Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Ketua #Mafia Itali Sembunyi Di Bali Di Tangkap.

Pages

Monday, December 10, 2012

Ketua #Mafia Itali Sembunyi Di Bali Di Tangkap.



Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitulah nasib seorang ketua mafia Itali yang berjaya ditangkap polis, selepas sekian lama bersembunyi di sebuah resort mewah di Bali.


Tangkapan ke atas Antonino Messicati Vitale, 40, dilakukan hasil kerjasama antara polis Indonesia dan Itali.


Dia dikehendaki atas pelbagai dakwaan malah waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana didakwa terlibat dalam pembunuhan, pemerdagangan manusia dan penyeludupan senjata.


Tempat persembunyiannya sejak beberapa bulan lalu itu berjaya ditemui oleh polis Itali yang telah mengintip perbualan telefon antara Vitale dengan rakan dan saudara-maranya.


Dia dilaporkan bersembunyi di bandar Legian, yang terletak di utara bandar Kuta.


Menurut laporan media Itali, Vitale tidak melawan ketika ditangkap.


Memandangkan Indonesia tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Itali, maka proses membawa Vitale pulang ke negaranya terpaksa dilakukan melalui Menteri Keadilan Indonesia.


Bapa Vitale, yang juga bekas ketua mafia, Pietro, maut ditembak pada 1988.

-Mynewshub


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...