Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: January 2011

Pages

Monday, January 31, 2011

PUNCA KEKALAHAN PAS DI TENANG

Faktor Kekalahan Pakatan Pembangkang Di Tenang.

Pemikiran Rakyat sudah berubah tetapi pemikiran Pas dan Gerombolan Pembangkang masih di tahap lama.

1.Pengundi sudah membuat keputusan awal untuk menolak Pas kerana tetap yakin untuk bersama-sama UMNO-BN yang. membela nasib dan kehidupan mereka selama ini.

2.Calon Pas bermasalah dan ditambah pula dengan isu penipuan Sijil Cuti Sakit oleh suaminya Cikgu Maarof. Persatuan Ibubapa dan Guru semua sekolah rendah dan menengah begitu marah dengan perangai Cikgu Maarof yang menipu majikannya dengan cara yang sangat memalukan kaum guru dan bertentangan dengan agama Islam.

3.Parti Pas bertanding tetapi parti lain seperti DAP dan PKR turut sama memasang bendera dan lambang parti. Ini menyebabkan pengundi rasa mereka seolah-olah dipermainkan oleh kumpulan parti yang bermasalah ini.

4.Anwar Ibrahim sangat dibenci oleh masyarakat di Johor termasuklah kaum bukan-Melayu (Cina & India). Bosan dengan janji bohong dan mempermain-mainkan emosi rakyat untuk membenci Pemimpin kesayangan mereka YAB Dato' Seri Mohd Najib. Kebetulan pula 2 pemimpin PKR keluar parti di masa kempen PRK Tenang, Pengasas PKR, Ng Lum Yong dan MP Gobala.

5.PAS sendiri kelihatan tidak bermaruah dan sangat bermasalah. Tidak mesra dengan pengundi Melayu tetapi hanya menemui mereka semasa pilihanraya. Menggunakan DAP menghasut supaya orang Melayu-Islam berpecah-belah sedangkan selama ini mereka hidup bersama dengan baik.

6.Kempen Pas yang cuba menanam kebencian pengundi kepada kerajaan dengan memainkan isu APCO, Altantuya dan harga barang naik, hanya menjadi bahawa tertawa. Tetapi penceramah masih menggunakannya kerana ketiadaan isu.

7.Penceramah dan blogger Pas dan Pakatan Pembangkang berkempen dengan cara menyerang calon BN. Serangan menyerang berlandaskan fitnah yang tidak disenangi lagi, tidak berkesan, tidak tepat dan menyebabkan pengundi semakin benci kepada Pas. PAS sendiri tidak mampu mengkotakan janji iaitu tidak akan melakukan serangan peribadi.

8.Kelemahan Calon dan Penasihat Utama Calon (Cikgu Maarof) yang terperangkap dalam isu saat akhir iaitu berkenaan sijil cuti sakit dan sijil kelulusan SPM Cikgu Normala yang tidak sempat dimanipulasi oleh Pas.

9.Keterlanjuran kata-kata Nik Aziz, Nizar Jamaludin, Shalahudin Ayoub, Mazlan Aliman dan Mahfuz Omar menyemarakkan lagi kebencian Rakyat kepada Pas dan Pakatan Pembangkang.

10.Kini Rakyat telah menyampaikan suara mereka. Suara keramat Rakyat Malaysia. APC
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, January 30, 2011

AWASS.. KELUAR UNDI AWAL DI TENANG

KC mengucapkan Selamat Mengundi kepada seluruh pengundi-pengundi di DUN Tenang dan diberi petunjuk dan hidayah untuk memilih Barisan Nasional. Semoga kemenangan itu nanti membawa satu perubahan ke arah kecemerlangan kawasan Tenang.

LABIS, 29 Jan – Timbalan Perdana Menteri menasihatkan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang supaya keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada pilihan raya kecil itu dan tidak bimbang tentang soal keselamatan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Ketua Polis Johor,  Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa keselamatan pengundi sepanjang tempoh pengundi esok adalah terjamin.

"Saya ingat menasihatkan untuk beramai-ramai keluar mengundi kerana kita mengharapkan sokongan yang kukuh. Kita juga mengharapkan peratusan yang keluar mengundi akan tinggi.

"Saya berkeyakinan pengundi di Tenang akan keluar mengundi walaupun dalam keadaan ribut taufan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyampaian bantuan di Masjid Pekan Ayer Panas di sini, hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Tenang esok akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim dan calon Pas, Normala Sudirman.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan calon Pas, Mohd Saim Siran dengan majoriti undi sebanyak 2,492.

Timbalan Perdana Menteri berkata calon BN telah bekerja keras sepanjang tempoh berkempen di mana beliau berjaya menemui 80 peratus daripada pengundi berdaftar sehingga hari ini.

"Saya berkeyakinan pengundi akan menerima beliau," katanya.

Mengenai sokongan pengundi Cina, beliau berkata pilihan raya kecil DUN Tenang ini akan menyaksikan perubahan yang lebih positif, berbanding keadaan lepas.

Muhyiddin berkata pihaknya mendapat maklumat semalam bahawa pembangkang membawa ramai orang luar, berkemungkinan untuk membuat sibuk, menyekat atau menghalang pengundi daripada keluar mengundi.

"Atau mereka (orang luar yang dibawa pembangkang) mahu menimbulkan ketegangan supaya pengundi takut untuk mengundi," katanya dan menambah, orang luar itu membawa budaya kasar dan tidak tahu budaya tempatan.

Beliau berkata tindakan pihak pembangkang membawa orang luar adalah biasa setiap kali berlakunya pilihan raya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, January 29, 2011

PANAZZZ : PAKATAN MENYERAH KALAH PULANG AWAL DI TENANG

Di khabarkan sejak dari semalam ramai jentera pakatan haram yang bertugas mulai balik ke negeri masing-masing. Kebanyakkan dari parti PKR dan DAP sudah pulang lebih awal. Ini berikutan laporan kajian sikap yang telah dijalankan oleh mereka menyatakan kemenangan besar milik BN.

Berdasarkan kajian sikap itu lagi, antara faktor besar menyumbang kekalahan yang bakal dihadapi oleh PAS ialah suami calon PAS. Isu MC telah membuatkan ramai pengundi kecewa dan kurang yakin terhapap calon yang diketengahkan oleh PAS. Ramai pengundi cina berpendapat untuk menjadi pemimpin yang baik, pemimpin tersebut sepatutnya tidak mempunyai masalah keluarga kerana ini  secara tidak langsung akan menggangu prestasi kerjanya sebagai wakil rakyat.

