Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: PANASS!!! PUNCA DATUK KAMILIA 'MENGAMUK' DIPERJELAS PRESIDEN PARTI.

Pages

Thursday, April 18, 2013

PANASS!!! PUNCA DATUK KAMILIA 'MENGAMUK' DIPERJELAS PRESIDEN PARTI.


Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim telah menolak tawaran menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kawasan Bukit Chandan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu, kata Perdana Menteri tidak timbul sama sekali soal beliau tidak diberi tempat dalam PRU13 atau tidak dihargai oleh BN.

Beliau menjelaskan tawaran kepada Kamilia adalah termasuk jawatan Exco, jika BN menubuhkan kerajaan, tetapi beliau turut menolaknya.

"Itu merupakan keputusan yang beliau telah buat dan tidak ada timbul sama sekali Naib Ketua Wanita (Umno) tidak diberi tempat atau tidak dihargai oleh BN. Beliau hendak (bertanding kerusi) Parlimen tetapi kita fikir, lebih sesuai Datuk Kamilia bertanding DUN dan (menjadi) Exco.

"Lagipun, mendiang Tun Lim Keng Yaik dulu sewaktu jadi presiden parti Gerakan, telah menerima jawatan Exco kerajaan negeri. Jadi, tidaklah merupakan jawatan tak penting sebenarnya sebagai Exco kerajaan negeri.

"Kalau diterima tawaran itu, Datuk Kamilia boleh memainkan peranan bukan sahaja dalam negeri tetapi juga dalam konteks negara," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan dan pelancaran Jaringan Untuk Wanita Ibu Tunggal Malaysia (JUWITA)-Wanita BN di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang menyatakan Kamilia mendakwa tindakan BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam PRU13 mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita.

Naib Ketua Wanita Umno itu berkata ia menunjukkan BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata dalam barisan calon wanita, terdapat peningkatan permintaan untuk bertanding di peringkat Parlimen pada pilihan raya umum kali ini berbanding pilihan raya umum lepas.

Mengenai mereka yang tidak dicalonkan, Najib berkata mereka tenang tetapi bukan mudah untuk memberi kepuasan kepada semua pihak.

Jika tidak ada di antara mereka yang mahu memberi laluan, katanya tidak akan ada perubahan.

"Oleh itu, pada mereka yang rasa sedikit kekecewaan, saya harap tidak memendam perasaan dan fikirlah tentang masa depan parti.

"Pilihan raya ini, kita memerlukan kesetiaan dan sokongan daripada setiap anggota parti dan yang paling penting, kita nak tubuh kerajaan, bila tubuh kerajaan, kita boleh bantu mereka dengan banyak cara, tetapi kalau kita tak ada kuasa, kita tak boleh bantu," katanya.

Mengenai pihak yang meminta BN mempertimbangkan semula calon-calon yang disenaraikan, Najib berkata: "Kita tidak boleh memberi kepuasan kepada semua pihak.

"Dalam saat-saat akhir kalau kita ubah, boleh timbul masalah lain, tetapi kita cuba tangani dengan cara lain. Itu tengok pada keadaan, tetapi kita anggap itu barisan yang dapat diterima oleh rakyat," jelasnya. - Bernama


27 comments:

  1. Sudahlah Kamalia pergi jaga cucu lagi bagus. Kamu bukan bagus sangat.

    ReplyDelete
  2. tak padan dgn tua tingin nk amik kerusi parlimen..aku takut harin wat kenduri kesyukuran besok buat kenduri arwah..

    ReplyDelete
  3. target menteri kabinet beb alih-alih sangkut exco sape tak frust. nanti balik rumah tengok kat cermin tu lama-lama sikit cik kiah ooi.

    ReplyDelete
  4. terima ajer takdir,kamalia kena belajar bab qhada n qadar,ada kebaikan yg tsembunyi/

    ReplyDelete
  5. Dalam UMNO tu yg x berkenan. Berdegar2 kata sama2 berjuang utk parti. Bila x dpt pencalonan kata2 mcm2 pasal parti. Selfish dn mementingkn diri sendiri. Suruh dia letak jawatan dn buat parti sendiri.

    ReplyDelete
  6. Kita perlu ingat sebagai seorang Muslim jawatan sebagai pemimpin itu merupakan amanah dan bukan untuk diperjuangkan. Janganlah kita mengharapkan sangat. Amanah sebagai pemimpin amatlah besar tanggungjawabnya di sisi Allah. Mungkin ada perkara dan tanggugjawab lain yang lebih baik dari jawatan yang kita perjuangkan. Sebagai contoh berapa ramaikah di antara kita yang sanggup menjadi NGO bagi tujuan memimpin anak-anak muda sekarang menjadi insan yang mempunyai keimanan, budi pekerti, ilmu pengetahuan dam sahsiah diri yang mulia yang akan menjadi pemimpin di masa hadapan?

    ReplyDelete
  7. Demanding sgt....bersyukurlah setidak-tidaknya nama naik jugak.

    ReplyDelete
  8. masa persidangan umno baru2 ni... bila ditanya.. semua nya sokong belaka.. bila tak dpt.. abeh disumpah seranah..plak tu tak ngaku .. dh diberi kerusi dun.. pon demand nk kerusi parlimen.. nasib ler org nk kasi gak kerusi.. kalo org kasi keranda kang, mau sentap trus...

