Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Jurumekap Amy Mastura Mati Dibunuh.

Pages

Thursday, December 6, 2012

Jurumekap Amy Mastura Mati Dibunuh.




Bekas jurusolek kepada penyanyi dan pelakon Amy Mastura, Dicky, ditemui mati dengan tangan dan kaki diikat dengan sehelai kain di rumahnya di Kampung Kasipillay, pada Selasa.


Dicky atau nama sebenarnya Othman Hassan, 52, dipercayai telah dicekik oleh suspek.


Dalam akhbar News Strait Times melaporkan, mayat allahyarham ditemui oleh abangnya pada pukul 8 malam semalam apabila dia pergi ke rumah Dicky selepas beberapa kali gagal menghubunginya adiknya itu.


Menurut rakan Dicky, Razman Razmi, 40, tiada tanda-tanda rumahn mangsa dipecah masuk tetapi dia menyedari antara barang yang hilang ialah telefon bimbit dan komputer riba milik mangsa.


"Dia telah menetap di sini sejak 10 tahun yang lalu dan dia sangat peramah," katanya.


Sementara itu, rakan lain pula berkata kali terakhir dia bertemu Dicky ialah pada 30 November lalu.


"Kami keluar untuk makan malam dan seorang kawan kami telah menghadiahkan Dicky sehelai kain Batik. Pada malam itu Dicky membuat lawak yang dia mahu menggunakannya kain batik tersebut untuk menutup mayatnya. Kami menegahnya daripada membuat lawak sebegitu. Saya tidak pernah terfikir yang itu adalah kali terakhir kami melihat dia," katanya.


Dicky terkenal di kalangan industri hiburan dan sering menyolek wajah artis-artis popular tempatan.


Mayatnya telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.


- mD





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comment:

  1. Salam. Blog tuan telah dipautkan. Mohon pautan semula blog teman..
    apple-biru.blogspot.com.tkiu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...