Sementara itu walaupun tempoh berkempen masih berbaki beberapa jam sahaja lagi, jentera pilihan raya BN masih terus bergerak bagi memastikan kemenangan Mohd Azahar. Salah seorang daripada petugas BN berkata "Kami mendekati pengundi secara terus, secara peribadi khususnya di bahagian Felda, kampung tradisi, ladang-ladang, taman perumahan sehingga kepada peniaga dan pengusaha kecil.

"Gerak kerja kami menyeluruh. Kami berjumpa dengan pengundi bertanyakan masalah, menyelami isu-isu yang dibangkitkan dan lebih penting kami mendengar, memahami dan menyelesaikan masalah mereka," katanya.

Katanya lagi berdasarkan maklum balas berhubung penerimaan pengundi terhadap jentera BN sewaktu menjalankan kempen, pihaknya melihat ada "satu perkembangan yang baik" penerimaan terhadap BN.
 
"Mereka mula memahami dan menilai perkembangan dana kemajuan yang di oleh kerajaan sebagai asas dalam penghakiman untuk lebih memahami BN.

"Kita tidak mahu berasa terlalu yakin, kita menghormati pihak lawan. Yang paling penting bagi kita adalah pembangunan dan kebajikan pengundi kita itu dapat diketengahkan dan dapat dibela. Itu paling penting sekali," katanya.-MK

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, January 27, 2011

PANAZZZ : CIKGU MALA KAFIRKAN IBUNYA???....

Nik Aziz pernah kata, kalau Pas nak pilih calon, mesti calon yang molek-molek, yang tidak ada masalah moral dan sosial dan tidak merokok. Nik Aziz tak pernah pulak cakap yang calon Pas mesti seorang yang patuh kepada ibu bapa.

Ibu kepada Normala Sudirman, calon Pas di Tenang bernama Mumini Yahya. Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, ibu Normala adalah seorang ahli Umno yang masih aktif .

Mungkin ada dikalangan juak-juak Pas akan berkata , dia dah lama sokong Pas cuma Umno yang tak buang namanya. Oh tidak..... kalau ada yang beranggapan begitu ternyata mereka silap. Ibunya masih aktif bersama Umno, buktinya pada tahun 2010 beliau masih lagi datang ke mesyuarat cawangan Umno di tempatnya.

Nama : Mumini Bt Yahya
No keahlian Umno : 01117148
Cawangan : Felcra Sekijang
Bahagian : Sekijang
Negeri : Johor

Mak Umno, anak Pas, apa cerita tu? Biasanya kalau emak Umno, dan anak pula Pas, persengketaan dan perbalahan antara anak dan emak tidak dapat dielakkan. Tambahan pula, Normala Sudirman memang aktif dengan Pas sejak sekian lama.

Budak-budak Pas sudah biasa sangat dengan cercaan terhadap sesiapa sahaja yang mereka ketahui menjadi ahli parti Umo. Bahkan orang yang tidak jadi ahli Umno tetapi sependapat dengan Umno pun, dituduh sebagai Umno juga. Ahli-ahli Pas hanya tidak menderhaka kepada Tok Guru dan pemimpin Pas sahaja. Selain dari pemimpin Pas, mereka 'dihalalkan' derhaka walaupun orang itu adalah ibu bapa mereka sendiri.

Pernah dengar Tok Guru Nik Aziz bagi ceramah, jangan lawan mak bapa? Pernah sesiapa dengar Nik Aziz beritahu, selagi mak bapa itu tidak menyuruh melakukan maksiat, maka wajib seorang anak itu akur. Yang selalu kita dengar, Nik Aziz beritahu, Umno bukan Islam. Jadi, secara tak langsung, Nik Aziz dah halalkan sebarang penderhakaan kepada ibu bapa yang jadi ahli Umno.

Walaupun Normala Sudirman tak cakap tentang kafirnya Umno, hilang akidahnya Umno, tetapi dengan bertanding sebagai calon Pas dan tidak menegah sebarang cercaan itu dengan bersungguh-sungguh, Normala Sudirman telah pun menyamakan ibunya seperti si kafir yang dimaksudkan.

Maka bayangkanlah seorang anak yang telah mengkafirkan ibunya, sama ada secara langsung atau pun tidak langsung... jenis apakah anak itu?
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, January 25, 2011

PANAZZZ : BLOG SEKUPANGDUAS BPN KENA HACK

Untuk pengetahuan rakan-rakan, Blog Sekupangduas http://sekupangduas.blogspot.com adalah blog pendukung kerajaan BN yang sentiasa mengetengahkan isu-isu semasa Negeri Perak.

Tuan empunya Blog iaitu Blogger Sekupangduas (katanya sekarang tengah berkursus) adalah salah seorang pengerak BPN di Negeri Perak yang banyak membantu menyatu padukan Para Bloggers di Negeri Perak.

Kebelakangan ini, Blogger Sekupangduas banyak membongkar dan siri keceluparan bekas MB Nijar Lambai baik di dalam Blog mahupun FB [ http://sekupangduas.blogspot.com/2011/01/nizar-semakin-meroyan-keluar-fatwa-di.html?zx=d3535d03416c70bf ] hinggakan ramai penyokong puak-puak pembangkang cukup membenci Blogger Sekupangduas.

Dan natijah yang diterima, KC dihubungi sendiri lewat malam tadi oleh Blogger Sekupangduas sendiri yang mengatakan yang Blog beliau telah di hack hinggakan dia sendiri tak boleh nak masuk ke Blognya.

KC sendiri sempat singgah ke Blog Sekupangduas, boleh sekali jer, itupun kena melalui "Content Warning". Tak ker macam haramjadah jer jadinya..

Pesanan KC kepada puak-puak nie, gentle la bro... Takkan baru sikit jer kena tembak, kena bongkar, kena sembor, sampai nak hack blog orang lain... Serupa pondan la lu orang, jangan jadi macam An War Al-Juburi yg mana doktor dah sahkan tiada kemaluan.. Eh.. Eh.. Tiada Kemaluan ker tiada Kemahuan..

Tapi perkhabaran yang baik KC terima, insyallah Blog beliau dalam proses baikpulih dan insyallah akan kembali berjuang di alam maya dalam sedikit masa nanti. Teruskan perjuangan tuan, walau badai menimpa, namun gunung kudaki, tetap kudaki Jebat...

Hidup BPN, Hidup Bloggers Perak, Hidup Dr. Zambry MB Perak...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

GEMPARRR : BUKTI CALON BN DI TENANG MENYELEWENG TERBONGKAR...?

