam tugas adalah satu kesalahan. Dalam kes ini cerita telah diputar belit, orang yang bersalah digambarkan tidak bersalah dan orang yang menjalankan tugas digambarkan sebagai penjahat.

Jangan bimbang dan jangan patah semangat wahai anggota-anggota UPP, teruskan tugas anda sepertimana yang diamanahkan. Ramai lagi rakyat Malaysia yang berdiri teguh di belakang anda.

Update: Berita yang baru diterima mengatakan juak-juak Pas telah berjumpa keluarga mangsa dan meminta mereka supaya ambil tindakan undang-undang. Pas akan tanggung semua kos guaman.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

POLITIK PERAK BAKAL DIGEGARKAN AHAD INI.

Benarkah Anwar dan Azmin berkongsi isteri ?

Bayi siapakah yang Anwar mandikan ?

Benarkah Afifa anak Anwar Ibrahim ?

Benarkah Anwar dan Azmin pasangan gay ?

Shamsidar dan Anwar berasmara dalam kereta ?

Shamsidar keluar Tivolli Villa dalam keadaan longlai ?

Anwar tutuh perempuan bulan puasa ?

Nurul Izzah terserempak Anwar sedang meliwat dalam bilik bacaan ?

Anwar hantar 50 orang polis untuk serbu dan tangkap saya ?

Mereka bahagi-bahagikan saham seperti bahagi kacang goreng ?

Azmin tawarkan wang berjuta kepada saya ?

Saya yang bawa Saiful bekerja dengan Anwar ?

Saiful mengadu kepada saya dia diliwat ?

Orang-orang Umno jumpa Anwar di tengah malam ?

Siapakah dia 31 orang Ahli Parlimen BN yang nak lompat parti ?

Kenapa saya tinggalkan PKR ?

Azmin panggil orang-orang india paria ?

Pemilihan PKR penuh dengan penipuan ?

Dan macam-macam lagi....

Nantikan kemunculan tiga jam Umi Hafilda, Rahimi Osman dan N Gobalakrishnan bersama-sama anda di Perak hujung minggu ini.

Tarikh : 20.Feb.2008 (ahad)

Tempat: Arena Square, Batu Gajah Perak

Masa : 9 malam

Anda akan dengar perkara yang tidak pernah anda dengar selama ini.

Anda semua akan tahu siapa dia Anwar dan Azmin.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, February 17, 2011

PANAZZ : POLIS BANTUAN NEGERI SELANGOR


PUTRAJAYA 16 Feb. - Kerajaan tetap menolak permohonan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor untuk menubuhkan pasukan polis bantuan sendiri kerana ia bertentangan dengan perlembagaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan kerajaan Selangor itu lebih bersifat provokasi kerana sengaja hendak mencabar perlembagaan.

''Semasa kontroversi pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dulu mereka usulkan hendak pinda perlembagaan negeri dengan alasan mahu membela raja dan sultan tetapi akhirnya tetap bekerja dengan SUK.

''Tindakan mereka memang tidak konsisten, saya terkilan kerana tidak pernah pun selama ini mereka membantu polis untuk menurunkan indeks jenayah.

''Apabila indeks jenayah menurun, alasan itu pula digunakan untuk menambah polis bantuan sendiri kononnya jenayah meningkat," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mahu polis menambah 2,000 lagi anggota di negeri itu selepas permintaannya untuk menubuhkan pasukan polis bantuan sendiri ditolak kerajaan.

Menurut Hishammuddin, tindakan kerajaan negeri Selangor itu sudah boleh diduga kerana bersifat tidak munasabah dan sia-sia.

''Mereka menidakkan apa yang kita buat dan tidak membantu kita untuk melihat perkara yang cukup serius pada orang ramai dan apabila tidak berjaya dia buat dengan cara yang bercanggah dengan perlembagaan negara.

''Mereka saja nak sensasikan keadaan, dia boleh terus lakukannya tapi dari segi undang-undang, buat macam mana pun tetap salah, cukuplah polis kata jenayah sudah turun," katanya.

KC : NASIB BAIK LA TAK LULUS, SEBAB KALAU LULUS HABIS SEMUA ORANG YANG TIDAK MENYOKONG PEMBANGKANG KENA TANGKAP........

TERKINI : PARTI KITA SAH!!!

Akhirnya Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang dilancarkan pada 19 Jan lepas, sah sebagai parti politik berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Laporan dari BERNAMA menyebut Setiausahanya Abdul Latif A Tambi berkata parti itu menerima surat daripada ROS menyatakan semua pindaan perlembagaan yang dibuat pada mesyuarat agung luar biasa pada 15 Dis lepas diluluskan.

