Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: SABUL

Pages

Showing posts with label SABUL. Show all posts
Showing posts with label SABUL. Show all posts

Monday, November 26, 2012

DARI RINGAN-RINGAN HINGGA KE BILIK TIDUR, SISWAZAH LESBIAN INGIN BERTAUBAT.


SAYA bekas siswazah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta. Ketika melanjutkan pengajian saya berkenalan dengan B yang belajar di institusi sama, tapi berlainan kursus. B rakan serumah saya dan kami menetap di asrama yang sama. Malah, kami menjadi kawan karib.
Kami berpisah apabila saya tamat belajar. Ketika persahabatan kami terjalin, boleh dikatakan semua aktiviti kami buat bersama seperti pergi ke kelas, belajar, memasak, keluar bersiar selain berkongsi masalah. Saya begitu mengambil berat perihal B begitu juga sebaliknya.
Dalam tempoh persahabatan itu, kami menyalahgunakan erti persahabatan. Kami melakukan aktiviti yang dilaknat Tuhan. Pada awalnya kami hanya melakukan aktiviti ringan saja seperti bercumbu, namun lama kelamaan semakin selesa dengannya selain tidak menganggap ia sebagai satu dosa. Akhirnya kami terlanjur dan menjadi pasangan lesbian.
Ada ketika saya rasa menyesal dan berdosa, tapi apabila bersama B di asrama, perasaan itu hilang entah ke mana. Disebabkan itu kami berterusan dan selesa melakukan perbuatan terkutuk itu.
Saya pernah beritahu B, perbuatan kami lakukan ini adalah berdosa, tapi B hanya menjawab dia sayangkan saya sebab itu dia merelakan perbuatan terkutuk itu.
Apabila saya menjalani latihan industri di sebuah syarikat, saya mengambil peluang yang ada untuk menjauhkan diri. Saya juga tidak lagi menetap di asrama dan duduk menyewa. Saya menghilangkan diri daripada B dan juga dari rakan serumah yang lain. Saya berasa sedikit lega apabila tidak lagi berhubung dan berjumpa dengannya.
Hingga hari ini, saya masih dibelenggu dosa yang pernah dilakukan. Saya selalu bermimpi yang menakutkan dan dalam sebulan boleh dikatakan tiga atau empat kali bermimpi melakukan maksiat dengan B. Saya sering diserang rasa berdosa, menyesal dan takut Allah tidak dapat mengampunkan dosa saya, takut nabi tidak mengaku saya umatnya di akhirat, malah takut tidak dapat berjumpa dengan ibu bapa saya di akhirat kelak.
Awal tahun lepas, saya berusaha untuk mencari B. Tujuan saya mencarinya hanya untuk memohon kemaafan atas perkara yang kami lakukan. Saya berjaya menemui akaun Facebook B. Saya hantarkan pesanan dan memberitahu segala permasalahan yang sering membelenggu diri saya selain rasa bersalah dan menyesal.

Tapi malangnya, B hanya menjawab dia hanya memaafkan saya bila tiba waktunya.
Fikiran saya terganggu akibat daripada maklum balas yang diberikan padahal ketika sama-sama menetap di asrama dulu, B juga merelakan segalanya.
Saya runsing dengan keadaan diri saya sekarang. Saya betul-betul menyesal dengan apa yang terjadi dulu, menyesal dengan dosa yang saya lakukan.
Dr bantulah saya untuk menguatkan kembali keyakinan diri bagi menempuh hidup ini. Saya ingin menjadi anak yang solehah untuk ibu bapa saya. Saya ingin menjadi umat terbaik dan hamba Allah yang diredai. Apa yang perlu saya lakukan sekarang?

Insan kebingungan,
Perak



DR sesungguhnya amat gembira mendengar adik ingin berubah ke arah yang positif.
Keinginan adik untuk bertaubat amat disukai dan diredai Allah seperti mana firman-Nya "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri." (QS. Al Baqarah: 222)

Secara psikologinya, apabila hubungan persahabatan bertukar menjadi terlalu intim, ia boleh mewujudkan satu bentuk perhubungan yang membabitkan keinginan dan naluri seksual. Ini berlaku apabila desakan ingin disayangi, dihargai dan cinta diterjemahkan dalam manifestasi perlakuan yang boleh mendatangkan unsur keseronokan. Unsur keseronokan ini boleh berlaku dalam bentuk melakukan hubungan maksiat.
Malah, unsur keseronokan adik dan B boleh berterusan sekiranya tiada pihak yang mahu ambil inisiatif untuk berubah. Dalam konteks adik, Dr ingin mengucapkan tahniah kerana adik sudah berusaha untuk tidak terus berada dalam kesesatan.
Kebiasaannya, pihak yang ingin memberhentikan sesuatu tingkah laku bersalah pasti merasa menyesal. Seperti mana adik, rasa sesalan ini terbawa-bawa dalam aktiviti harian termasuk dalam mimpi dan tidur.
Apabila adik tidak lagi melakukan maksiat dengan B secara realitinya, keinginan seksual itu ada kalanya terjelma dalam mimpi adik. Perkara ini lama kelamaan pasti hilang.
Dr juga harap adik tidak menggunakan alasan B yang sukar memaafkan adik ketika ini sebagai helah bela diri untuk adik terus merasa bersalah. Adik sudah berusaha untuk memohon maaf darinya. Jika B masih tidak dapat memaafkan segala apa yang berlaku antara kalian berdua, itu masalah dirinya. Apa yang lebih penting adalah adik tidak lagi melakukan perkara terkutuk itu dan memohon keampunan Allah.
Adik juga memerlukan kekuatan untuk mengembalikan keyakinan diri dalam menempuh kehidupan berliku ini. Dr gembira dan melihat adik mempunyai potensi diri untuk menjadi anak solehah buat kedua ibu bapa. Dr juga yakin adik mempunyai kekuatan menjadi umat terbaik Rasulullah dan menjadi hamba Allah yang diredai.
Allah itu Maha Pengampun. Allah berfirman: "Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)
Ayat di atas pastinya membukakan pintu dengan seluas-luasnya bagi seluruh orang yang berdosa dan melakukan kesalahan. Meskipun dosa mereka sudah mencapai hujung langit sekali pun. Adik belum terlambat untuk bertaubat.
Banyak keutamaan bagi orang yang bertaubat. Di antara keutamaan orang-orang yang bertaubat adalah: Allah menugaskan malaikat muqarrabin untuk beristighfar bagi mereka dan berdoa kepada Allah supaya Allah menyelamatkan mereka dari azab neraka. Selain memasukkan mereka ke dalam syurga. Menyelamatkan mereka dari keburukan. Mereka memikirkan urusan mereka di dunia, padahal malaikat sibuk dengan mereka di langit.