KC dikhabarkan oleh puak2 pembangkang dengan cerita "Sekitar tahun 2003,ADO menyalahgunakan kuasa untuk melelong sebidang tanah di Mukim Jabi Segamat kepada pembeli tanpa pengetahuan tuan tanah." Takkan la, kepimpinan UMNO tak tau dan selidik dahulu. Sebenarnya, isu tersebut tidak kena mengena dengan calon BN Tenang dan hanyalah fitnah semata-mata untuk mengurangkan majoriti BN.

LABIS 24 Jan. - Ugutan jentera Pas kononnya akan mendedahkan isu peribadi Mohd. Azahar Ibrahim membuktikan pembangkang kini semakin tertekan dengan populariti calon Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN langsung tidak bimbang dengan taktik psikologi politik Pas kerana beliau yakin Mohd. Azahar bersih 100 peratus daripada sebarang isu peribadi.

Bagaimanapun, tegas beliau, jentera BN sentiasa bersiap sedia untuk menyerang balas jika pembangkang cuba memfitnah Mohd. Azahar bagi memastikan rakyat tidak terpedaya dengan muslihat kotor berkenaan.

"Mereka ini cuba nak reka cerita untuk merendahkan kredibiliti calon kita dengan menuduh Mohd. Azahar kononnya terlibat dalam kes mahkamah, itu bukan isu peribadi sebaliknya atas kapasitinya sebagai pegawai kerajaan.

"Calon kita ini langsung tiada masalah peribadi. Dia adalah calon terbaik dan kita sudah buat ujian dari segenap segi, dia 100 peratus bersih kerana kalau tidak, BN tidak akan calonkan Mohd. Azahar.

"Sebab itu, Mohd. Azahar ini diterima baik oleh pengundi dan Pas berusaha untuk mencari apa jua jalan untuk memburukkan beliau. Ini semua menunjukkan Pas tertekan dengan populariti yang diterima calon kita," katanya.

Muhyiddin ditemui selepas melakukan tinjauan mesra di sekitar pekan Labis di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai ugutan jentera Pas kononnya mereka akan mendedahkan isu peribadi Mohd. Azahar dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau tidak terkejut dengan mainan psikologi dan taktik kotor Pas kerana dakwanya, memang itulah cara politik pembangkang setiap kali pilihan raya berlangsung.

Beliau juga tidak hairan jika selepas ini akan timbul lebih banyak fitnah serta pembohongan ditaburkan pembangkang terutama menjelang hari-hari terakhir berkempen.

"Sama juga dengan taktik 'merampas' kad pengenalan pengundi warga tua dan cubaan melaga-lagakan sayap pergerakan UMNO. Saya lihat taktik ini turut dipraktikkan di tempat lain semasa pilihan raya kecil.

"Justeru, saya memohon kepada jentera parti dan juga pengundi. Jika terdapat perbuatan pembangkang yang bertentangan dengan undang-undang, laporkan segera perkara ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya," katanya.

Mengenai momentum sokongan selepas tiga hari berkempen, Muhyiddin memberitahu, semakin ramai pengundi yang mengenali Mohd. Azahar dan beliau yakin semua pihak tanpa mengira warna kulit akan menyokong calon BN itu.

Beliau juga berpuas hati dengan komitmen dan kesungguhan Mohd. Azahar yang bersemangat untuk menemui seramai mungkin rakyat sehingga sanggup mengorbankan waktu rehatnya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

PANAZZ : BUKTI PAS HANYALAH PARTI POLITIK

Fatwa dan dalil pilihanraya oleh PAS PIS PUS....Parti itu hanya menyentuh soal Islam apabila ia berkaitan dengan kepentingan politik mereka sahaja tetapi apabila ada perkara yang dilihat tidak sehaluan dengan Islam dilakukan oleh DAP dan PKR maka Pas hanya mendiamkan diri sahaja.....

Pas akan melakukan apa sahaja dan mengeluarkan 'fatwa' yang dianggap mengikut situasi semasa semata-mata untuk meraih sokongan. Pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Pas mendakwa kerjasama antara UMNO dengan MCA dan parti bukan Islam lain adalah haram kerana UMNO dikatakan mengikut telunjuk parti-parti itu tetapi bagaimana pula hubungan Pas dengan DAP yang secara terang-terang menentang penubuhan negara Islam.

Begitu juga dengan sikap Pas di Selangor yang dilihat tidak mempunyai 'taring' bagi menentang dasar-dasar kerajaan PKR yang disokong oleh DAP, walaupun ada dasar-dasar itu bertentangan dengan Islam. Turut menjadi perhatian mengenai sikap Islam Pas ialah apabila pada ceramah-ceramah politik mereka, masih wujud perbuatan memaki-hamun dan menyebarkan dakyah yang menjuruskan kepada fitnah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kalaulah Pas benar-benar mengikut lunas-lunas Islam dalam berkempen, sudah tentulah parti itu tidak akan membenarkan mana-mana pemimpinnya melemparkan dakyah dan tohmahan ketika berceramah. Itu belum lagi mengambil kira bagaimana Pas membiarkan sahaja ada pemimpinnya mengeluarkan 'fatwa' awal-awal lagi bahawa mengundi BN adalah haram.

Begitu juga apabila Pas tidak bersungguh-sungguh mengeluarkan nasihat kepada penyokong-penyokongnya (terutama di kalangan khatib dan imam) yang menjadi mimbar masjid untuk berpolitik. Tindakan Pas yang tidak bertegas dalam soal berkaitan Islam ini mengelirukan umat Islam atau mereka yang ingin memahami Islam.

Oleh itu, adalah wajar jika Pas benar-benar mengutamakan kepentingan Islam berbanding dilihat memperalatkan agama Islam demi untuk keuntungan politik mereka. Tidak salah untuk berpolitik kerana itu tuntutan dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi tetapi janganlah menyalahkan agama Islam bagi tujuan berkenaan.

Hakikatnya, sebahagian besar umat Islam sudah muak dengan pendekatan politik yang diamalkan oleh Pas. Parti itu hanya menyentuh soal Islam apabila ia berkaitan dengan kepentingan politik mereka sahaja tetapi apabila ada perkara yang dilihat tidak sehaluan dengan Islam dilakukan oleh DAP dan PKR maka Pas hanya mendiamkan diri sahaja.

Keadaan inilah yang menyebabkan DAP dan PKR tidak pernah mengambil kira apa kata Pas jika mereka hendak melakukan sesuatu biarpun ada sesetengah seharusnya mendapat pandangan Pas dahulu memandangkan parti itu memperjuangkan Islam. Tetapi DAP dan PKR peduli apa? Mereka tahu Pas tidak akan berani bersuara kerana Pas hanya mahu mengeratkan persahabatan dan perkongsian kuasa dengan mereka.

