Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: #PR Kuburkan Skim Rumah Pasangan Muda #BN

Pages

Friday, December 7, 2012

#PR Kuburkan Skim Rumah Pasangan Muda #BN

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo mengesahkan rumah skim pasangan muda yang dipersetujui kerajaan Barisan Nasional (BN) terkubur sebaik sahaja Pakatan Rakyat memerintah negeri itu.


Beliau berkata, biarpun majlis pecah tanah sudah dibuat, Pakatan Rakyat terus menenggelamkan skim itu sekaligus menafikan hak pasangan muda untuk memiliki rumah kediaman sendiri.


Khir ketika dihubungi Antarapos memberitahu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tatkala itu bersetuju untuk mengetuai skim perumahan itu.


"PKNS buat perumahan itu. PKNS nak lead perumahan muda ini. Kita pun ada bincang dengan beberapa pemaju yang nak buat. Banyak pemaju sanggup buat asalkan kita (kerajaan negeri) berikan mereka pengurangan premium tanah.


Khir berkata, kerajaan BN tatkala itu meletakkan kebajikan pasangan muda untuk memiliki rumah kediaman sendiri, sebagai keutamaan.


Atas sifat keprihatinan itu, kerajaan BN yang diketuainya muncul dengan alternatif dengan menawarkan skim yang disambut baik oleh golongan muda itu.


Skim itu katanya hanya memerlukan setiap pasangan muda membayar wang pendahuluan sebanyak RM3 ribu sahaja dan bakinya dibayar setiap bulan sehingga langsai hutang mereka kepada bank.


"Rumah pasangan muda ini, kerana nak bayar deposit. Kalau beli rumah RM200 ribu, wang deposit sahaja mencecah RM20 ribu. Dia mampu bayar bulan-bulan. Jadi kita fikir, dia sebenarnya sewa beli rumah itu. Bayar RM3 ribu sebagai wang deposit, tak perlu membazir duit sewa rumah. Sama dengan konsep jual beli.


"Kalau pasangan muda (baru kahwin) ini mahu dapatkan RM30 hingga 40 ribu, susahlah. Jadi dia mampu sewa rumah. Mampu bayar deposit sewa rumah dalam RM3 hingga 4 ribu. Bila rumah siap, masuk, jadi rumah itu milik anda," jelasnya lagi.


Khir menambah, melalui skim itu, pasangan muda akan membayar ansuran kepada bank secara bulanan setelah rumah itu siap dan sedia untuk diduduki.


"Konsepnya rumah siap baru masuk, bayar (kepada) bank. Bukannya rumah belum siap. Rumah dah siap dan masuk, selepas itu bayar kepada bank. Dah masuk (tinggal) dalam rumah itu, baru pada bank," katanya.


Namun, kelegaan pasangan muda seluruh Selangor tidak berpanjangan apabila, sebaik sahaja Pakatan Rakyat memeritah skim dan tanah yang diperuntukkan untuk tujuan itu lesap.


Khir berkata, beliau berkali-kali mengajukan soalan mengenai status skim pasangan muda ini, namun tiada jawapan daripada kerajaan negeri.


"Tiada jawab pun, banyak soalan kita tulis. Dia kata dia telus. Saya punya soalan bertulis dalam 30 soalan yang saya hantar, tetapi hanya 12 soalan yang dijawab. Yang lain dia (kerajaan negeri) tidak jawab," katanya.


Beliau yang juga ADUN Sungai Panjang berkata kerajaan negeri Pakatan Rakyat hari ini tidak berusaha membina rumah kos rendah mampu milik sebaliknya hanya membangunkan rumah mampu milik dan rumah harga bebas.


"Rumah mampu milik berharga RM100 ribu ke bawah. Maksudnya kerajaan hari ini tidak bina lagi rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah.

AP



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...