Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Remaja Kembar 13 Tahun Mangsa Serakah Datuk Alasan ' Pendidikan #Seks '

Pages

Wednesday, December 5, 2012

Remaja Kembar 13 Tahun Mangsa Serakah Datuk Alasan ' Pendidikan #Seks '

Atas prinsip yang bersalah wajib dihukum, seorang wanita dengan berat hati membuat laporan polis ke atas bapanya selepas lelaki itu mencabul dua cucu kembarnya yang berusia 13 tahun.


Wanita terbabit yang berusia 37 tahun hilang sabar apabila bapanya yang berusia 78 tahun beberapa kali melakukan perbuatan menjijikkan itu di rumahnya di Bukit Puchong, di sini, sejak November lalu.


Sumber polis berkata, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong, di sini, jam 2 petang, kelmarin selepas kedua-dua mangsa yang juga anak saudaranya menceritakan perbuatan aib datuk mereka.


Menurutnya, dua beradik kembar perempuan itu tinggal bersama datuk dan nenek mereka yang berusia 78 tahun sejak kecil selepas ibu dan bapa mereka bercerai hampir 10 tahun lalu.


"Bapa kembar itu kini menjalani hukuman penjara manakala ibu mereka bekerja di utara tanah air. Mengikut laporan, mangsa memberitahu mula dicabul datuk mereka sejak awal November lalu.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...