Apa yang anehnya, Pas tidak pula membantah atau melahirkan rasa protes, kalau pun ia dilakukan, pendekatan yang digunakan cukup lembut sehingga ia disifatkan ibarat lepas batuk di tangga sahaja.

Oleh itu, pengundi-pengundi di DUN Tenang terutamanya umat Islam janganlah terpedaya dengan apa juga hujah berhubung perjuangan Islam yang mereka uar-uarkan.

Pas tidak lagi memperjuangkan Islam sebab itulah mereka terlalu bertoleransi dengan apa yang dilakukan oleh DAP dan PKR.

Mungkin pengundi-pengundi akan didedahkan dengan pelbagai hujah Pas mengenai perjuangan Islam itu tetapi percayalah semua itulah hanyalah gimik politik bagi meraih undi.

Apabila berakhir pilihan raya maka berakhirlah suara-suara Pas mengenai perjuangan berkenaan. Ia kerana Pas ingin memelihara hubungan dengan DAP dan PKR.

Berdasarkan kepada keadaan itu adalah wajar jika umat Islam tidak terpengaruh lagi dengan apa juga hujah Pas mengenai Islam. Ia kerana parti itu hanya bercakap soal Islam demi meraih sokongan politik, bukan untuk kesejahteraan umat.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, January 24, 2011

KECOHHH : KRONOLOGI SIDANG TERGEMPAR DUN KERAJAAN SELANGOR

6.45 petang- RASMI pada jam 6.25 ptg setelah undi belah bahagi keatas usul pindaan undang-undang tubuh Selangor ditolak kerana tidak dapat sokongan dua per tiga Ahli Dewan Undangan Negeri.Hasil undian 34 ADUN Pakatan Pembangkang menyokongnya manakala 20 ADUN Barisan Nasional menolaknya.Ia bagaimanapun tidak cukup peruntukkan dua per tiga.Sidang DUN kemudiannya tamat.

5.15 petang - Walaupun perbahasan dalam sidang DUN masih berlangsung...pada jam 4.45 petang Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim keluar satu kenyatan rasmi mengakui kerajaan PKR negeri tidak berjaya meminda undang-undang tubuh Selangor.Dalam kenyataan tiga muka surat itu beliau menyalahkan Barisan Nasional kerana tidak menyokong cadangan pindaan berkenaan.Sementara itu dalam sidang akhbar sejurus itu beliau ditanya apakah dapat terima Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri? Jawabnya beliau dan Exco Kerajaan Negeri akan tentukan termasuk bila angkat sumpah simpan rahsia.


11.40 pagi - 'Syok sendiri' itulah kata-kata yang tepat mengambarkan kerajaan Selangor hari ini jelas Ketua pembangkang DUN Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman.

Beliau yang berucap sejurus selepas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim selesai membentangkan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri selama sejam berkata, Umno Selangor tidak akan sesekali menyokong cadangan itu kerana bertentangan dengan perlembagaan persekutuan dan bermotifkan politik.

Beliau menjelaskan kerajaan BN terdahulu tidak pernah membelakangi Sultan, berbeza dengan menteri besar baru yang didakwa tidak dapat menerima pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah mendapat perkenan Sultan.

Sebelum itu, Satim memulakan ucapan dengan mempersoalkan tindakan Speaker Datuk Teng Chang Khim memanggil sidang DUN tanpa notis 14 hari.

10.30 pagi -Sebelum bersidang, ADUN Pelabuhan Kelang Badrul Hisham Abdullah terpaksa bertengkar untuk masuk ke bangunan DUN, beliau akhirnya dibenarkan masuk hanya sebagai pemerhati dan duduk bersama-sama dengan petugas media.

Selepas 30 minit, Badrul keluar buat sidang media mendakwa kesal dengan tindakan menafikan haknya sebagai ADUN.

"Speaker sengaja halang saya menghadiri persidangan kali ini, mereka menghalang hak saya untuk hadir.

"Saya yakin ini adalah taktik mereka untuk mengurangkan majoriti (BN) dalam dewan," .

Setiausaha dewan membacakan ucapan diraja bagi pihak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam ucapannya, Sultan bertitah supaya ADUN membahaskan cadangan pindaan itu dengan sebaiknya tanpa beranggapan pekenan yang diberikan baginda sebagai menyokong mana-mana pihak dalam dewan.

Baginda juga memberitahu ADUN supaya tidak menariknya sama dalam politik. Istana sentiasa tidak mencampuri urusan politik, titahnya lagi.

Khalid berkata selaku Menteri Besar, beliau berasa bertanggungjawab untuk memperbetul amalan sumbang yang selama ini dilakukan pentadbiran Umno sejak pindaan Perlembagaan 1993.

"Pindaan tersebut ternyata mengakibatkan peranan negeri dan Sultan bercelaru dan kabur.

"Justeru, hari ini kita hendak meletakkan duduk perkara dengan sejelas-jelasnya. Pentadbiran sebelum ini gagal dan tidak mampu membetulkannya kerana walaupun mereka mentadbir negeri, namun pemikiran mereka terpasung dan hati mereka berkiblatkan Putrajaya," kata beliau.

Sementara itu, ketika membentangkan pindaan Khalid berkata, peristiwa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri mempunyai hikmah tersendiri tetapi tidak menganggapnya kemelut besar, bukan juga krisis perlembagaan.

"Natijahnya, kita menerimanya dengan hikmah. Ia memberi peluang kepada kita untuk memperbetul perkara salah yang menjadi amalan selama ini.

"Prinsip "biasakan yang betul dan betulkan yang biasa" adalah prinsip murni yang dapat dijadikan amalan harian kita selepas ini," kata menteri besar penggal pertama ini.

Katanya, berbeza daripada kerajaan terdahulu, kini kerajaan Pakatan Rakyat hendak melakukan pindaan dan perubahan agar generasi mendatang tidak lagi berada dalam kekaburan hatta kecelaruan.

Tambah Khalid, selaku penggubal undang-undang yang bertangggungjawab dan mempunyai kekuatan ilmu, iman dan jati diri, pihaknya hendak melakukan yang terbaik.

"Akhirnya, tidak ada lagi individu mahupun puak yang berani melanggar kuasa negeri mahupun kuasa Sultan," ujar beliau.

Ada lima ADUN dari BN dan PR dijangka ambil bahagian dalam sesi pembahasan sebelum pengundian dibuat.-24/1/2011
Cr : AD
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

PANAZZZ : PAS BAKAL BERTANDING DI 222 KERUSI SELURUH NEGARA PADA PRU 13...

KC terpanggil untuk menyatakan sekiranya pas berani mengambil risiko untuk meletakkan calon di semua 222 kerusi Parlimen dan juga DUN, maka kemungkinan pengundi Melayu akan beralih arah ke pas pada PRU 13.

Maka dengan itu, gabungan pembangkang yang diwakili oleh pkr dan dap akan berkubur sekiranya pas keluar dari pakatan.

Akan tetapi pas di jangka tidak akan berani untuk meletakkan calonnya di semua tempat kerana sememangnya pas tidak cukup berkelayakkan untuk mentadbir negara dengan sendirinya. Ikuti paparan berikut :....

LABIS 23 Jan. - Pas dicabar bertanding di semua 222 kerusi pilihan raya di seluruh negara sekiranya mereka ingin terus memainkan fatwa bahawa mengundi UMNO adalah haram. 

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, jika benar fatwa itu untuk menyelamatkan umat Islam di negara ini, parti pembangkang berkenaan harus berani untuk bertanding di semua kerusi di seluruh negara.

"Mengundi Pas wajib syarie dan mengundi UMNO haram syarie. Itu jelas fatwa politik yang songsang dan amat merbahaya. Ia hanya fatwa politik dan kalau betul mereka begitu, kenapa tidak bertanding di semua kawasan pilihan raya untuk selamatkan semua umat Islam. 

"Kenapa perlu bergabung di tempat tertentu dan bagi DAP bertanding. Apakah di tempat DAP bertanding tidak ada umat Islam? Ia memang hanya fatwa politik songsang dan amat dikesali kerana terus dimainkan pada ketika ini," katanya kepada Utusan Malaysia semasa mengadakan kempen dari rumah ke rumah di Taman Suria dan Taman Sinar Emas di sini hari ini.

Pada lawatan itu, Ahmad bukan sahaja mengedarkan risalah mengenai calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azahar Ibrahim, 39, malah turut memberikan senaskhah akhbar Mingguan Malaysia kepada pengundi di rumah-rumah yang dilawatinya.

Sebelum ini, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengulangi 'fatwa' itu bahawa haram mengundi UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, 30 Januari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, jika Pas tidak boleh berbuat demikian, memang sah itu fatwa politik sahaja kerana untuk bersekongkol dengan DAP, mereka mengenepikan fatwa tersebut.

Beliau berkata, fatwa yang dibuat Pas sentiasa berubah-ubah semata-mata untuk meraih undi pada pilihan raya. Pada PRK DUN Tenang, Pas mencalonkan calon wanita, Normala Sudirman, 38, bagi menghadapi BN.

"Dulu kata wanita tidak boleh bertanding, tapi sekarang boleh pula. Dulu tak boleh bersama dengan orang bukan Islam, sekarang dia yang berpakat bukan main.

"Dulu tak boleh kerja malam, sekarang ini kalau tak boleh kerja malam, macam mana nak jadi wakil rakyat. Jadi wakil rakyat ini kena kerja siang malam, pagi petang, subuh senja. Kalau tak boleh buat, lebih baik tak payah bertanding," katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihati pengundi Tenang supaya tidak terpengaruh kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu meletakkan peluang menang pada PRK DUN Tenang 40 peratus sahaja.

Menurutnya, para pengundi di Tenang harus berhati-hati dengan taktik berkenaan yang disifatkannya sebagai 'jerangkap samar' politik Pas untuk meraih undi simpati rakyat.

Beliau berkata, pada mulanya Pas mengatakan hanya bertanding untuk mengurangkan majoriti, kemudian sekadar mendapatkan undi diperoleh seperti pada Pilihan Raya Umum 2008 dan kini hanya menaruh harapan 40 peratus.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

PANAZZZ : BUKTI CIKGU MALA CUBA MAIN GILA...

Normala Sudirman setelah menjadi calon PAS sudah pandai berkawan baik dengan Teresa Kok (MP DAP Seputeh) di Tenang. Memang tepat Normala mengenakan sarung tangan untuk bersalaman dengan pengundi pengundi di Tenang. Dengan Teresa Kok pun Normala kena pakai sarung tangan untuk bersalam, kalau tidak jenuh nak kena samak. Cuba tengok apa benda yang Teresa Kok panggang ini. Tuiihhhh...

Teresa Kok dengan memakai topi DAP, sedang memangang 5 ekor babi pada 19 Mac 2008 bagi meraikan kemenangan DAP dalam pilihan raya umum ke-12 yang lepas. Persoalannya, apakah motif tindakan Teresa Kok menerbitkan gambar panggang ini dalam blognya? Hendak tunjuk kepada siapa sebenarnya? Dengan topi DAP yang sama, Teresa Kok ke DUN Tenang untuk berkempen bagi Normala Sudirman (calon PAS).

Sejak berkawan dengan Teresa Kok, Normala sanggup berbuat apa sahaja untuk menawan undi di kalangan orang bukan Islam. Apakah Normala tidak tahu bahawa Teresa Kok adalah ahli parlimen DAP yang kuat memohon agar kalimah Allah digunakan oleh Kristian?.

Normala Sudirman adalah contoh orang PAS yang telah dipermainkan DAP untuk mencapai agenda politik mereka di Malaysia. DAP yang pernah mempertikaikan tulisan jawi, mendesak agar laungan azan di masjid Bandar Kinrara, Seksyen 5, Puchong diperlahankan dan mempertikai azan dalam parlimen pada 25 Oktober 2005 serta juga cerita gambar lucahnya.

Akibat gila kuasa, PAS lupakan segala-galanya untuk berkawan dengan DAP. Dalam masa yang sama, PAS tergamak mendoakan kebinasaan untuk saudara sesama Islam lain bagi mendapatkan kuasa tersebut.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, January 23, 2011

PANAZZZ : VIDEO DATO NIK AZIZ BERTEMBUNG UST. MD NOR DERIS DI TENANG....

rtsp://v5.cache7.c.youtube.com/CjYLENy73wIaLQlFY-8EQ0eqbBMYESARFEIJbXYtZ29vZ2xlSARSBXdhdGNoYNLHpeaykJiSTQw=/0/0/0/video.3gp

KC : Lihatlah gelagat MB Kelantan yg cuba mengelak untuk menjawab persoalan yg diajukan oleh Ust Md Nor Deris...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

PANAZZZ : ANUAR BERSUMPAH BERHUBUNG ISU LIWAT....

KC : Terkejut juga mendengar khabar ini melalui rakan Blogger KC, yang mana Anuar hari ini akan bersumpah berhubung isu liwatnya yang mana ianya menjadi duri dalam daging untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Apa-apa pun jom kita dengar khabar ini dari rakan Blogger KC....