Allah berfirman: "(Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepadaNya serta meminta ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): ... dan itulah kemenangan yang besar." (QS.Ghaafir: 7-9).

Semoga yang terbaik menjadi milik adik. Dr doakan adik menjadi wanita dan anak yang solehah serta umat terbaik untuk Rasulullah selain hamba yang sentiasa diredhai-Nya.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

























TAKIYUDIN #TIBAI KARPAL ISU SALUN UNISEX.



"Kita melihat isu ini daripada sudut moral dan bagaimana ia boleh meruntuhkan rumah tangga seseorang tidak kira orang Islam atau tidak.

"Kita ada banyak kes yang dimaklumkan, apabila lelaki sanggup tinggalkan rumah untuk mendapatkan khidmat wanita di salun," kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.


Beliau mengulas mengenai isu membabitkan seorang pengurus sebuah salun rambut di bandar ini, yang mendakwa disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010.


Akibatnya, dia didenda antara RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik salun menghadapi perkara sama.


Takiyuddin menegaskan bahawa pelaksanaan undang-undang pihak berkuasa di Kelantan ini adalah mengikut jantina dan bukannya terpakai bagi agama tertentu sama ada Islam atau sebaliknya.


Katanya, dasar pengasingan jantina sudah lama dilakukan dengan mengguna pakai Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut Pendandan Rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) 1986.


"Kita tidak akan mengubah dasar kita dan harap pihak terbabit faham. Sehingga kini kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan lesen bagi kedai gunting rambut uniseks. Masalah sama ada wujud atau tidak, itu masalah lain.


"Jika ada, maknanya dia sudah melanggar syarat kerana hanya kedai gunting rambut wanita untuk wanita manakala lelaki untuk lelaki saja," katanya pada sidang media, di sini, semalam.


Takiyuddin menafikan tindakan yang diambil terhadap pengurus salun itu bersifat penganiayaan kepada orang bukan Islam.


"Kita bimbang mengenai kegiatan lain dilakukan di kedai gunting rambut yang membabitkan isu moral seperti GRO (pelayan pelanggan), tempat urut dan pelacuran.


"Kita tidak mahu perkara itu berlaku walaupun hanya menjalankan kedai gunting. Kita bimbang ia akan melakukan lebih daripada itu," katanya.


Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh, berhubung isu itu yang mahu perkara sebenar dijelaskan semalam, Takiyuddin berkata, sebagai peguam, Karpal sepatutnya meneliti undang-undang berkenaan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone












WARGA #INDON KANTOI BEROMEN DIUSIR KELUAR.

Dua warga Indonesia yang terbabit dalam kes khalwat 13 Oktober lalu akan diusir keluar dari negara sebaik sahaja mereka selesai menjalani hukuman penjara.

Ketua Imigresen cawangan Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, kedua-dua warga Indonesia itu, seorang lelaki berusia 36 tahun dan wanita berusia 26 tahun masing-masing telah didapati bersalah berkhalwat dengan warga tempatan di dua bilik berasingan kira-kira jam 2.30 pagi di sebuah hotel murah di Jalan Changkat Jong, di sini .

Menurutnya, kedua-dua tertuduh dicekup pegawai pencegah maksiat Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) dengan kerjasama Jabatan Imigresen Teluk Intan yang membuat serbuan ke sebuah hotel setelah menerima aduan orang ramai.

"Lelaki dari Lombok Indonesia mempunyai permit kerja sah manakala wanita warga Indonesia tidak mempunyai dokumen perjalanan sah telah dihadapkan ke Mahkamah Syariah Teluk Intan pada 25 Oktober lalu dan telah dijatuhkan hukuman penjara.

"Lelaki ini berkhalwat dengan gadis tempatan berusia 26 tahun berasal dari Bentong Pahang yang bekerja di sebuah syarikat pembinaan di Kampung Gajah. Dia telah dijatuhkan hukuman dua bulan penjara dan dihantar ke penjara Pokok Sena, Kedah," katanya kepada  pemberita, di sini.

Khairul berkata, sementara seorang wanita warga Indonesia berusia 26 tahun dikenali sebagai Suliyati Matari ditahan kerana berkhalwat dengan  lelaki tempatan berusia 35 tahun, turut dijatuhkan hukuman lima bulan penjara dan telah dihantar ke penjara Tapah.

Menurutnya, pasport tertuduh turut dirampas Jabatan Imigersen dan dalam proses pembatalan.