"Surat itu juga merujuk bahawa parti KITA sah berdaftar di bawah ROS," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata parti itu yang sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) membuat pindaan yang menyeluruh bagi membolehkan pelbagai kaum menyertainya, berbeza dengan perlembagaan lama parti.Katanya,keseluruhan permohonan untuk mendaftarkan parti KITA memakan masa kira-kira dua bulan.

Pada 15 Dis lepas,Datuk Zaid Ibrahim bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan dan meletakkan jawatan selepas itu, dilantik sebagai ketua baru KITA pada satu mesyuarat yang turut menyaksikan nama parti ini ditukar menjadi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air.

Sementara itu, Abdul Latif berkata KITA akan membantu mana-mana parti yang sealiran dengan perjuangannya pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

"Sebagai contoh kita akan bantu SNAP (Parti Nasional Sarawak). Kita ada persefahaman dengan parti itu dengan apa cara yang diperlukan mereka," katanya.

Beliau berkata KITA juga tidak bertanding pada pilihan raya itu (Sarawak) kelak.

ADAKAH PARTI INI SAMA DENGAN PARTI PEMBANGKANG ??? KITA LIHAT DAN SAKSIKAN AGENDA PARTI KITA AKAN DATANG !!!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, February 16, 2011

PANAZZ : KENYATAAN BALAS TUN MAHATHIR MOHAMAD

1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.

3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.

4. Saya tidak pernah dakwa yang saya ini selalunya betul dan tetap ke syurga. Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.

5. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.

6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.

7. Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.

8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.

9. Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam.

10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.

12. Tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.

13. Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

14. Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.

15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.

16. Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.

17. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?

18. Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.

19. Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.

20. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan.

21. Untuk menunaikan kewajipan ini negara harus mempunyai kewangan yang cukup yang datang daripada peningkatan ekonomi negara. Akan mampukah kita menunaikan kewajipan ini jika kita papa kedana, selalu meminta-minta dan mengemis daripada orang lain. Perjuangan untuk membangunkan negara supaya pertahanannya lebih kukuh adalah kewajipan orang Islam. Tidak mencukupi jika kita hanya berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t.

22. Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.

23. Peruntukan kepada sekolah agama rakyat dihentikan kerana bukan agama yang diajar di sekolah-sekolah ini tetapi politik pecah-belah parti PAS.

24. Tidak pernah saya membuat tuduhan yang Nik Aziz menyebabkan parti UMNO diharamkan, atau penubuhan Semangat 46 atau Parti Keadilan. Tetapi yang jelas ialah PAS memberi sokongan kuat kepada serpihan ini kerana gemar melihat perpecahan dan pengharaman UMNO.

25. Benarkah Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku seperti Nik Aziz katakan?

26. Tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berbunyi demikian; "Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, "Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

27. Ayat ini adalah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.

28. Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.

29. Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat); "Innamalmukminu na ikhwana..." iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.

30. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, "maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

31. Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); "Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai..."

32. Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.

33. Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam. Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam. Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah. Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.

34. UMNO tidak menculik ADUN PAS. Sebaliknya permusuhan antara pemimpin PAS Terengganu menyebabkan beberapa daripada mereka meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Hari ini pun terlihat banyak peristiwa seperti ini berlaku. Jika mana-mana ahli PAS yang berpisah dari PAS untuk menyertai UMNO dan kemudian balik kepada PAS itu adalah pilihan mereka. Tidak ada paksaan atau tekanan dengan menyalahguna agama oleh UMNO untuk mendapat orang PAS.

35. Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.

36. PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.

37. Iqraq ditafsir sebagai "baca". Membaca tetap akan memberi kita tambahan ilmu. Sebab itu intelek Islam dizaman dahulu mengejar ilmu dengan membaca dalam bahasa Greek ilmu yang diterokai oleh mereka itu. Tak mungkin mereka membaca tulisan Greek dengan mengguna bahasa Arab.

38. Selepas menguasai ilmu yang diterokai oleh orang Greek, orang India, Parsi dan lain-lain maka dapatlah intelek Islam menambah kepada ilmu sains dan matematik dengan hasil kajian mereka. Dengan itu juga bahasa Arab menjadi bahasa ilmu.

39. Orang Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu mereka. Sementara itu orang Islam (Arab) menolak ilmu yang kononnya sekular, kerana kononnya tidak berkaitan dengan agama.

40. Ilmu terkini yang diterokai oleh bangsa Eropah ditulis hampir semuanya dalam bahasa Inggeris.

41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.

42. Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atau theory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.

43. Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.

44. Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta'ala?

45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?

46. Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?

47. Arak sekarang dijual dibawah pemerintahan PAS. Besar atau kecil tidak bermakna kebenaran menjual arak tidak bertentangan dengan Islam.

