Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: OSTAZAH ABBY 'BOGELKAN' PAS PULAK.

Pages

Sunday, December 30, 2012

OSTAZAH ABBY 'BOGELKAN' PAS PULAK.

Tiada siapa menyangka, seorang artis yang mencapai tahap veteren boleh terjebak ke dalam politik kepartian. Pada mulanya dia memberikan alasan untuk berhijrah kononnya parti pilihannya adalah parti agama. Namun lebih mengejutkan artis itu yang usianya sudah agak berusia itu tanpa segan silu begitu rancak membuat fitnah kepada umat islam diatas nama parti politik anutannya sekarang.

Untuk masuk kemana mana parti politik, itu tidak dilarang sama sekali kerana negara ini adalah negara demokrasi. Tetapi apabila masuk ke dalam politik diatas alasan berhijrah dan kemudian tanpa segan silu membuat cerita fitnah kesana kemari, adakah itu hijrah yang dia maksudkan sebelum ini?

Artis veteren ini tanpa segan atau malu, memfitnah orang islam menjual tanah Felda, merampas tanah rakyat dan menganiaya rakyat miskin. Tetapi adakah beliau sedar, bahawa selama ini parti anutannya telah melakukan perkara yang dia tuduhkan itu kepada orang lain ?

UMNO tidak pernah merampas tanah rakyat secara zalim, tidak menipu orang orang Felda malah UMNO lah yang memulakan Felda. Sedangkan PAS yang beliau agungkan sebenarnya langsung tidak mempedulikan hal kebajian rakyat. Lebih dua puluh tahun PAS memerintah, masalah air masih menjadi isu di Kelantan. Begitu juga dengan tanah orang asli yang dirampas atas nama Ladang Rakyat sedangkan tanah itu dijual kepada syarikat Singapura. Dan hak orang asli telah dinafikan.

Dan terbaru, PAS telah kantoi dalam isu menggadaikan tanah di Kelantan kepada dua cina bersaudara daripada DAP semata mata untuk menaikkan seorang ahli mereka menjadi MB di Perak pada tahun 2008. Adakah ini semua bukan kezaliman? Atau adakah ini dianggap sebagai rahmat tuhan kepada rakyat jika mengikut kefahaman kepartiannya ?

Tepuk dada tanyalah iman. Beliau mungkin boleh cuba menipu umat islam dengan penampilan muslimahnya sekarang tetapi dari segi perbuatan dan lafaz yang dia lakukan, umat islam tahu beliau hanyalah salah seorang penipu dan pemfitnah yang bertopengkan agama, sama seperti parti politik yang dia sokong sekarang.


2 comments:

  1. Sijanda ni gila nak jdi calon.... Ilmu tak stakat mana, cakap entah apa2, ikut sedap mulut je.... Nak kluar kenyataan pun biarlah ada fakta jangan londehkan kebodohan.... Malu weh....

    ReplyDelete
  2. Free Download HENTAI, ECCHI, GAME, MANGA

    just Click http://small-manga.blogspot.com

    UPDATE DAILY!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...