Lagi isu debat dimainkan oleh  penasihat Umum Pakatan Rakyat setelah menafikan  mencabar  Perdana Menteri  dalam cabaran debat beliau yang pertama.

Dalam penafian itu beliau menyatakan bahawa beliau bukan  mencabar Perdana Menteri untuk berdebat tetapi hanya mengajak Perdana Menteri untuk berbincang mengenai ekonomi negara.

Belum pun  beberapa  hari penafian dibuat , hari ini Anwar mencabar Perdana Menteri untuk berdebat mengenai isu peribadi, Pastinya   Anwar  sedia maklum bahawa Perdana Menteri pasti tidak akan melayan desakan Anwar.

Oleh kerana Anwar  dilihat sebagai beriya ia mahukan debat mengenai isu peribadi ini diadakan , ramai yang bertanya apakah  Anwar sudah bersedia untuk menyahut cabaran yang meminta Anwar  bersumpah mengenai isu liwat antara beliau dengan Shamsul.

Berapa laman blog dan laman sosial mempersoalkan Anwar yang masih tidak berani untuk menafikan dengan bersumpah bahawa dia tidak pernah meliwat Saiful.

Mengapa kah Anwar masih tidak berani menyelesaikan isu peribadi yang menghantui keluarga Anwar sedangkan  isu ini benar benar membebankan keluarga beliau.

Difahamkan oleh sumber sumber yang rapat bahawa anak lelaki  Anuar juga pernah mencabar ayahnya untuk bersumpah bagi membersihkan nama keluarga.

Harap kali ini Anwar sudah bersedia untuk bersumpah setelah berani untuk mencabar Perdana Menteri berdebat dalam isu peribadi.

Oleh : Abdul Hakim www.n9kini.com
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

KECOHHH : BUKTI PAS TERLIBAT KES PENYELEWENGAN KOHILAL

KC : Ish... Biar betul ulamak pas terlibat secara langsung kes penyelewengan Kohilal?? Katanya RM 45 juta wang pelaburan ahli-ahli Kohilal lesap entah ke mana.. Mana peginya RM 45 juta yang mana nikainya bukan sedikit... Cuba kita lihat khabar ini melalui rakan2 Blogger yang lain......

Semalam di tempat Kampung FELDA Tenang, ceramah yang dianjurkan PAS kebanyakkanya dihadiri oleh para petugas PAS yang dibawa dari luar. Ceramah PAS yang dihadiri kira-kira 150 orang itu, hanya 30 orang yang merupakan penduduk tetap di kampung itu.

Tapak ceramah dianjurkan berhampiran bersebelahan dengan Markas UMNO di bahagian kanan dan hadapan. Ceramah PAS ini dipantau oleh ahli-ahli UMNO yang duduk berhampiran dengan tapak ceramah. Sesekali apabila pemimpin PAS menghina UMNO, kedengaranlah laungan bantahan daripada ahli UMNO yang berdekatan.

Tantawi ataupun Tantaik, memulakan ceramahnya dengan perasaan gementar kerana tahu beliau berada di kawasan UMNO. Tantaik/Tantawi memberikan ceramah dengan sopan santun sekali, habis segala ayat-ayat suci ditabur bagi menyakinkan 30 orang penduduk FELDA Tenang yang hadir bahawa PAS bukan parti ekstrem.

Di kesempatan itu, Tantaik juga menyeru kepada para hadirin agar memberikan sedikit sumbangan kepada tabung DANA PILIHAN RAYA KECIL Tenang ini. Katanya, duit syilling PAS tak mahu. Yang PAS mahu ialah duit kertas yang berwarna merah dan hijau sahaja. Duit syilling hanya akan menambahkan bebanan tetapi isinya sedikit. Duit kertas berwarna biru juga tidak di terima. Katanya, beli rokok RM7.30, takkan nak derma kepada parti RM2.00 sahaja? Sempat juga PAS menge'pau penduduk FELDA Tenang.

Kata Tantawi/Tantaik diceramahnya semalam, PAS menyediakan PAKEJ pemimpin yang baik dari BN. Menurutnya PAS tidak pernah di tangkap kerana kes rasuah ini kerana semua pemimpin PAS baik-baik dan bekerja mengikut ajaran Islam. Iyer ker?

Kalau yer tak pernah terlibat dalam rasuah, ke mana perginya wang pelaburan ahli-ahli KOHILAL sebanyak RM45 juta? Kemana perginya duit orang orang bodo yang kununnya akan di manage oleh ulamak itu? Sehingga kini tiada seorang pun pemimpin PAS yang berani mengungkap perkara ini di mana-mana sesi ceramah mereka. Ternyata PAS amat kurang ilmu dalam hal-hal yang berkaitan dengan urusniaga. Tetapi masih lagi nak tunjuk diri tu pandai? FAILED! Tapi satu je orang PAS terer, sup gearbox memang sedap.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

KECOHHH : HEBATTT GILA MALAYSIA....

Pelaburan langsung asing meningkat 409.7 peratus kepada RM21.35 bilion

MALAYSIA muncul sebagai negara yang mencatat peningkatan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi di Asia dari segi peratusan pada tahun lalu dengan kenaikan 409.7 peratus kepada AS$7 bilion (RM21.35 bilion) berbanding AS$1.4 bilion (RM4.25 bilion) pada 2009, mengikut Laporan Pelaburan

Dunia Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD). Laporan Pemantauan Arah Aliran Pelaburan Global UNCTAD: Arah Aliran FDI Global dan Serantau 2010 yang dikeluarkan pada 17 Januari lalu menyebut, peningkatan yang dicatatkan Malaysia itu juga adalah antara yang paling memberangsangkan di kalangan 153 negara dalam kajiannya.
Mengulas perkembangan itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata laporan itu mengukuhkan kenyataannya baru-baru ini bahawa Malaysia mencatatkan aliran masuk FDI yang ketara berjumlah AS$5.04 bilion (RM15.3 juta) bagi sembilan bulan pertama tahun lalu berdasarkan angka dikeluarkan Jabatan Perangkaan.

"Pencapaian Malaysia itu menjadi lebih bermakna apabila laporan UNCTAD menunjukkan bahawa aliran masuk FDI global tahun lalu masih tidak berkembang dengan pertumbuhan marginal sebanyak satu peratus kepada AS$1.12 trilion (RM3.4 bilion) tahun lalu daripada AS$1.11 (RM3,38 trilion) tahun sebelumnya.