48. Judi dan arak memang haram bagi Islam. Saya jemput Nik Aziz secara terbuka tuntut rakan karibnya DAP supaya sekarang ini, sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara ini membuat pengakuan tertentu yang Kerajaan campuran Pakatan akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud. Jika DAP enggan membuat kenyataan ini sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP? Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?

49. Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

50. Justeru itu bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihanraya.

PANAZZ : 'SEMANGAT MESIR' DI PRK MERLIMAU.

Melihat pada galaknya para pemimpin pembangkang main 'semangat Mesir' menerusi twitter, SMS dan laman blog – ia dijangka menjadi peluru utama mereka dalam kempen di pilihanraya kecil Merlimau.

Namun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin sentimen itu tidak laku digunapakai di Malaysia .

"Senario di sana berbeza, sistem kerajaannya tidak serupa dan mungkin masalah yang timbul hingga menyebabkan dikatakan revolusi kerana rakyat tidak puashati, tidak ada perhatian soal nasib mereka.

"Di Malaysia sejak awal hingga sekarang tumpuan kita tidak ada yang lain ialah soal kebajikan rakyat, walaupun ada masalah dan cabaran bukan mudah tetapi kita akui yang ia menjadi perhatian, di bawah kepimpinan Perdana Menteri sekarang ini rakyat didahulukan," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenainya dalam sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera BN pada pilihan raya kecil DUN Merlimau di Merlimau, Isnin.

Beliau berkata di Malaysia rakyat sudah terdidik dengan sistem demokrasi di mana rakyat boleh bersuara melalui pelbagai saluran.

Sementara itu Muhyiddin yang juga Pengarah pilihanraya BN Pusat dimaklumkan jentera BN sudah bersiap sedia untuk melaksanakan tugas secara berfokus dan terancang dengan harapan untuk meraih sokongan yang lebih besar daripada pengundi.

"Saya beritahu mereka dalam mana-mana pilihan raya termasuk pilihan raya kecil ini pengundi adalah raja, mereka penentu bagi kita, sepatutnya kita membentuk satu hubungan yang rapat dengan pengundi bukan setakat menemui mereka tetapi mendengar perkara yang mereka mahukan kita dengar," katanya.

Muhyiddin mengadakan lawatan sehari ke DUN Merlimau. Beliau juga telah mengadakan walkabout sekitar pekan Merlimau untuk beramah mesra dengan orangramai dan peniaga di situ.

Sementara itu ketika berucap merasmikan bangunan baru SJK Cina Merlimau dan Sambutan Tahun Baru Cina di Merlimau pada sebelah malam Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan membelanjakan kira-kira RM1.8 bilion setahun bagi membayar gaji guru-guru yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil.

Beliau berkata guru-guru berkenaan mengajar di lebih 1,700 buah SJK di seluruh negara.

"Kalau ada pihak kata kita (kerajaan) tak sokong SJK, hanya sokong Sekolah Kebangsaan, itu tidak benar," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa membangun dan memajukan bidang pendidikan agar seluruh rakyat mendapat pendidikan yang baik.

Muhyiddin juga berharap rakyat tidak terpedaya dengan kata-kata pembangkang yang cuba memutar belit pelbagai isu khususnya pendidikan dan kenaikan harga barangan terutama menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau bulan depan.

"Soal kenaikan harga barang, kita (kerajaan) kawal harga barangan, tidak ada negara lain yang kawal harga barang," katanya.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya dari BN Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 6 Mac jika ada pertandingan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Naib Presiden MCA Datuk Chor Chee Heung dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

PAS GADAI MARUAH & PRINSIP ISLAM.

KLANG 14 Feb. - Pemimpin dan ahli Pas perlu segera menghentikan perbuatan menggadaikan maruah serta prinsip Islam semata-mata mahu berkuasa atau untuk kepentingan sendiri.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor (gambar) berkata, parti itu tidak seharusnya terlibat apatah lagi membiarkan ia dipergunakan untuk menjayakan agenda peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Merujuk tindakannya keluar PKR pada Disember 2006, Mohamad Ezam mendakwa dipelawa untuk menyertai Pas selain pernah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin parti pembangkang itu.

Jelasnya, beliau bagaimanapun menolak pelawaan tersebut kerana merasakan Pas tidak mampu memimpin negara ini lebih-lebih lagi dalam menegakkan prinsip serta perjuangan Islam.

"Saya keluar PKR pada Disember 2006, selepas itu saya tidak lagi menyertai mana-mana parti politik sehinggalah saya buat keputusan sertai UMNO pada 28 Mei 2008, iaitu selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.

"Sebelum saya membuat keputusan itu, saya ada jumpa beberapa pemimpin Pas termasuk timbalan presidennya. Masa itu, ada pelawaan supaya saya bersama-sama dengan Pas ekoran keputusan PRU yang memperlihatkan kedudukan UMNO yang begitu teruk.

"Saya nyatakan kepada mereka (pemimpin Pas), saya sedia sertai Pas sekiranya parti itu boleh lepaskan kerjasama mereka dengan Anwar atas prinsip menegakkan Islam. Namun, mereka tidak boleh beri jaminan itu," katanya.

Beliau berucap pada program Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) anjuran UMNO Bahagian Kota Raja di Kampung Johan Setia, di sini malam semalam.

Tambah Mohamad Ezam, selain terus bersekongkol dengan Anwar, Pas juga tidak mampu memberikan jaminan bahawa parti itu akan mengetuai pakatan pembangkang selain memastikan pelantikan menteri besar daripada kalangan pemimpin Pas, bukannya PKR.

"Jadi, buat apa saya sertai Pas? Masuk politik, berjuang habis-habisan tetapi Pas tak mampu beri jaminan itu sedangkan Rasulullah SAW ajar kita berpegang kepada prinsip dan menegakkan panji-panji Islam.

"Sekarang ini, Pas nak pertahankan oal larangan arak di Selangor pun tidak mampu dan boleh tunduk kepada Exco Ronnie Liu sehingga menggadaikan prinsip Islam.

"Maka sebab itu saya buat keputusan sertai UMNO. Saya akui bahawa UMNO ini bukan sempurna kerana kita bukannya maksum atau malaikat, tetapi sekurang-kurangnya UMNO tidak pernah mengkhianati prinsip agama, bangsa dan negaranya sendiri," jelasnya.

Beliau turut mengingatkan pemimpin Pas supaya jangan merelakan segala-galanya hanya kerana Anwar memberikan jawatan seperti Exco, ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sebagainya sedangkan kemungkaran terus berlaku di hadapan mata mereka seperti isu arak, rumah urut dan sebagainya.

"Saya bertanggungjawab di atas setiap patah perkataan yang saya keluarkan," tegas beliau.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, February 15, 2011

PANAZZZ : ANUAR JUMPA PM TENGAH MALAM...?? APA BIKIN TUH!!!

Kawan dengar kisah laporan polis PERKASA mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim rancang nak lari ke luar negara menjadi topik sembang kedai kopi yang cukup hangat.

Bagi penyokong tegar pakatan pembangkang khususnya pemuja Pak Sheikh biasalah...ini semua fitnah belaka untuk 'mandikan' bos depa.

PERKASA mungkin lebih tahu bab ini.Dakwa pertubuhan yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali depa ada bukti.

Kita pun tahu bab nak buat laporan polis ini bukan pekara main-main.

Kata Ketua Wira PERKASA Armand Azha Abu Hanifah yang buat laporan polis pada 11 Februari depa tak boleh bagitau bukti tu sebab takut ganggu siasatan polis.

Bagi Kawan PERKASA kena bertanggongjawab atas langkahnya itu.

Laporan yang tidak betul boleh menjejaskan kredibilitinya.

Kawan tidak mahu campur bab itu tetapi lebih tertarik untuk bercakap tentang apa yang sudah berlaku sejak isu dakwaan liwat Saiful Bukhari Azlan mula timbul sejak Jun 2008 lagi.

Kalau nak kira memang letih nak menunggu keputusan kes liwat ini mengenangkan ia memegang rekod di negara kita sebagai kes yang paling banyak kali tertangguh dalam sejarah.

Dah berjanggut Kawan jadi orang suratkhabar belum pernah tengok kes yang tangguh,tangguh dan tangguh lagi.

Kawan pernah pi jenguk kawan-kawan wartawan yang kena buat liputan kes ni di mahkamah.

Ramai yang mengaku boring teramat sangat.

Pada kebanyakan masa suasana di luar mahkamah lengang saja macam tak ada orang besar tengan dibicarakan.

Jalan cerita cerita kes terputus-putus sampai banyak orang dah naik muak nak mengikutinya.

Macam drama yang tengah klimaks tiba-tiba terpotong.Sekali dua OK... ini dah berpuluh kali.

Setelah mengikut dua rakan facebook Agendadaily yang berbual ringkas mengenai bab dakwaan PERKASA Anwar rancang nak lari tu,rupanya ramai juga orang biasa yang tidak mudah lupa.

Kawan merujuk kata salah seorang darinya yang menyifatkan apa yang dibangkitkan oleh PERKASA itu tidak mustahil.

Katanya," tengok masa mula saiful lapor polis dulu ....bukankah anwar lari masuk ke Kedutaan Turki di KL...dia reka cerita kononnya ada ancaman keatas nyawa dia...tapi habuk pun tarakkkk...sampai sekarang dia bebas ke hulu ke hilir...selalu ke luar negara...sapa pun tak kacau dia...tak jentik dia....memang kaki temberang suka buat gempakkk.