Katanya, mereka akan diusir keluar dari negara ini sebaik sahaja tamat tempoh menjalani hukuman penjara malahan nama mereka akan disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan masuk semula ke negara ini.

"Kedua-dua mereka melakukan kesalahan Jenayah Syariah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1956/1963 yang menyebut warga asing terbabit dalam jenayah syariah boleh dibatalkan pasport dan diusir keluar daripada negara ini setelah didapati bersalah oleh  mana-mana mahkamah di negara ini," katanya


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone








Sunday, November 25, 2012

#KANTOI !!! NAK ROMEN JANGAN LA BISING-BISING, KAN DAH KENA.




AMPANG - Seorang pelajar wanita memberi alasan menumpang tidur di rumah teman lelakinya ketika ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, di sebuah pangsapuri di sini, awal pagi semalam.

Pasangan berusia 20 tahun itu ditahan bersama tiga lelaki lain di rumah sama pada jam 12.40 pagi.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, selepas mendapat maklumat penduduk, beliau bersama anggota penguat kuasa pergi ke rumah berkenaan.

“Difahamkan jiran berkenaan mahu menegur kerana keadaan bising di rumah sewa lelaki itu sehingga mengganggu ketenteraman awam sebelum mendapati terdapat seorang wanita di rumah tersebut

“Ketika disoal siasat, wanita itu yang merupakan penuntut sebuah kolej itu memberi alasan menumpang tidur kerana tandas di asramanya rosak.

Difahamkan wanita berkenaan sudah seminggu berada di rumah tersebut,” katanya.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

HOT!! PWTC DI SERANG..? HARAMJADAH CINA DAPig BIKIN KECOH.



Hampir 1,000 orang dari kumpulan Anti Lynas telah mula berkumpul di Monorel Titiwangsa bagi meneruskan desakan dan bantahan agar operasi kilang Lynas tidak diteruskan oleh kerajaan.

 
Kumpulan berkenaan yang terdiri dari majoriti hampir 95 peratus masyarakat Cina telah mula berkumpul sejak dari jam 1.30 petang tadi dan diberitakan sedang menunggu kumpulan perarakan hampir 2,000 orang daripada kawasan bekas ibu pejabat PAS di Gombak untuk bergabung.

 
Sebelum itu, perarakan awal hampir 2,000 orang dengan mengibarkan bendera Himpunan Hijau dan melaungkan slogan "Hentikan Lynas" berlangsung di sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya DUKE, Kampung Railway dan Sentul Pasar.

 
Menurut sumber, difahamkan kumpulan ini akan bergabung sebelum menuju ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), tempat dimana akan berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO ke 66 pada 27 November ini.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#KERAJAAN JANGAN TERLALU BERLEMBUT..

Puak2 Anti Lynas ni memang cakap menipu dan bertujuan untuk mempolitikan sahaja isu Lynas untuk tujuan politik orang2 tertentu didalam PR!


1) Dalam ucapan kepada penyokong mereka, mereka merancang untuk membuat bantahan ini secara berterusan sehingga PRU13! maknanya selepas PRU13 nanti jika dia kalah atau menang dia tak akan teruskan lagi bantahan mereka!


2) mereka sengaja menuduh kargo yang di bawa masuk pada 22 dan 23 hb Nov yg baru lepas tiada logo raioaktif dan selepas dia sedar ada logo, dia pertikaikan pulak logo tu warna tak betul..kontena pulak katanya tak sesuai dan macam2 tuduhan tanpa di sedari operasi itu dipantau secara dekat oleh 4 orang pegawai AELB sepenuh masa dan pengandalian kargo mengikut prosidur Pelabuhan .. apa kepakaran mereka nak pertikai dan memperkecilkan standard operasi pihak berkuasa? bahkan setelah di ukur radiasi nya teramat rendah sama sahaja dengan bacaan radiasi semulajadi!


3) mereka di lihat sengaja membuat provokasi supaya masyarakat penyokong Lynas bertindak kasar terhadap kumpulan mereka dan mudah lah mereka menuduh Lynas mendalangi nya dan Lynas sedang menutup kesalahan.


4) mereka yang anti Lynas ini majoriti didalangi oleh kaum cina dengan di bantu oleh beberapa pemimpin pembangkang melayu demi politik sempit mereka untuk mendapat undi kaum cina semasa PRU nanti tanpa menyedari ramai kalangan pembangkang terutama dari PAS/PKR yang sedang mencari makan dalam Lynas itu sendiri!


5) apa pun pada aku ini lah hasilnya akibat kerajaan terlalu beri muka dan berlembut dengan mereka ... mereka berani langgar semua syarat dan undang2 dan mereka juga masih diberikan peluang macam2 mencari makan dengan kerajaan sambil membantah dan memfitnah kerajaan!



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MENGAPA BARISAN NASIONAL PERLU DIBERI MANDAT BESAR???

Visi, wawasan dan hala tuju Barisan Nasional (BN), termasuk Umno, yang jelas dalam membangunkan negara adalah antara lima sebab yang digariskan oleh Perdana Menteri mengapa parti komponen itu perlu diberi mandat besar dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno berkata sebagai sebuah parti berpengalaman, Umno selaku parti tunjang dalam BN sentiasa memacu dan menggerakkan pelbagai idea dan transformasi ke arah masa depan negara yang gemilang berbanding pakatan pembangkang yang masih kabur mengenai perkara itu.

Selain itu, Umno dan BN turut merupakan satu pakatan yang terikat kepada dasar-dasar yang disokong secara bersama dan tidak ada percanggahan sama ada dari segi dasar mahupun ideologi, dan ini berbeza dengan parti lawan yang seringkali mengeluarkan pendapat yang bertentangan walaupun atas soal-soal asas dan fundamental, katanya.

