Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: #Taliban Rekrut Anggota Melalui #Facebook

Pages

Monday, December 10, 2012

#Taliban Rekrut Anggota Melalui #Facebook



Pejuang Taliban dilaporkan mewujudkan akaun dalam laman sosial Facebook bagi merekrut peminat yang berkebolehan dalam bidang penulisan majalah dan suntingan video.


Menurut jurucakap polis Pakistan, laman Umar Media TTP yang kini memiliki 270 peminat sejak September lalu dan memaparkan beberapa mesej dalam bahasa Inggeris.


"Dengan bangganya, Umar Media mengumumkan jawatan kosong. Beberapa tugasan yang perlu dilakukan adalah suntingan video, terjemahan, perkongsian, muat naik dan turun serta mengumpul data yang diperlukan.


"Sila sebarkan mesej ini kerana akaun ini mungkin akan dihapuskan tidak lama lagi," menurut kenyataan yang dihantar ke laman web pada 25 Oktober lalu.


Sementara itu, jurucakap Tehreek-e-Taliban (TTP), Ehsanullah Ehsan mengesahkan pada Jumaat lalu, bahawa laman berkenaan hanya bersifat sementara bagi memenuhi syarat sebelum pelancaran laman web sebenar.


"Umar Media di bawah kelolaan TTP menggunakan Facebook bagi merekrut pengikut dalam tugasan media dan menjadi keluarga kumpulan penerbitan 'Ayah-E-Khilafat'," katanya dalam satu kenyataan.-AFP


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...