Ini bukan fitnah.Ini bukan rekaan tetapi sesuatu yang episod yang benar-benar berlaku.

Itu baru bab laporan polis dibuat oleh Saiful....belum lagi keputusan perbicaraan.

Kata rakan facebook itu lagi, " aku dengar desas desus planning semacam ni dah lama...begitu juga desas desus anwar pergi jumpa PM tengah malam minta tolong settle kes liwat dia tapi PM tidak mahu campur kes mahkamah...ini kes antara anwar dgn saiful...bukan kes kerajaan ...dengan dia...aku dengar budak2 PKR sendiri cakap anwar memang kecut perut kes liwat ni."

Kawan tidak mahu campur bab katanya sudah dengar desas desus planning semacam ini ( nak lari).

Menariknya dia pun kata ada dengar desas desus Anwar pergi jumpa PM tengah malam minta tolong settle kes liwat dia tapi PM tidak mahu campur kes mahkamah.

Sebenarnya ini desas desus yang cukup popular satu ketika dulu.

Malah baru-baru ini Ahli Parlimen Padang Serai,Kedah N Gobalakrishnan yang keluar dari PKR ada mempersoalkan bab ini dalam mesej twitternya.

Katanya Anwar pergi jumpa PM tanpa memberitahu parti mengenainya.

Cerita yang tersebar mendakwa Anwar minta PM gugurkan kes liwatnya dan dia akan pergi menetap di luar negara.

Desas desus ini bukan saja berlegar di kalangan orang PKR tetapi juga PAS.

Ada kawan yang bangkitkan apakah Anwar berani bersumpah junjung Al-Quran dia tidak pernah pergi jumpa PM tengah malam seperti desas desus itu.

Seorang rakan Kawan budak PAS kata dia tak fikir Anwar berani bersumpah.

Dakwanya bos-bos PAS pun tahu bab cerita Anwar jumpa PM minta settle kes liwat tapi semua buat macam tak faham aje.

Menariknya dia dengar ada yang bawa mulut kononya PM yang panggil nak jumpa Anwar....bukan Anwar yang jumpa PM.

Lepas tu dia sendiri garu kepala kata kalau betullah PM nak jumpa Anwar tak kan jumpa di rumah PM...mestilah ditempat lain.

Ini macam bab temberang Anwar kata arwah Tun Ghafar Baba nak jumpa dia satu ketika dulu.

Sedangkan orang yang tukang aturkan appointment tu kata sebenarnya Anwar yang nak jumpa Ghafar.

Cerita sudah jadi terbalik.

Orang yang buat appointment untuk Anwar jumpa Ghafar tu masih hidup sampai ke hari ini.

Kalau tanya dia bab ini sampai ke hari ini dia mesti menyumpah habis bab Anwar pusing cakap tu.

Katanya ini kerana sebelum itu Ghafar sendiri berkeras tidak mahu jumpa Anwar tapi dia yang memujuknya kata OK.

Alih-alih itu yang berlaku.

Sebenarnya ekoran kes 'pusing cakap' tu dia sendiri telah minta Ghafar batalkan persetujuannya supaya Anwar datang ke rumahnya ( Ghafar) waktu itu di Bukit Pantai.

Kalau Anwar berani nafi kes 'pusing cakap' dalam bab appointment dengan Ghafar silakan bersumpah.

Ini kerana seorang bekas pemimpin kanan PKR yang sudah keluar parti - yang memberitahu Anwar kata Ghafar yang nak jumpa dia – masih hidup.

Kawan - hanya tukang lapor

KC : Begitulah ceritanya.. Pada tahap ini, kita boleh berfikir yang benar dan yang mana salah.. Bak kata pepatah 'Berani kerana benar, Takut kerana salah'

Kalau benar, yang tuan punya badan tak bersalah.. Apa yang nak ditakutkan kerana Allah sentiasa berada di pihak yang benar...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, February 14, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL...SELAWAT DAN SALAM KE ATAS NABI JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW.. IKHLAS DARI KC


MAULIDUR RASUL..

Saban tahun kita menyambutnya..

Majlis disambut umat sedunia..

Dihiasi dengan pelbagai acara..

Terus menjulang di persada dunia..

MAULIDUR RASUL..

12 Rabiul Awal menjadi tarikh pilihan..

Sambutan kelahiran seorang insan..

Kekasih Allah sepanjang perjuangan..

Menegakkan agama di tangga kemuliaan..

MAULIDUR RASUL..

Kelahiran seorang Rasul dan Nabi..