"Pencapaian ini mencerminkan peningkatan keyakinan pelabur di Malaysia. Ia menunjukkan kepercayaan pelabur bahawa kerajaan mampu melaksanakan program perubahan dan transformasi ekonomi seperti yang terkandung dalam Model Ekonomi Baru," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mustapa berkata, Malaysia juga kembali ke radar pelabur antarabangsa seperti yang dibuktikan daripada aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia sejak September lalu yang menyokong bursa mencecah paras tertingginya 7 Januari lalu pada 1,572.21 mata.

Beliau menegaskan, angka dikeluarkan UNCTAD itu secara jelas menafikan tuduhan pihak tertentu bahawa penurunan FDI ke Malaysia pada 2009 adalah disebabkan tadbir urus kerajaan yang lemah serta rasuah dalaman.

"Langkah proaktif untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan dan mengurangkan kos melaksanakan perniagaan serta kerjasama erat dengan sektor swasta menyumbang kepada pertumbuhan pelaburan dalam negara," katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, kerajaan akan terus mengubah ekonomi Malaysia dalam usaha meningkatkan daya tarikannya sebagai destinasi pelaburan pilihan di rantau ini.

Mustapa berkata, baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 19 lagi Projek Permulaan (EPP) yang akan menyumbang hampir RM67 bilion dalam pelaburan serta mewujudkan 35,000 pekerjaan.

"Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) akan terus rancak dengan lebih banyak lagi EPP sedang dirancang," katanya.

"Saya yakin untuk tahun ini dan seterusnya, aliran masuk FDI ke Malaysia akan terus kukuh," katanya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, January 22, 2011

KECOH MENJELANG SIDANG TERGEMPAR DUN KERAJAAN PKR SELANGOR

Kalau dikaitkan dengan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Selangor Isnin ini rasanya tak perlu kita memakai teropong khas untuk membuat andaian mengapa tiba-tiba wakil rakyat Bebas Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah menjadi sasaran.

Satu dunia tahu kerajaan PKR Selangor tidak mempunyai jumlah wakil rakyat yang cukup untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri bagi menyelesaikan kemelut perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Khusrin Munawi.

Timbul banyak persoalan mengenai tindakan Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Kim isytihar kerusi diwakili oleh Badrul kosong atas alasan kononnya kegagalan beliau hadir sidang DUN selama enam bulan.

Lebih pelik apabila Teng bertindak sendiri isytihar kekosongan itu bukannya Suruhajaya Pilihanraya (SPR).

Sepatutnya, Speaker memaklumkan perkara itu kepada SPR dan pihak berkenaan akan bermesyuarat menentukan berlaku kekosongan itu atau sebaliknya.

Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kepada Agendadaily sebaik dimaklumkan tindakan speaker berkenaan mengisytihar kerusi itu kosong pada Rabu.

Kes ini hampir sama dengan kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah apabila Datuk Abu Hasan Sarif yang hilang kelayakan setelah gagal menghadiri sesi DUN dua kali berturut-berturut.

Kes berkenaan masih di peringkat rayuan.

Berbalik soal kerusi Pelabuhan Klang ini, ada desas-desus kononnya tindakan mengisytiharkan kerusi itu kosong bagi mengurangkan undi menghalang pindaan undang-undang tubuh negeri pada sidang DUN Isnin ini.

Kerajaan PKR Selangor perlukan majoriti dua pertiga dan dengan ketiadaan Badrul Hisham, pakatan pembangkang PKR-DAP dan PAS itu memperolehi majoriti tersebut.

Barisan Nasional (BN) hanya mempunyai 20 kerusi sahaja berbanding pakatan pembangkang berjumlah 35 manakala satu kerusi Bebas diwakili Badrul Hisham.

Justru itu tidak hairan jika tindakan mengisytiharkan kerusi Pelabuhan Klang ini kosong semata-mata bagi menjayakan misi kerajaan PKR Selangor meminda undang-undang tubuh negeri pada 24 Januari ini.

Bagaimanapun, ambil kira pengakuan Badrul bahawa beliau masih wakil rakyat yang sah, perkara ini masih tidak mengubah apa-apa kerana menurut Teng, tiada peruntukan untuk bekas wakil rakyat PKR itu merayu.

Kini keputusan sama ada kerusi itu kosong atau sebaliknya akan ditentukan SPR.

Teng perlu mengemukakan notis memaklumkan kekosongan kerusi itu kepada SPR sebelum suruhjaya itu bermesyuarat menentukan kekosongan itu berlaku atau tidak.

Sehingga keputusan itu, Badrul Hisham mungkin boleh hadir pada sidang DUN Isnin ini.

Jika ini berlaku, kerajaan pakatan pembangkang di Selangor tidak cukup majoriti dua pertiga bagi meminda undang-undang tubuh negeri yang kononnya mahu mengembalikan kuasa Sultan dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang.

Muslihatnya mudah saja ia tidak lebih untuk kepentingan kuasa Menteri Besar sahaja dan buat bising kononnya pakatan pembangkang adalah juara pembela institusi Raja.

Sebaliknya tindak tanduk kerajaan pimpinan Khalid terhadap Istana Selangor sepanjang isu Khusrin dan sikap tidak hormat mereka pada istana Perak semasa hilang kuasa tidak lama dulu sudah cukup untuk memberi gambaran. – 19/1/2011
AgendaDaily
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

KECOH SEPANJANG PENAMAAN CALON DUN TENANG

Proses Penamaan calon selesai dan SPR telah mengumumkan PRK N5 Dun Tenang akan di tandingi satu lawan satu di antara BN yang di wakili Mohd Azhar vs Wakil PAS Puan Normala.

Terdapat tiga bantahan di kemukakan dalam proses penamaan ini namun pihak SPR menolak ketiga tiga bantahan.

Dengan ini maka sahlah PRK Dun Tenang akan menjadi medan Pertempuran Barisan Nsional vs PAS.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, January 21, 2011

KECOH!! HIDUNG NIK AZIZ BERDARAH KENA....

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengalami masalah kesihatan minggu lalu berkata, beliau begitu terkejut apabila tejaga dari tidurnya dalam keadaan mulut dipenuhi darah.

Nik Abdul Aziz, 78, yang juga Mursyidul Am PAS mengakui situasi begitu mendebarkannya.

"Kira-kira pukul 1.30 pagi pada hari Khamis, saya terbangun dari tidur selepas saya merasakan terdapat darah dalam mulut saya.

"Ada banyak darah hingga saya tak boleh bercakap, saya jadi cemas dan kemudiannya jantung saya berdenyut kencang kerana ini pertama kali berlaku.

