Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Ahli #Parlimen Bayan Baru Kembali Ke Pangkuan #UMNO

Pages

Saturday, December 8, 2012

Ahli #Parlimen Bayan Baru Kembali Ke Pangkuan #UMNO

Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim hari ini menyertai semula Umno bersama 347 yang lain - dua tahun selepas keluar dari PKR.

Beliau menyerahkan surat permohonan menyertai Umno kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pulau Pinang hari ini.

Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berada di Pulau Pinang sempena lawatan kerja sehari ke negeri itu, yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

"Saya menyerahkan surat permohonan menyertai Umno kepada Presiden Umno... bersama saya hari ini 347 yang lain," kata beliau ringkas ketika dihubungi sebentar tadi.

Zahrain, bekas ahli Umno, menyertai PKR dan bertanding pada pilihan raya umum 2008 atas tiket PKR.

Zahrain memenangi kerusi Bayan Baru dengan memperoleh 27,618 undi menewaskan calon BN, Ooi Siew Kim yang menerima 16,589 undi.

Bagaimanapun beliau keluar PKR awal 2010 dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas yang mesra Barisan Nasional. Selain beliau, beberapa wakil rakyat lain turut keluar PKR ketika itu.

Ketika mengumumkan keputusan keluar PKR pada 12 Februari 2010, Zahrain, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata, beliau akan menjadi Ahli Parlimen yang bebas sepenuhnya dan tidak mesra BN.

Zahrain berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang sudah kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, keputusannya itu juga kerana sudah hilang keyakinan kepada prinsip keadilan yang diperjuangkan oleh PKR.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...