Menghambakan dirinya terhadap Ilahi…

Wataknya memperlihatkan nilai insani…

Kekasih Ilahi yang akhlaknya sentiasa disegani…

MAULIDUR RASUL…

Sehingga kini namanya terus menjulang…

Bangsa,negara dan pengikutnya berbilang…

Namun kini apa yang jadi sunnahnya terus menghilang..

Bersilih ganti dengan kesesatan dalam dunia yang terus walang..

MAULIDUR RASUL…

Kini tiada lagi cahaya nur Imani..

Yang dahulunya terang menyinari kehidupan Nabi..

Namun kini yang ada hanyalah gelap yang menghitami..

Hati yang Pencipta dirinya tidak lagi ditakuti..

Maulidur Rasul sambutannya kini dipenuhi..

Pelbagai saat yang melalaikan…

Umpama kejayaan yang dahulunya dibanggakan..

Namun kini jatuh tiada kebangkitan…

Tiada lagi yang dapat menghidupkan kelopak iman…

MAULIDUR RASUL…

Terus kelam dari dunia keinsafan..

Untuk memperingati perjuangan seorang insan…

Yang ketika ajalnya menjemput …….

Yang meniti di binirnya hanyalah…

“Ummatku…Ummatku…Ummatku..”

Kecintaannya kepada ummah tidak berbelah bahagi…

Namun kini sebaliknya pula yang terjadi…

Kecintaan kepada Nabi tidak lagi terisi..

Bahkan ruang Islami telah dikosongi..

JUSTERU ITU…


Marilah kita bermusahabah diri…

Menanamkan rasa kecintaan kepada Nabi…

Sehingga mati terus abadi..

Ayat Ilahi dan juga Nabi..

Sebagaimana Nabi mengingati kita sehingga wafat..

Sebegitulah juga namanya kita ingati..

Sehingga ke hujung hayat..

Marilah kita bermusahabah diri…

Memperjuangkan Kalimah Allah sehingga mati..

Agar terus terjamin kehidupan kita nanti…

Bahagia di dalam syurga kekal abadi…

Sekian,semoga beroleh manfaat…

KARYA OLEH : IFFAH NABIHA AHMAD JAILANI

TERKINI : SESSI PERBICARAAN KES LIWAT - SAIFUL SELAMBA..

KC : Setelah berjaya menangguhkan perbicaraan selama 50 kali ( pecah rekod dunia ) yang tak pernah di buat orang, maka perbicaraan disambung semula..

Mohd. Saiful tenang kerana telah berfikir panjang - Saksi

14/02/2011 6:37pm

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Seorang pakar perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengaku adalah sesuatu perkara yang pelik bagi seseorang yang telah menjadi mangsa liwat mampu berada dalam keadaan tenang.

Namun Dr. Khairul Nizam Hassan berkata, beliau tidak lagi merasa pelik apabila mendapat penjelasan daripada Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mengadu diliwat.

"Dia (Mohd. Saiful Bukhari) beritahu bahawa dia telah mengambil masa berfikir panjang dan telah membuat pertimbangan sewajarnya mengenai perkara (liwat) tersebut.

"Dia juga beritahu telah bersedia untuk menghadapi segala kesan dan akibat laporan yang dibuatnya," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu pemeriksaan balas oleh peguam Sankara Nair pada sesi petang perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. - Utusan
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

PANAZZ : SEORANG PEMIMPIN TERTINGGI PAS BAKAL DIPECAT.

Mustafa Ali bakal berdepan dengan musibah besar akibat keceluparan mulutnya menyokong apa jua tindakan UMNO demi Melayu dan Islam. Pada Simposium Dilema Melayu di PWTC baru2 ini, Mustafa Ali telah bertindak menjadi jurucakap PAS dan menegaskan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu serta Islam itu masih boleh dipertahankan dari sudut kapasiti parti masing-masing.

Perlu diingat, tidak wujud perkataan hak hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan PAS. Umpan mudah untuk menabur jarum fitnah ... Mustafa Ali semakin rapat dengan perjuangan UMNO. Juak juak 'Erdogan PAS' milik Anwar Ibrahim semakin gatal untuk melibas tangan dan kaki Setiausaha Agung PAS agar karier beliau cepat berkubur dalam parti tersebut.

Juak juak ini sudah lama mengelilingi dan menyentap 'kerandut' Nik Aziz untuk lebih menyebelahi Anwar Ibrahim dalam apa jua tindakan parti PAS. Peluang terbaik untuk melaga lagakan Mursyidul Am dan Setiausaha Agung mereka.