"Ketiga, kita mempunyai 'track record' pencapaian yang terbukti dan tidak boleh disangkal dalam mengurus negara di mana kita juga telah dapat meyakinkan rakyat bahawa peta jalan ke hadapan adalah berdasarkan kemampuan kita untuk melaksanakannya selama ini.

"Maknanya, keyakinan rakyat bahawa kemampuan kita untuk melaksanakan agenda negara iaitu transformasi besar yang ingin kita perlihatkan," katanya dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.

Najib berkata sebagai sebuah kerajaan, Umno dan BN memiliki kekuatan moral yang kukuh dan sentiasa berpegang kepada janji di mana setiap janji yang dibuat dipastikan supaya ditunaikan serta tidak akan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi.

Beliau berkata janji kerajaan BN adalah jelas untuk kepentingan rakyat dan sentiasa ditunaikan berdasarkan prinsip janji ditepati berbanding janji pakatan pembangkang yang bertujuan memperdaya pengundi demi memenuhi matlamat untuk menakluki Putrajaya.

Pengerusi BN berkata sebab terakhir yang perlu diberi perhatian ialah rakyat tidak perlu menggadai masa depan dengan menyerahkan negara kepada parti yang tidak boleh menjanjikan masa depan lebih baik ketika kredibiliti mereka juga dipertikaikan.

"Masa depan kita, masa depan anak-anak kita terlalu mahal untuk diperjudikan, sebaliknya dengan Barisan Nasional tahap keyakinan lebih tinggi... ini dapat dilihat dari segi prestasi pasaran dengan kemasukan pelabur-pelabur dari dalam dan luar negara," katanya.

Mengenai mengapa orang Melayu tidak menggunakan agama sebagai asas penyatuan seperti yang dilakukan kaum lain, Najib berkata: "Orang Melayu telah dikelirukan dengan hasutan dan fitnah yang bertalu-talu terhadap pemimpin Umno dan Umno itu sendiri, walaupun dakyah-dakyah tersebut merupakan serangan politik dan tidak ada asasnya."

Najib berpendapat orang Melayu juga terpedaya dengan imej luaran seperti label parti yang dikatakan parti Islam dan rupa pemimpin yang mereka anggap lebih Islamik.

Beliau berkata sepatutnya sesebuah parti itu dinilai dari segi pengisian dan agenda yang boleh meninggikan perjuangan dan syiar Islam, dan Umno telah membuktikan parti itu dapat memperjuangkan tuntutan Islam berdasarkan Maqasid Syariah.

"Sejak dulu lagi kita perjuangkan Islam, bermula dengan Perlembagaan, pembentukan institusi-institusi Islam serta program-program Islam yang kita telah wujudkan dan martabatkan seperti perbankan Islam," katanya.

Ditanya harapan beliau kepada para perwakilan selepas tamat perhimpunan kali ini, Najib berharap seluruh warga Umno yang hadir dapat menghayati mesej yang diterapkan seterusnya menterjemahkan dalam bentuk tindakan serta sikap masing-masing.

"Umpamanya, banyak penegasan akan dibuat tentang bagaimana mereka harus mendepani cabaran PRU-13 dan bagaimana kita harus meletakkan persediaan kita secara mantap bukan sahaja dari segi persiapan fizikal seperti bilik gerakan, bantuan material dan sebagainya tetapi juga dari segi semangat dan sikap untuk meletakkan kemenangan pilihan raya sebagai yang perlu diutamakan dan tidak ada apa-apa perhitungan yang lain meskipun sesuatu itu memang sangat dihajati oleh kita," katanya.


Beliau juga berharap perwakilan yang berbahas mampu mengupas, menjawab dan menangkis sebarang isu nasional serta tohmahan yang dihalakan kepada parti. - Bernama



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, November 24, 2012

HEBATNYA TUN DR #MAHATHIR MOHAMAD..!!!

1. Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.


2. Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. "Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita," - Tun Mahathir.


3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.


4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.


5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.


6) Dia juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.


7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.


8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.


9) Dia lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.


10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.


Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..


Siapa dia? Ya.. dialah..


TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia. Bukan Hadi Awang atau Nik Aziz ..... Syabas & Terima kasih Tun!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saman #NurulIzzah Terhadap @Utusan Bermotifkan @Politik

SETIAP kali ada ahli parlimen Pakatan haram ini mengambil tindakan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia, penulis sudah tau awal-awal lagi tujuan saman itu bukan kerana Utusan ada melakukan kesalahan, tapi kerana bermotifkan politik.


Sistem bermahkamah di Malaysia ini kita perlu tahu, sarat dengan persoalan prosedur dan tafsiran undang-undang oleh hakim.  Berapa hakim ada di negara ini, sebanyak itulah tafsiran undang-undang yang ada.  Sehinggakan Anwar Ibrahim terlepas dakwaan meliwat Saiful Bukhari kerana hakim rasa 'tak selamat'.


Selamat, tak selamat, jubor budak dah lunyai ditarah Anwar.


Sama jugalah macam saman Nurul Izzah ke atas Utusan yang difailkan semalam.  Terang-terang Nurul Izzah sebut kebebasan beragama patut dibuka kepada orang Melayu, dia ke Mahkamah saman Utusan bawa persoalan menggalakkan murtad (rujuk tuntutan plaintif).


Sudah tentulah persoalan murtad itu datang dari isu yang utama –  memberi kebebasan beragama kepada orang Melayu yang majoriti orang Islam seperti disebut Nurul Izzah dalam satu forum di sebuah gereja di Subang Jaya beberapa minggu sudah.


