Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Suami Datuk Siti Nurhaliza Patah Bahu Dalam Kemalangan Jalan Raya.

Pages

Thursday, December 13, 2012

Suami Datuk Siti Nurhaliza Patah Bahu Dalam Kemalangan Jalan Raya.



Berita duka untuk Datuk Siti Nurhaliza hari ini apabila suaminya Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K telah mengalami kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand.


Kemalangan yang berlaku kira-kira jam1 tengahari tadi Khamis (5petang, New Zealand) telah menyebabkan Datuk K mengalami kecederaan pada tangan dan kaki serta bahu beliau juga telah patah.


Adik kepada Datuk K iaitu Datin Zaiton Mohamad Jiwa mengatakan bahawa akan berangkat ke New Zealand pada hari Jumaat (esok) bersama Datuk Siti Nurhaliza untuk melihat keadaan Datuk K disana.


Datuk Siti Nurhaliza terpaksa membatalkan konsert yang bakal berlangsung di Banjarmasin, Indonesia.

Sent by kamuntingcentral.blogspot.com from Perak Cycber Troopers

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...