Mustafa Ali pernah dilihat sebagai salah seorang tenaga penggerak Kerajaan Perpaduan sedangkan Nik Aziz cukup menentang apa sahaja yang dikaitkan dengan UMNO. Setiap kenyataan dan tindakan Mustafa Ali cukup berbeza dan kontra dengan kenyataan dan pandangan Nik Aziz.

Kedatangan Mustafa Ali ke Simposium Dilema Melayu bakal dijadikan umpan untuk 'pancung' karier Setiausaha Agung PAS ini.


KC : Mengharapkan Mustatafa Ali menjadi salah seorang pengerak ke arah perpaduan Melayu khususnya.


Post by... Melayu Atas Pagar/GWM
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

CALON WANITA PAS BAKAL BERTANDING PRK MERLIMAU

PAS akan mengumumkan nama calon yang mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau, pada 24 Feb ini.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pengumuman itu akan dibuat sendiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Tapak Pasar Merlimau.

"Antara kriteria yang menjadi pilihan PAS ialah orang tempatan, diterima ramai dan sedia berkhidmat untuk rakyat. Lelaki atau perempuan tidak menjadi masalah," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat di sini, Ahad.

Tuan Ibrahim yakin bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau, peratusan kejayaan bagi PAS berkemungkinan lebih tinggi berdasarkan penduduk di kawasan itu yang lebih bermaklumat.

Selain itu, hampir semua peti undi di sana seimbang daripada segi peratusan kaum, termasuk juga peti undi pos," katanya dan menambah DUN Merlimau boleh disifatkan sebagai medan terbuka bagi setiap parti yang bertanding.

Beliau tidak menolak kemungkinan kemenangan di DUN itu agak sukar, namun berkata setiap jentera PAS akan berjuang habis-habisan, sekurang-kurangnya untuk menambah jumlah undi kepada calonnya.

"Setakat ini, jawatankuasa PAS setiap negeri telah memutuskan untuk menghantar sekurang-kurangnya 100 orang, ini tidak termasuk daripada Pemuda dan Muslimat PAS, ke Merlimau untuk membantu berkempen," kata beliau.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 26 Feb dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 6 Mac.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, daripada Barisan Nasional pada 20 Jan lepas.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, February 13, 2011

PANAZZ : CITA-CITA DAP DI PERAK..

Lim Guan Eng dan juga Nga Kor Ming telah bersetuju untuk memberikan sokongan penuh kepada Nizar Jamaluddin untuk menjadi Menteri Besar Perak lagi sekiranya Pakatan berjaya marampas kembali negeri tersebut pda PRU akan datang.

Menurut Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, Nizar adalah seorang pemimpin yang mempunyai integriti serta amat dihormati oleh seluruh rakyat negeri Perak. Ini yang menyebabkan DAP menaruh kepercayaan penuh terhadap kepimpinan wakil PAS tersebut.

Nga Kor Ming pula menyifatkan Nizar adalah pemimpin yang mempunyai rekod yang amat baik didalam menjalankan pentadbiran negeri. Dia juga menegaskan bahawa semua rakyat Perak aman dan makmur dibawah pemerintahan Nizar sebelum Barisan Nasional merampas Perak dari Pakatan.

Tetapi, persoalan yang pemimpin-pemimpin DAP ini perlu utamakan dulu ialah, bolehkah mereka kembali memenangi Perak pada PRU akan datang? Bolehkah Pakatan meyakinkan rakyat negeri Perak supaya memilih mereka lagi setelah apa yang dilakukan oleh DAP sebelum ini?

Rakyat seluruh negara khususnya bangsa melayu amat tersinggung dengan tindakan beberapa pemimpin DAP menghina Islam melalui restu PAS. Bahkan, penolakan jelas bangsa melayu terhadap Pakatan dapat dilihat dibeberapa pilihanraya kecil di seluruh negara.

Ini sahaja sudah cukup untuk menjawab sama ada DAP dan Pakatan mampu atau tidak menawan kembali Perak dari gengaman Barisan Nasional. Lagipun, DAP harus sedar bahawa PAS kini bukan lagi menjadi parti alternatif bangsa melayu selepas UMNO.

Dan jika ditakdirkan Tuhan Pakatan mampu juga memerintah di Perak selepas PRU13 nanti, bolehkah Nizar Jamaluddin diangkat kembali sebagai Menteri Besar? Syarat utama untuk dilantik menjadi Menteri Besar ialah memenangi kerusi DUN.

Bolehkah Nizar menang kerusi DUN jika dia terus bertanding di kerusi DUN Pasir Panjang sepertimana PRU12 dulu? Jika dilihat sejak akhir-akhir ini, UMNO jelas telah menguasai kawasan DUN tersebut dan penambahan pengundi baru dikawasan itu juga lebih memihak kepada UMNO.