Pendek kata disiini, Izzah main persoalan undang-undang, bukan persoalan fakta.


Kita perlu ingat, faham pemimpin Pakatan haram ini dengan faham rakyat biasa berlainan.


Izzah boleh kata kebebasan beragama patut diberikan kepada orang Melayu, tapi dia tidak bermaksud menggalakkan murtad!!  Eh, macam mana tu, kebebasan beragama kepada orang Melayu bukankah bermaksud oramg agama boleh suka-suka hati keluar agama Islam aka murtad?


Nik Aziz begitu juga, dia boleh kata UMNO tolak Islam, UMNO tolak al-Quran tapi bila orang kata Nik Aziz tuduh UMNO kafir dan murtad, Nik Aziz selamba beruk nafikan.  Eh, orang Islam yang tolak al-Quran, tolak Islam bukan murtad dan kafir ke?


Inilah bebal pemimpin Pakatan haram kalau rakyat nak tau.  24 jam kerjanya menipu dan mengelirukan orang saja kerjanya.


Sebab itu Malaysiakini yang pertama siarkan kenyataan Nurul Izzah membawak maksud orang Melayu juga patut diberi kebebasan beragama, boleh terlepas dari tindakan undang-undang oleh Nurul Izzah.


Adil sangatlah tu, kebebasan media sangatlah tu.


Tapi penulis yakin, saman-saman semua ini makin mematangkan akhbar tersebut.  Malah tak keterlaluan kalau penulis  katakan, saman ini membuka jalan kepada lebih banyak pendedahan berani di masa depan sebab dah tau dah selok belok permainan undang-undang puak ini. mykmu


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, November 22, 2012

PERHIMPUNAN #BOGEL DEPAN @PARLIMEN BANTAH #LYNAS





Selepas kegagalan demonstrasi Bersih 2.0, Bersih 3.0 serta Bersih Ambang Malam Merdeka yang berakhir dengan pelbagai aksi ganas dan memalukan, kini kempen berjalan kaki pula dianjurkan oleh pihak pembangkang kononnya demi menyelamatkan alam sekitar dan nyawa manusia.


Kempen perarakan berjalan kaki yang disertai beberapa puluh orang peserta itu kini dalam perjalanan dari Kuantan ke Dataran Merdeka dengan anggaran jarak perjalanan sejauh 300km sempena bantahan terhadap kilang pemprosesan bahan nadir bumi (rare earth) Lynas Advanced Material Plant (LAMP).


Jangkaan awalnya mereka akan sampai di Dataran Merdeka pada 25 November 2012, sesudah itu keesokan harinya mereka mahu berkonvoi untuk berhimpun pula di Bangunan Parlimen bagi menyampaikan bantahan terhadap Lynas.


Mengikut laporan terkini pula, perancangan berarak ke Bangunan Parlimen telah dibatalkan sebaliknya diganti pula dengan rancangan ala anti PTPTN yakni dengan berkhemah di Dataran Merdeka.


Tika ini bahan nadir bumi banyak diproses oleh negara China yang memonopoli dan menguasai sekitar 90-97% pengeksportan bahan tersebut untuk menampung keperluan industri pembuatan elektronik serta pelbagai lagi bidang lain. 


Kira-kira dua minggu lalu, Mahkamah Tinggi dalam keputusannya telah membenarkan kilang Lynas beroperasi selepas menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) oleh tiga penyokong PR yang berasal dari Kuantan.


Keputusan tersebut disambut gembira oleh kira-kira 500 orang pekerja dan kakitangan Lynas yang sebahagian besarnya adalah anak tempatan dan terdiri daripada kalangan orang Melayu Islam. 


Masing-masing tidak lupa menadah tangan memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat Illahi sambil linangan air mata luruh satu persatu membasahi bumi, satu reaksi spontan yang agak menyentuh hati. 


Berbeza pula dengan sekumpulan kira-kira 200 orang penyokong PR khususnya daripada Cina DAP dan Cina PKR serta NGO HIJAU Anti Lynas yang turut berhimpun di perkarangan mahkamah yang sama, suasana agak hiruk piruk dengan nada kemarahan dan protes selepas keputusan penghakiman Mahkamah diketahui.


Tidak cukup dengan itu, lima hari kemudiannya NGO HIJAU Anti Lynas yang pro PR mengambil langkah songsang yang dikira satu penghinaan terhadap Mahkamah apabila melancarkan kempen berjalan kaki sejauh 300km sebagai bantahan terhadap Lynas.


Semua peserta perarakan berjalan kaki anti Lynas itu tidak datang sehelai sepinggang. Pelbagai gadget elektronik seperti Iphone, Galaxy Tab, Ipod serta pelbagai SmartPhone dan lain-lain yang komponen dalamannya diperbuat dari bahan nadir bumi dibawa bersama.


Bila terluang masa, mereka mengemaskini akaun sosial facebook dan tweeter untuk menghebahkan aktiviti mereka dan menghubungi kaum keluarga dengan menggunakan pelbagai gadget elektronik.


300km berjalan kaki membantah pemprosesan bahan nadir bumi dengan membawa bersama-sama elemen nadir bumi dalam poket dan beg masing-masing. Haru. Nampak sangat betapa hipokritnya golongan yang membantah kilang pemprosesan nadir bumi Lynas. 


Pemimpin PR serta penganjur gimik murahan berjalan kaki ini mungkin merasakan tindakan mereka akan menarik perhatian khalayak umum, itu biasalah sebab sudah menjadi resam pembangkang di negara kita ini gemar tenggelam dalam lamunan syok sendiri.


