Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Lembaga Disiplin #Umno Terus Pantau Kes #Sabotaj

Pages

Friday, December 7, 2012

Lembaga Disiplin #Umno Terus Pantau Kes #Sabotaj

Pemantauan berterusan akan dilakukan oleh Lembaga Disiplin bagi memastikan anggota Umno tidak mengkhianati perjuangan parti menerusi perbuatan sabotaj menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


"Kita akan memantau bagi memastikan Umno hanya akan meletakkan calon yang boleh menang dan tak akan sabotaj," kata Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail.


Sehingga kini, selepas dua ahli dari Semporna Sabah dipecat kerana perbuatan sabotaj, pihaknya belum menemukan sebarang kes lain, kata Rithaudeen lagi.


"Dua kes itu sahaja yang dilaporkan setakat ini. Dua itu sahaja yang bermasalah. Tetapi kita akan terus pantau. Ini sangat penting," kata beliau kepada Sinar Harian Online.


Bulan lalu, selain dua ahli yang dipecat, Umno turut menggantung tiga tahun ahlinya juga dari bahagian Semporna, Nisfu Palah yang didapati terlibat dengan kesalahan fasal 20.8 (b) dan (c) Perlembagaan Umno Dibaca Bersama Perkara 3.1.2 dan 3.1.4 Tataetika Ahli Umno.


Empat yang lain, Syed Atif Syed Abu Bakar dan Abdul Halim Abdullah Sunny dari Arau, Yaacob Man (Padang Besar) dan Biswardi Mohamad Hasbi (Kangar), masing-masing diberikan amaran.


Sementara Datuk Zahidi Zainul Abidin dari Padang Besar didapati tidak bersalah.


Keputusan itu hasil daripada persidangan anggota Lembaga Disiplin pada 6 September dan 8 Oktober lalu.


Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2012, Sabtu lalu menyatakan bahawa beliau hanya punya sedikit kebimbangan menjelang PRU13.


"..... yang saya khuatir, sikit... apa itu?," soal Najib


Apabila diminta menceritakan apa yang dimaksudkan oleh Pengerusi Tetap Umno, Najib menyambung ayatnya "yang saya khuatir, soal kita, kita sesama kita (dalam parti)," ujar beliau.


Menurut Najib, beliau yakin Barisan Nasional dapat memperoleh kemenangan mejoriti dua pertiga dalam PRU13 ini jika ahli Umno tidak mengamalkan sabotaj dan menerima calon 'winnable candidate' yang diputuskan oleh parti.


"Saya percaya musuh kita tidak kuat… saya yakin orang ramai akan memihak kepada BN," tegas Najib yang juga turut mengemukakan soalan cepumas bersabit isu calon.


Ekoran kenyataan Najib itu pelbagai pihak dalam Umno termasuk pimpinan negeri mendesak mereka yang tidak menghayati perjuangan sebenar parti itu dan berniat sabotaj jika tidak dipilih sebagai calon supaya keluar dari Umno.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...