Didalam keadaan sekarang, hanya DUN Gunung Semanggol sahaja yang masih lagi dilihat menjadi kubu kuat PAS. Namun mahukah Nizar untuk bertanding disitu dan meninggalkan kawasannya sendiri?
Nizar yang terkenal dengan sifat ego dan sombong ini pastinya tak akan beralah untuk bertanding dikawasan luar.

Seperkara lagi, PAS Perak dikhabarkan kurang senang dengan kenyataan DAP yang tetap mahukan Nizar menjadi Menteri Besar sekiranya Pakatan berjaya menawan Perak. Ini kerana, sepatutnya Pesuruhjaya PAS negeri yang perlu diutamakan bagi menjawat jawatan tersebut.

Ini semua adalah kemelut yang sedang berlaku didalam Pakatan di Perak. Nizar sebenarnya disukai oleh DAP kerana dia terbukti mampu menjadi boneka dan kuda tunggangan kepada DAP di negeri tersebut.

Jika DAP ingat mereka mampu sekali lagi membohongi rakyat Perak, mereka ternyata salah kerana rakyat Perak kini tidak lagi mempercayai golongan yang pernah menghuru harakan Perak sebelum ini._paklong_
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

PAKATT : JOMMM BOIKOT VALENTINE DAY!!!

Secara tiba-tiba Hari Valentine yang disambut oleh golongan penafsu-penafsu dengan alasan kasih sayang, menjadi penting dan diperkatakan di Malaysia.

Pemuda PAS Pusat sebelum itu telah lebih awal mencetuskan kontroversi apabila pandangan Ketua Pemudanya ditentang keras oleh rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat, bahkan di kalangan pemimpin PAS sendiri pun menentang, dan segera menyatakan bahawa kata-katanya itu hanyalah bersifat peribadi bukan pandangan keseluruhan PAS.

Lebih kelakar apabila Menteri Pelancongan, Ng Yen Yen turut melahirkan kebimbangan dengan operasi yang bakal dilakukan kerana bimbang dengan penurunan kadar pelancong asing ke Malaysia akibat sekatan terhadap sambutan Hari Valentine.

Penjelasan demi penjelasan telah dibuat. Sekatan dan operasi hanya melibatkan orang Melayu, bukan orang Islam, bukan orang asing beragama Islam dan jauh sekali golongan bukan Islam.

JAKIM menguatkuasakan undang-undang dan memperketatkan pemeriksaan serta operasi. Operasi Hari Valentine hanya melibatkan golongan muda-mudi Melayu yang akan menggunakan kesempatan pada hari tersebut untuk mengkayakan taukeh-taukeh hotel bajet dan memeriahkan rumah bujang mahupun tempat berpeleseran yang lain.

Namun penjelasan seperti itu tetap tidak dapat diterima. Apa yang hendak dilakukan oleh JAKIM dan kelompok orang Islam yang berasa bertanggungjawab untuk melakukan pencegahan, mendapat tentangan sepenuh dan sebulat suara daripada para pemimpin bukan Islam di negara ini.

Nampaknya, keterbukaan yang diberikan oleh Melayu dari zaman sebelum merdeka sehingga kini telah pun menunjukkan hasil yang sangat 'baik'.

Seperti yang diperkatakan oleh Tun Dr. Mahathir, orang Melayu seharusnya tidak takut mempertahankan bangsa dan agama mereka. Malah orang Melayu juga sepatutnya tidak takut dengan orang Cina.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak berlaku. Kuasa undi dan pengaruh kemenangan dalam pilihanraya mengatasi segala-galanya.

Daripada menjadi pemain, akhirnya Melayu juga yang dipermain-mainkan sehingga hendak bercakap dan menegakkan agama yang majoriti orang Melayu Malaysia anuti juga nampaknya ditentang oleh golongan yang pada asalnya diprihatinkan oleh Melayu sehingga memberikan mereka kerakyatan 1 juta orang dalam tempoh satu hari sahaja.

Barangkali para pemimpin bukan Melayu akan berasa lebih senang dan lebih selamat sekiranya orang Melayu meninggalkan agama Islam atau hidup seperti golongan bukan Islam?

Sebabnya, kebanyakan daripada mereka langsung tidak gusar tentang keruntuhan moral di kalangan generasi muda, tetapi mereka sangat bimbang sekiranya orang Islam cuba mengurangkan kadar keruntuhan moral itu dengan melakukan penguatkuasaan.

Tak kiralah sama ada pemimpin itu datangnya dari MCA apatah lagi DAP yang sememangnya mahu melihat Melayu tersungkur... mereka berkongsi satu misi dan visi untuk melihat Melayu dan umat Islam di negara ini sekadar beragama Islam di dalam kad pengenalan, bukannya menjadikan agama itu sebagai cara hidup.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...