Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: #Gadis 16 Tahun Diberi Minum Arak & Dirogol Hingga Mengandung.

Pages

Tuesday, December 11, 2012

#Gadis 16 Tahun Diberi Minum Arak & Dirogol Hingga Mengandung.


Selepas sembilan bulan menyembunyikan kehamilannya, seorang remaja bawah umur terpaksa membiarkan rahsianya terbongkar apabila meminta bapanya menghantar ke hospital kerana tidak tahan lagi sakit untuk bersalin, kelmarin.


Difahamkan, gadis berusia 16 tahun yang keciciran sekolah dari Batu 34, Jalan Kuching-Serian itu tahu dia mengandung, tetapi menyorokkan daripada pengetahuan keluarga kerana takut.


Bapa gadis terbabit yang berusia 52 tahun terkejut apabila anaknya meminta tolong membawanya ke Hospital Serian (HS) kerana tiba masa untuk bersalin.


Keluarga terbabit membawanya ke hospital sebelum membuat laporan di Balai Polis Serian untuk tindakan lanjut.


Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Mohd Jamali Umi berkata, berdasarkan keterangan mangsa, kejadian berlaku Mac lalu jam 3.14 petang di sebuah asrama pekerja di Pekan Serian.


Katanya, mangsa yang bekerja di sebuah pasar raya di sini, berkenalan dengan lelaki berusia awal 20-an yang baru bekerja di tempat sama.


"Pada hari kejadian, lelaki itu mengajak gadis terbabit minum minuman keras di asrama mereka hingga mangsa tidak sedarkan diri. Apabila sedar, mangsa mendapati dia tidak berpakaian dan dipercayai dirogol," katanya ketika dihubungi.


Katanya, gadis itu bersemuka dengan lelaki terbabit meminta dia bertanggungjawab, tetapi tidak diendahkan, sebaliknya lelaki itu kini menghilangkan diri.


Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan polis kini memburu lelaki terbabit yang dipercayai berasal dari Lubok Antu untuk didakwa kerana merogol gadis bawah umur.


1 comment:

  1. sudah diaputkan dengan blog saya di "Sahabat Baru Kulaan"...

    terima kasih

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...