"Selepas saya dimasukkan ke hospital, saya terpaksa menjalani imbasan jantung, malah doktor telah letakkan sesuatu pada kerongkong saya tapi tiada apa-apa," katanya kepada wartawan di kediamannya di Pulau Melaka di sini.

Khamis lalu Nik Abdul Aziz telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana keletihan namun tetap menghadiri seminar politik PAS diadakan pada Sabtu lalu di Kuala Lumpur.

sumber : mStarOnline

KC : Nasib baik laaa hidung yg berdarah, kalau benda lain yg berdarah tak ke naya weiiiii.... Rehat2 la dari dunia politik, banyak lg org muda yg boleh sambung.....
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Mohd Azahar Ibrahim - Berilah Peluang...

Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim meminta pengundi kawasan tersebut memberinya peluang untuk berkhidmat kepada mereka.

Beliau yang diumumkan sebagai calon BN hari ini oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji untuk berkhidmat sebaik mungkin kepada pengundi DUN Tenang tanpa mengira latar belakang kaum dan agama mereka.

“Berilah peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada penduduk. Saya akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan,” katanya pada majlis pengumuman calon BN di pejabat Umno Bahagian Labis di sini, hari ini.

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, beliau akan berusaha untuk memenangi pilihan raya kecil itu dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum di DUN Tenang.

Azhar yang dilahirkan di Labis itu berkahwin dengan Tuty Roshizana Tumin, seorang surirumah merupakan pemegang Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi Mara (ITM) pada 1993.
Beliau juga merupakan pemegang ijazah Sarjana Politik (Kepujian) daripada Porthmouth.

Mohd Azahar berkata jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN Tenang beliau akan turun padang meninjau keperluan rakyat bagi memastikan pembangunan yang pesat bagi kawasan itu.

Pengalamannya bertugas dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Johor memberikan pengetahuan meluas di dalam selok-belok tentang soal pembangunan masyarakat di sesuatu tempat.

Sejak 2006, beliau bertugas sebagai penolong pentadbir tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat dan sebelum itu sebagai penolong pentadbir tanah Segamat dan penolong pentadbir tanah Kluang.

Beliau telah meletakkan jawatan sebagai anggota kakitangan Perkhidmatan Awam Johor.
“Pengalaman bertugas sebagai pegawai penolong pentadbir tanah di beberapa daerah memberikan saya pengetahuan luas tentang keperluan rakyat di dalam soal pembangunan,” katanya.

Pada 2004 hingga 2008, Azahar merupakan bendahari Pemuda Umno bahagian Labis dan bagi tempoh yang sama juga menjawat jawatan ketua Umno Cawangan Kampung Paya Merah, Labis.
Selain itu, beliau turut bergerak aktif di dalam pertubuhan kebajikan di DUN Tenang dan Rengit.
Pilihan raya kecil DUN Tenang itu akan diadakan pada 30 Jan berikutan kematian penyandang kerusinya, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.


Proses penamaan calon akan diadakan pada 22 Jan.

Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan kelebihan 2,492 undi.

Tenang mempunyai 14,753 pengundi berdaftar terdiri 7,014 Melayu, 5,766 Cina, 1,780 India dan selebihnya kaum lain. - Bernama

Tuesday, January 18, 2011

ISU AZAN : PEGUAM MOHON MAAF DENGAN HATI YANG TULUS IKHLAS

Kian Nam akui keliru antara panggilan solat, kuliah Subuh

KUALA LUMPUR: Peguam yang didakwa membantah kelantangan laungan azan di Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, di sini, Ng Kian Nam semalam memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini berhubung kontroversi itu.

Beliau yang mengadakan pertemuan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak pengurusan masjid berkenaan, mengakui kesilapannya itu disebabkan kerana kurang kefahaman mengenai laungan azan.

Katanya, surat yang dihantar kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebenarnya bukan untuk membantah kelantangan laungan azan, sebaliknya mahu kuliah Subuh di masjid itu diperlahankan.

“Saya memohon maaf dengan hati tulus dan ikhlas. Melalui sesi dialog dengan persatuan tempatan di kawasan ini membuatkan saya cukup gembira kerana memberi pengajaran dan pengetahuan mengenai Islam dengan lebih jelas.

“Saya berharap kita semua dapat hidup dalam suasana aman, bukan saja di Pantai Dalam tetapi mana-mana bahagian di seluruh Malaysia,” katanya selepas pertemuan itu di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dan Pengerusi Masjid Al-Ikhlasiah, Ikram Mohd Yusof.
Kian Nam berkata, buat masa ini beliau terpaksa menetap di kawasan lain terlebih dulu selepas isu berkenaan tercetus kerana bimbang keselamatan dirinya.

Bagaimanapun, selepas isu itu diselesaikan dan penduduk di kawasan berkenaan boleh menerima permohonan maafnya, beliau akan kembali menetap di Lembah Pantai.

Ditanya mengenai keahliannya dalam parti MCA, beliau mengakuinya dan mendakwa surat yang dihantar kepada JPM adalah berdasarkan kepada kapasiti dirinya sendiri, bukannya mewakili parti itu.

Sementara itu, Raja Nong Chik, berkata apa yang berlaku itu perlu dijadikan iktibar selain menasihati orang ramai di negara ini supaya tidak mensensasikan isu berkenaan kerana ia boleh menggugat keharmonian negara.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz menghantar memorandum kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menuntut penjelasan berhubung kontroversi itu.

Dalam perkembangan sama, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, berkata tindakan peguam itu yang juga ahli MCA meminta laungan azan diperlahankan di Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi baru-baru ini tidak mewakili suara keseluruhan parti itu.

Katanya, MCA yang mempunyai kira-kira sejuta ahli tidak bermakna apabila seseorang itu (ahli) bercakap akan menggambarkan pendirian MCA dan isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan.

“Contohnya, Parti UMNO yang mempunyai keahlian tiga juta orang tidak bermakna seseorang itu bercakap sama seperti yang diperkatakan Perdana Menteri,” katanya selepas merasmikan Kempen Galakan Mempelajari dan Menduduki Peperiksaan Mata Pelajaran Bahasa Cina di Ibu Pejabat MCA di sini, semalam.
KC BOLEH LA TERIMA ALASAN ALASAN INI TETAPI DENGAN SATU SYARAT PEGUAM TERSEBUT HARUSLAH BELAJAR ERTI KEHIDUPAN BERSAMA-SAMA KAUM DAN AGAMA LAIN. KADANG-KADANG KURANGNYA KITA BERCAMPUR DENGAN KAUM YANG LAIN MENAMBAHKAN LAGI KETIDAKFAHAMAN KITA TERHADAP KAUM @ AGAMA LAIN...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...