Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: @BarackObama Maafkan Aksi Anti-Amerika Psy.

Pages

Wednesday, December 12, 2012

@BarackObama Maafkan Aksi Anti-Amerika Psy.


Penyanyi rap terkenal Korea Selatan, PSY, yang popular dengan lagu Gangnam Style telah memohon maaf kerana pernah mengambil bahagian dalam protest anti-Amerika Syarikat (AS) beberapa tahun lalu.


Dalam konsert protest anti-AS yang disertainya pada tahun 2002 itu, beliau telah merosakkan model kereta kebal AS di atas pentas.


Beliau mengeluarkan kenyataan terbuka itu selepas media AS melaporkan pernah melakukan konsert membantah kehadiran AS di Korea Selatan dan Iraq.


Penyanyi yang terkenal dalan rangkaian media internet itu turut berkata beliau meminta maaf selama-lamanya atas kesalahan yang dilakukan.


PSY mengadakan persembahan tahunan dalam sebuah rancangan istimewa sempena Krismas yang dikenali sebagai "Christmas in Washington" pada Ahad lalu.


Ia akan disiarkan pada 21 Disember ini menerusi TNT.


Selain PSY, turut mengadakan persembahan ialah Diana Ross, Demi Lovato, Megan Hilty, Scott McCreery dan Chris Mann.


Presiden AS, Barack Obama serta keluarganya menghadiri konsert berkenaan.


Lagu hit PSY iaitu Gangnam Style menjadi antara video paling popular di kalangan penonton YouTube dengan mendapat 900 juta penonton sejak ia dimuat naik pada Julai tahun ini.


"Saya rasa bersyukur kerana saya mula belajar untuk mentafsir lirik dan memohon maaf tas keterlanjuran saya yang lalu," katanya dalam satu kenyataan.


"Saya minta maaf seumur hidup saya kepada sesiapa yang pernah terkesan dengan lirik lagu saya," ujarnya lagi.


Beliau turut menambah, "saya telah diberi penghormatan untuk membuat persembahan di hadapan tentera AS dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan saya berharap seluruh warga AS dapat menerima permohonan maaf saya,".


Penglibatan PSY dalam protes anti-AS itu merupakan rahsia di Korea Selatan dan tidak diketahui oleh US sehinggalan agensi berita AP melaporkan perkara itu.-Sinarharian


No comments:

Post a Comment

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...