Tanpa mereka sedari, lebih banyak tindakan kebudak-budakan yang mereka lakukan semakin membogelkan diri mereka sendiri. Malah mengundang perasaan mual dan pandangan jelik dari masyarakat umum terhadap parti pembangkang.


Sama ada perhimpunan di Bangunan Parlimen ataupun perkhemahan di Dataran Merdeka yang mana satu menjadi kenyataan, maknanya tetap sama seperti kita tengok sekumpulan manusia berhimpun atau berkhemah sambil berbogel mendedahkan sikap hipokrit masing-masing. Bukan begitu? YDP SHAM.





Tuesday, November 20, 2012

TERKINI!! DATUK NORIAH KASNON MENTERI WANITA YANG BARU.

Noriah Kasnon Dilantik Timb Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 


Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon akan dipindahkan ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai timbalan menteri yang berkuat kuasa pada Selasa.


Ia berikutan dengan pelepasan jawatan bekas timbalan menteri dan naib pengerusi Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie selepas tempoh senatornya berakhir pada Khamis lepas.


"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju supaya Datuk Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ditukar jawatan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuatkuasa 20 November 2012," katanya.


Noriah sebelum ini pernah menyandang jawatan sama pada Mac 2008 hingga April 2009


"Sebagai penghargaan kepada pengalaman dan perkhidmatannya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju untuk melantik beliau sebagai penasihat untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat," kata Ali.


Heng dilantik sebagai senator pada 16 November 2006.


Di bawah Perlembagaan Persekutuan, seseorang itu hanya boleh memegang jawatan senatornya untuk tempoh tiga tahun berturut-turut.


Posted by DURHAKA DERKHALA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Usul Tergempar Kecam Serangan #Israel Ke Atas #Gaza Dibentang.

Usul tergempar bagi mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza dibentang di Dewan Rakyat hari ini.


Usul bertajuk 'Mengecam Serangan Kejam oleh Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza' dan mengandungi 10 ketetapan itu telah dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.


Najib kini berada di Phnom Penh bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-21 dan sidang-sidang kemuncak berkaitan.


Perdana Menteri berkata serangan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta merupakan jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 mengenai Perlindungan Orang-Orang Awam Dalam Masa Perang.


Katanya rakyat Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alas an bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan ke atas wilayah Palestin di Gaza, dan dengan itu menolak tindakan hukuman kolektif yang diambil ke atas rakyat Palestin di Gaza.


Beliau berkata rakyat Malaysia berasa sangat dukacita dan kesal dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa terutamanya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menghentikan dengan serta-merta keganasan Israel yang dilakukan ke atas wilayah Palestin di Gaza.


Sepuluh ketetapan itu ialah antaranya mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua, kemusnahan harta benda dan infrastruktur serta menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari wilayah Palestin di Gaza dan Tebing Barat.


Selain itu, menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat ketetapan supaya Israel menghentikan dengan serta-merta serangan ketenteraannya ke atas wilayah Palestin di Gaza melalui gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menguatkuasakan gencatan senjata tersebut.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#NGO #Islam BIDAS DOA 'KO @BN'.

Ikatan Muslim Malaysia (Isma) menegaskan Pas tidak wajar memberi perumpamaan Umno-Barisan Nasional (BN) seperti firaun yang kejam dan zalim dalam doa selepas solat hajat sempena muktamar parti itu, Jumaat.


Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, kalau dilihat dari segi perjuangan Umno pada hari ini tidak sama seperti firaun yang mahukan menghancurkan agama dan orang Islam.


"Pemimpin Umno juga bukan pemimpin angkuh dan tidak boleh dikategorikan sebagai pemimpin yang menentang Islam.


"Mereka mentadbir dan memerintah negara ini dengan cara munasabah. Jadi, jika ada kelemahan, perlulah di doakan perkara kebaikan bukannya kehancuran," katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Abdullah Zaik turut mempersoalkan mengapa sebelum ini Pas boleh menerima dan tidak mendoakan kehancuran golongan Erdogan di Turki yang mengamalkan dasar sekular.


"Jika golongan Erdogan ini berjuang dalam situasi mereka, Umno-BN pun berjuang dalam konteks situasi sebagai sebuah parti yang memimpin kerajaan berbilang bangsa," katanya.


Beliau berkata, dalam agama Islam, amalan mendoakan kehancuran dan keburukan kepada orang lain tidak boleh dilakukan termasuk kepada umat Islam sendiri.


Beliau berharap Pas kembali kepada kesederhanaan dalam berpolitik.


Sementara itu, Pertubuhan Pembela-pembela Islam (Pembela) pula menegaskan mana-mana parti yang berlandaskan Islam dalam perjuangan mereka tidak sepatutnya bertindak mendoakan kehancuran kepada orang lain kerana perkara ini tiada dalam nas dan Al-Quran.


Pengerusinya, Aminuddin Yahya berkata, tindakan ini secara tidak langsung akan menggalakkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu Islam.


"Doa ini memberikan pengertian yang tidak adil kepada parti pemerintah yang telah banyak menaburkan bakti kepada negara," katanya.


Beliau berharap, kedua-dua parti politik Melayu Islam perlu duduk berbincang untuk mengelakkan banyak lagi salah faham pada masa akan datang.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Hadi Nak Jadi #PM ? Langkah Mayat @Anwar Dulu.

Ramai pemerhati politik tersenyum sinis apabila Dewan Ulamak PAS serta para perwakilan di Muktamar PAS Ke 58 tempohari bersungguh-sungguh menyarankan  Abdul Hadi Awang dilantik sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU 13.