    ReplyDelete
  9. kepada pengkomen2 di atas. cuba fahamkan apa naib ketua wanita malaysia maksudkan. jgn komen kalo tak faham isinya.. nampak stupid!!..(Naib Ketua Wanita Umno itu berkata ia menunjukkan BN tidak memberi pengiktirafan
    sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi
    wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada grouses pun, bawak berbincang behind close door. You r opening door to the opposition to hit you back. Buat apa bagi peluru free kat depa!!!!

      Delete
  10. Ada jugak yang berfikiran sempit. Tak ingat ke lagi fiasco PRU12 2008 dulu?? Party b4 self!!! Kalau itu pun tak boleh nak faham, you have no right to be at ur position now.

    Tolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
    Tolak semua calun-calun parti "Manifesto BUKAN Janji"!!!
    Tolak semua calun-calun parti sokong kaum sesat LGBT!!!
    Tolak semua calun-calun parti yang sangup nak gadaikan kalimah Allah SWT!!!

    SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!

    ReplyDelete
  11. she look like mak lampir la. Jangan muka macam tu.

    ReplyDelete
  12. Memang dah SAH dia ni masuk politik untuk nak jadi YB je... juga simpan angan2 nak nak jadi MENTERI. Sebab tu dia tolak tawaran jadi calon Dun, walaupun ditawarkan jawatan EXCO. Alasannya bahawa BN tak beri peluang kpd golongan wanita adalah alasan yang tersangat mengarut. Eloklah orang begini keluar dari UMNO. GOOD RIDDANCE!

    ReplyDelete
  13. SAMA LEVEL DENGAN MAK LAMPIR PKR. SYOK SENDIRI. MANUSIA MACAM NILAH YG JADI DURI DALAM DAGING BUAT UMNO. MENGIDAM JAWATAN BESAR SUPAYA DAPAT BUAT HARTA UNTUK DIRI SENDIRI.

    UMUR DH NAK MASUK 7 SERIES ELOK DUK RUMAH JAGA ANAK CUCU DAN BANYAKKAN AMAL IBADAH. JADI PEMIMPIN TAPI TAK IKLAS LAGI BESAR DAN BANYAK SOALAN NAK JAWAB MASA DI AKHIRAT NANTI.

    ReplyDelete
  14. An impressive share! I've just forwarded this onto a colleague who was conducting a little homework on this. And he actually ordered me breakfast simply because I found it for him... lol. So let me reword this.... Thank YOU for the meal!! But yeah, thanx for spending some time to discuss this topic here on your web page.

    Also visit my web-site :: Nike Air Jordan

    ReplyDelete
  15. dia nak parlimen sebab nak jadi menteri... tu je .

    ReplyDelete
  16. INI LAH CONTOH MANUSIA TAMAK. SAPERTI PEPATAH KATA, "SAPERTI ANJING DENGAN BAYANG BAYANG". SEMUA TERLEPAS......

    ReplyDelete
  17. My partner and I stumbled over here coming from
    a different page and thought I might check things out.
    I like what I see so now i am following you. Look forward to going over
    your web page yet again.

    Have a look at my webpage: refinishing hardwood Floors

    ReplyDelete
  18. I am in fact delighted to read this weblog posts which consists of tons of valuable information, thanks for providing such data.


    Here is my site :: dry scalp treatments

    ReplyDelete
  19. I know this if off topic but I'm looking into starting my own blog and was curious what all is required to get set up? I'm assuming having a blog like yours
    would cost a pretty penny? I'm not very web smart so I'm not 100% positive.

    Any suggestions or advice would be greatly appreciated.
    Thanks

    Here is my blog :: diarrhea remedies

    ReplyDelete
  20. With havin so much content do you ever run into
    any issues of plagorism or copyright infringement? My site has a lot of completely unique content I've either created myself or outsourced but it appears a lot of it is popping it up all over the internet without my permission. Do you know any solutions to help prevent content from being ripped off? I'd certainly appreciate it.


    Feel free to visit my weblog :: Michael Kors Handbags

    ReplyDelete
  21. Padan muka kalah. Tamak kuasa. Pengorbanan sia sia. Penting diri sendiri

    ReplyDelete
  22. nak jadi menteri kena jaga sahsiah diri dulu , orang tamak selalu rugi,dari di tawar exco terus tak dapat apa2,terima apa yang sudah di rezekikan.

    ReplyDelete
  23. Fara biella kamunting (search) bdk tesc0 jual tudung aras 2.

    ReplyDelete
  24. masa untuk berehat...........

    ReplyDelete
  25. Quality content is the crucial to interest the visitors to pay a visit the website, that's what this web page is providing.

    my web blog; Nike Air Max

    ReplyDelete
  26. Ramai sangat tgn2 ghaib yg mencampuri urusan wanita umno,semacam tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri walaupun wanita adalah pengundi penting di setiap pru yg di adakan.8iarlah wanita umno, uruskan diri mereka sendiri,walaupun ada di antara mereka bercakaran sesama mrk.Tahulah mereka mengurus kesatuan mereka.Andaikata ada heat yg melampau dan boleh menjejaskan BN,barulah MT umno membuat teguran.Janganlah pulak melangkau ke wilayah lelaki,orang lelakipun pergi mengundi jugak.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...