MP PKR Kapar S Manikavasagam menggesa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan jika sekiranya gagal menyelesaikan kes memusnahkan tempat sembahyang di rumah seorang penganut Hindu di Sepang.
"Sekiranya gagal menyiasat dan memberi hukuman kepada pegawai yang merobohkan, MB mesti letak jawatan," katanya kepada Malaysiakini.
Jawapan Manikavasagam itu mengesahkan dakwaan ketua Pemuda MIC, T Mohan yang mendakwa aktivis PKR itu mendesak Abdul Khalid meletak jawatan dalam pertemuan tertutup dengan Pemuda MIC di Putrajaya semalam.
Mohan dalam sidang media hari ini turut menayangkan rakaman video dan transkrip percakapan Manikavasagam yang menunjukkan MP PKR itu membuat desakan meletak jawatan terhadap Abdul Khalid.
Sementara itu, bekas Pengerusi DAP Cawangan, Tan Tuan Tat berkata perbuatan meroboh rumah ibadat di premis kediaman peribadi merupakan satu kesalahan yang tidak sepatutnya berlaku.
"Ini rumah kita, mengapa mereka (penguatkuasa) pergi robohkan altar (tempat sembahyang Hindu) itu,"katanya.
AIDC
Sent by kamuntingcentral.blogspot.com from Perak Cycber Troopers
No comments:
Post a Comment