Maka kembanglah hati seketika sebahagian ahli dan penyokong PAS yang hadir, tanpa menyedari saranan tersebut akhirnya hanya akan dibakul sampahkan oleh PR sama seperti nasib yang dialami oleh manifesto negara Islam dan hudud PAS.


Bagi yang celik akal pastinya tahu saranan sedemikian hanyalah sekadar propaganda untuk menyedapkan hati ahli dan penyokong PAS yang kian merasakan mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk memenuhi cita-cita politik Anwar Ibrahim.


Namun bagi ahli dan penyokong PAS yang totok balaci setaraf keldai, mainan propaganda itu cukup untuk membuatkan mereka lebih teruja dan bersemangat dalam menempuh liku-liku PRU 13 kelak.


Selama ini umum mengetahui PR sejak lama dulu sudah muktamad mempotretkan Ketua Umum PKR adalah calon PM yang paling layak, kini bila tiba-tiba sahaja PAS tampil dengan saranan calon PM dari puaknya, tentulah menggelikan hati ramai.


Tambah menggelikan hati lagi bila mana ketika di Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PR di Stadium Sultan muhammad ke IV Kota Bharu pada malamnya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula secara terbuka mengumumkan bahawa Anwar Ibrahim adalah calon muktamad PR sebagai PM.


"Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh bukan keenam," demikian kata Lim Kit Siang tanpa sedikitpun rasa segan dengan para pemimpin PAS yang menjadi tuan rumah bagi majlis himpunan itu beberapa malam lepas.


Tak perlu pemimpin BN bersuara mempersoalkan atau mempertikaikan kesungguhan PAS untuk menobatkan Presidennya sebagai calon PM, sebaliknya Pengerusi DAP sendiri yang dengan selambanya menolak hadi jatuh terduduk dan malu sendiri.


Hanya berselang beberapa puluh jam sahaja, tembelang propaganda PAS pecah. Lagi mengharukan pengumuman oleh Lim Kit Siang itu dibuat dihadapan ribuan penyokong PAS dan di kubu kuat PAS sendiri. Mana Hadi nak letak muka?


Betullah kata beberapa orang pemerhati politik yang menghadiri Muktamar PAS di PUTIK Pengkalan Chepa tempohari, katanya, saranan PAS untuk meletakkan Hadi sebagai calon PM seumpama menyuruh Hadi melangkah mayat Anwar.


Sebagaimana PAS tak berani untuk melangkah mayat Karpal Singh ketika kecoh isu negera Islam suatu ketika dulu, sama saja kini PAS mahupun Hadi tidak mungkin berani menonjolkan kejantanannya bila timbul isu calon PM yang sudah lama menjadi buruan peribadi Anwar Ibrahim.


Akhirnya, PAS sekali lagi membuktikan pada khalayak hakikatnya mereka hanyalah setakat layak menjadi pencacai dan balaci. Tidak lebih dan tidak kurang. Itulah nasib sang keldai dan lembu tunggangan, wajib taat pada tuannya.

Abang Lebai Kassim


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, November 6, 2012

SULTAN SELANGOR PUN KESAL DENGAN NURUL IZZAH.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam.

"Sebagai penasihat kepada Sultan Selangor, MAIS akan terus bertegas dalam membantu baginda untuk bersikap waspada, peka dan tegas terhadap mana-mana pihak yang sama ada secara langsung atau tidak langsung mencabar kemurnian agama Islam baik dari segi fahaman mahupun amalan, khususnya di Selangor," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan portal berita pro pembangkang yang memetik Nurul Izzah pada forum "Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab" di Subang Jaya, Sabtu lepas, berkata setiap rakyat di negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.

Bagaimanapun semalam, selepas dikritik pelbagai pihak, Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan di dalam laman sosial Facebook-nya menafikan bahawa beliau menyokong gejala murtad.

Mohamad Adzib berkata pihaknya khuatir kenyataan seperti itu boleh mengelirukan dan mempengaruhi orang Melayu beragama Islam dalam negeri Selangor berikutan ia dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan parti komponen pakatan pembangkang yang mentadbir negeri itu.

Beliau menegaskan bahawa berdasarkan ajaran Islam, kebebasan beragama hanya terpakai kepada orang bukan Islam yang mana mereka bebas untuk memeluk agama Islam atas kesedaran dan kemahuan diri mereka sendiri serta tanpa sebarang paksaan.

"Bagaimanapun, setelah memeluk agama Islam, mereka tidak boleh dengan bebas memilih agama lain dan keluar dari agama Islam. Perkara sama terpakai kepada orang Melayu yang beragama Islam di mana orang Melayu juga tidak boleh dengan bebas memilih agama lain dan keluar dari agama Islam kerana mereka semua perlu mematuhi semua ajaran agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W," katanya.

Mohamad Adzib berkata Islam juga adalah syarat yang menentukan status sebagai seorang Melayu seperti yang diperuntuk dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, beliau berkata pemikiran liberalisme atau pluralisme amat bahaya kerana akan menghakis hak kedudukan dan keistimewaan orang Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga menitahkan soal-soal berkaitan agama Islam jangan dipolemikkan dan dijadikan modal politik untuk kepentingan pihak tertentu kerana boleh mengelirukan dan memesongkan fahaman umat Islam berkaitan agama Islam.

"MAIS bertegas bahawa apa-apa pun agenda mahupun tindakan berorientasi politik tidak boleh sekali-kali menggadai kedudukan, kefahaman dan pelaksanaan Islam di negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya. Walau apapun, MAIS mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya," katanya.

