Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: #Pelacur Di Tangkap Ketika Mencari Pelanggan.

Pages

Tuesday, December 11, 2012

#Pelacur Di Tangkap Ketika Mencari Pelanggan.


Seramai 45 wanita warga asing dipercayai pelacur ditahan polis ketika mencari pelanggan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan P Ramlee, di sini, kelmarin.


Serbuan dijalankan Bahagian Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi itu turut mencekup seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang asyik melayan pelanggan berhibur dalam pusat hiburan terbabit.


Ketua Operasi, Asisten Superintendan Mohd Hatta Che Din berkata, operasi yang bermula jam 1 pagi itu dibantu 13 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).


"Wanita yang ditahan terdiri daripada warga Vietnam dan Indonesia berusia 18 hingga 30-an yang rata-rata menyalahgunakan pas lawatan sosial.


"Lebih 200 pengunjung pusat hiburan itu diperiksa dan kami menahan lima lelaki dipercayai penjawat awam dalam serbuan terbabit," katanya.


Hatta berkata, pusat hiburan itu menjadi tumpuan pelancong asing dan anak muda untuk mendapatkan khidmat seks wanita warga asing terbabit yang menawarkan harga murah.


Katanya, semua yang ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tujuan dokumentasi dan soal siasat.
-Hmetro

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...