Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: 'Awek' Dirogol Berulang Kali Di Gelanggang #Futsal

Pages

Friday, December 7, 2012

'Awek' Dirogol Berulang Kali Di Gelanggang #Futsal

Gara-gara dilihat berdua-duaan bersama teman lelaki, seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah, dekat sini dirogol berulang kali oleh lelaki yang menyamar sebagai anggota polis di gelanggang futsal, dekat sini pagi kelmarin.


Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa bersama teman lelakinya didatangi dua lelaki bermotosikal yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis.


Sumber berkata, kedua-dua lelaki berkenaan meminta mangsa menunjukkan MyKad untuk pemeriksaan saringan.


"Mangsa yang terkejut dengan kedatangan dua lelaki yang mendakwa sebagai anggota polis itu merayu supaya dilepaskan namun tidak diendahkan.


"Mereka merampas telefon bimbit dan meminta mangsa serta teman lelakinya mengikut ke Balai Polis Alor Gajah. Mangsa diminta untuk membonceng motosikal salah seorang daripada lelaki terbabit," katanya.


Menurut sumber, berikutan takut diambil tindakan, mangsa menurut sahaja manakala teman lelakinya membonceng motosikal seorang lagi lelaki berkenaan.


"Walau bagaimanapun mangsa kemudiannya dibawa ke gelanggang futsal sebelum dicabul dan dirogol berulang kali oleh lelaki terbabit.


"Lelaki itu kemudiannya menghantar mangsa pulang ke rumah dan menghilangkan diri. Mangsa bertindak memaklumkan kejadian kepada keluarganya," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.


Menurutnya, kes dirujuk ke Jabatan Keganasan Rumah Tangga, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dibawah Seksen 376 (KK) Kanun Keseksaan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...