Sunday, November 4, 2012

NAIB PRESIDEN PAS BAKAL BERENTAP DENGAN MB JOHOR DI PRU 13.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub tidak menolak kemungkinan akan bertanding bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Serom pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), yang kini disandang Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.


Menurutnya, beliau kini bersedia untuk menentang pemimpin nombor satu di negeri ini sekiranya pucuk pimpinan parti mengarahkannya untuk bertanding di Dun berkenaan.


"Siapa pun di dalam parti tidak kira memegang jawatan Presiden atau sebagainya perlu ikut arahan diberikan.


"Sebab itu bila parti mengarahkan saya untuk pulang ke Johor dan bertanding di sini, saya patuh dan meninggalkan Kelantan.


"Jika parti arah saya untuk lawan Menteri Besar di Dun Serom, saya akan patuh," katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejutan dan kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan pada PRU13, yang kini disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin.


Salahuddin yang merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kesediaannya untuk bertanding di Dun Serom itu selari dengan nada yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Marang (Abdul Hadi).


"Saya akan patuh seperti mana Presiden Pas sendiri. Ia akan berlaku sekiranya parti memutuskan ia kelak," katanya.


Ditanya persiapan jentera parti sekiranya beliau bertanding di Dun Serom, beliau berkata, semua jentera Pas di negeri ini sudah bersedia untuk memastikan kemenangan Pas dan calon-calon pakatan pembangkang di setiap kerusi yang ditandingi.


"Jentera tidak mempunyai masalah. Jika pemimpin (calon) sendiri sudah bersedia untuk berkorban, jentera Pas juga akan berjuang seperti mana dilakukan sebelum ini.


"Mereka (jentera) sentiasa taat dan patuh kepada parti serta kepimpinan," katanya.


Selain itu, Salahuddin berkata, pembahagian kerusi dalam kalangan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini sudah 95 peratus selesai sekali gus tidak timbul dakwaan berlakunya masalah berhubung perkara berkenaan

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, November 2, 2012

Dr. BADRULAMIN BAHRON DITAHAN DALAM PROGRAM CUBAAN HIDUPKAN AL-ARQAM.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron antara beberapa individu telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika menyerbu sebuah konsert khas yang dipercayai cuba menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam di Bandar Country Home, Rawang


Utusan Malaysia melaporkan Badrulamin ditahan kira-kira pukul 10 malam malam tadi.


Menurut sumber, Badrulamin merupakan tetamu kehormat konsert yang diadakan sempena sambutan ulang tahun kelahiran pengasas dan pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad.


Jurucakap JAIS berkata, konsert yang bertemakan "Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib" itu dihadiri kira-kira 3,500 orang.


"Konsert ini didapati melanggar arahan mufti dibawah Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu membantu menghidupkan fahaman Al-Aqram," katanya.


Al-Arqam diharamkan di negara ini pada 1994.


Badrulamin seperti dilaporkan The Malaysian Insider mengakui hadir ke program itu kerana dijemput oleh Global Ikhwan Sdn Bhd.


Global Ikhwan Sdn Bhd adalah syarikat yang menaungi Al-Arqam yang diterajui oleh Hatijah Aam, balu Ashaari Mohamad.


Dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider, Badrulamin menjelaskan, keluarganya merupakan pelanggan Global Ikhwan dan pihaknya menerima jemputan untuk menghadiri majlis tersebut secara umum, dan bukannya atas jemputan khas.


"Jemputan hanya bersifat umum dan tiada jemputan khusus untuk saya … saya datang bersama isteri dan anak-anak untuk makan sambil menikmati persembahan kesenian Islam dan bersantai.


"Saya diletakkan di meja tamu sebab rasa hormat mereka, dan memang khemah lain tiada meja pun … ahli jemaah (Global) Ikhwan mengenali saya dan isteri kerana (kami) sering membeli keperluan dapur di pasaraya Ikhwan … ia menyediakan produk makanan buatan orang Islam," katanya.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PANASS !! RASUAH UNTUK DAPAT PROJEK PEKARA BIASA DALAM PAS??

Inilah amalan Pas Kedah selama ini yang mengunakan pelbagai cara untuk dapatkan sesuatu projek diluar bahkan didalam negeri sekali pun dengan merasuah atau mengunakan wang untuk melobi projek..


Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang membuat laporan SPRM di Putrajaya baru baru ini berhubung isu projek pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea yang didedahkan dala laporan audit negara.


Keng Liang berkata, banyak keraguan timbul apabila Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyebut terdapat pembayaran goodwill (sogokan/penghargaan) kepada vendor bagi kerja-kerja yang dilakukan di Papua New Guinea seperti meneroka tanah, melobi menteri dan tuan tanah.


Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan Kedah Corporation Berhad (Kedah Corp), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar mengalami kerugian RM13.49 juta selepas pelaburan dalam projek pembalakan dan perladangan di negara itu bernilai RM31.21 juta menemui kegagalan.


Sebenarnya kaedah lobi melobi ni bukan baru dalam Pas, malah ada beberapa projek sebelum ini pun mereka gunakan kaedah yang sama tak kira samaada mereka melobi atau dilobi oleh pihak luar..


Kadang kadang geram jugak dengan otak jumud puak puak Pas ni..Kalau depa buat tak jadi masalah..Tapi bila BN buat dah tentu ada demo depan Wisma Darul Aman tu..


Memang gila betul la puak Pas ni, bayar duit lobi projek kat menteri Papua pun dah berjuta juta dibelanjakan..Tapi hasilnya habuk pun takdak.. pemuda melayu kedah

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...