Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: #Gadis 20 Tahun Berseorangan Nyaris Dirogol Setelah Diculik.

Pages

Thursday, December 13, 2012

#Gadis 20 Tahun Berseorangan Nyaris Dirogol Setelah Diculik.



Seorang wanita kini dalam ketakutan selepas seorang lelaki yang menculiknya selama dua jam dan cuba merogolnya, kini mengugut mahu membunuh berikutan laporan polis dibuatnya.


Dalam kejadian jam 8 hingga 10 pagi kelmarin di sebuah rumah kosong di Sungai Jelok, di sini mangsa berusia 20 tahun hampir dirogol lelaki itu, namun diselamatkan ibunya.


Sumber berkata, kejadian bermula apabila mangsa yang berada di depan sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya disapa seorang lelaki berusia 28 tahun yang berpura-pura bertanya arah jalan, tetapi mangsa memaklumkan tidak tahu lokasi dimaksudkan, kira-kira jam 8 pagi.


Katanya, selepas beberapa minit, mangsa dan ibunya ke kedai makan untuk membeli sarapan sementara dia menunggu di luar kedai.


"Ketika menunggu ibunya, lelaki sama sekali lagi datang dan memberhentikan kereta di depan mangsa.


"Lelaki itu keluar dari kereta membawa spanar sebelum meletakkannya ke leher mangsa sambil mengugut mencederakannya sekiranya melawan," katanya di sini, semalam.


Sumber berkata, mangsa tidak sempat berbuat apa-apa apabila lelaki itu terus menariknya masuk ke kereta dan membawanya ke sebuah rumah kosong berdekatan hutan.


Katanya, mangsa cuba meminta tolong, namun lelaki itu mengugut merogolnya sebelum menarik mangsa masuk ke rumah itu.


"Di dalam rumah itu, lelaki terbabit memaksa mangsa membuka seluar kerana mahu merogolnya, tetapi ditolak sebelum lelaki itu meletakkan spanar ke lehernya dengan tujuan menikamnya.


"Mangsa bergelut dengan lelaki itu selama beberapa minit sebelum ibunya yang mengekori anaknya masuk ke rumah berkenaan menyelamatkan anaknya," katanya.


Menurutnya, mangsa sempat keluar dan membuat laporan di Balai Polis Kajang sejurus kejadian.


Katanya, mangsa kini dalam ketakutan kerana lelaki itu terus mengganggu hidupnya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sent by kamuntingcentral.blogspot.com from Perak Cycber Troopers

1 comment:

  1. KAMUNTING CENTRAL IS NOW AVAILABLE AT REZAB, SELAMAT BERJUANG...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...