Pemuda Pas Johor mendesak jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan, mengenai wujudnya campur tangan menteri dalam urusan polis.
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, jika benar campur tangan berlaku, ia bertentangan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis 1967 di mana arahan serta kawalan anggota badan berkanun itu adalah di bawah KPN, bukan menteri.
"Sekiranya tuduhan ini benar, menteri bertanggungjawab wajib dihukum. Bagaimanapun, sekiranya ia palsu, wajarlah Tan Sri Musa dikenakan hukuman.
"Rakyat di negara ini mahu melihat polis bersih daripada unsur-unsur salah. Dewan Pemuda Pas Johor sudah membuat laporan supaya polis menyiasat kes ini dan jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasatnya," katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.
Difahamkan laporan polis itu dibuat Setiausaha Pemuda Pas negeri, Mahathir Mat Zili di Balai Polis Kluang, semalam.
Suhaizan berkata, dalam laporan polis yang dibuat, pihaknya meminta dakwaan Musa mengenai menteri yang memberi arahan kepada seorang pegawai tanpa pengetahuan Musa, yang menjadi KPN ketika itu, disiasat.
"Tan Sri Musa turut mendakwa menteri beri arahan terus kepada seorang Ketua Polis Daerah dalam satu kes berasingan," katanya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment