Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: #Pelajar Tingkatan 3 Kena Cabul Dalam Rumah Sendiri.

Pages

Wednesday, December 19, 2012

#Pelajar Tingkatan 3 Kena Cabul Dalam Rumah Sendiri.

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun hanya mampu menitiskan air mata apabila dicabul kehormatannya oleh dua lelaki dalam kejadian di rumahnya di Simpang Empat, di sini.


Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang Isnin lalu apabila mangsa dicabul bersilih-ganti oleh kedua-dua suspek berusia 20-an dan 50-an di dalam bilik yang sedang diubahsuai ketika tinggal seorang diri.


Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, ketika kejadian suspek berada dalam rumah sebelum menyedari kedatangan dua lelaki tidak dikenali.


“Mangsa bertemu dengan dua lelaki terbabit yang mahu berjumpa ayahnya. Gadis itu memberitahu ayahnya tiada di rumah lalu masuk semula ke dalam rumah, tetapi tiba-tiba seorang daripada suspek menariknya ke dalam bilik.


“Tangan mangsa dipegang warga emas berkenaan sebelum seorang lagi mencabulnya dengan meraba bahagian badan termasuk payu dara mangsa bergilir-gilir.


“Mangsa cuba bergelut bagi melepaskan diri, namun gagal sebaliknya cedera di pergelangan tangan sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF),” katanya di sini, semalam.


Menurutnya, kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri dengan menaiki motosikal, dan pihak polis kini sedang memburu mereka untuk membantu siasatan.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...