Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: 'Saya Tak Pernah Tidur Di #Hotel Itu'

Pages

Friday, December 7, 2012

'Saya Tak Pernah Tidur Di #Hotel Itu'

"Berilah peluang kepada polis menyiasat perkara itu," kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen mengenai dakwaan Ahli Parlimen Wang Maju, Wee Choo Keong yang mengatakan beliau melancong ke Austria dan menginap di sebuah hotel ais mewah.


Menurutnya, tuduhan Ahli Parlimen Bebas itu sama sekali tidak berasas serta tidak masuk akal dan beliau menafikan pernah ke hotel berkenaan, jauh sekali menginap di sana.


"Saya percaya ada individu mendapatkan maklumat dengan cara 'mengumpannya' daripada orang lain. Apabila maklumat ini sampai kepada individu tidak bertanggungjawab, mereka memutar belit fakta sehingga hilang fakta sebenar," katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pelancongan di sini, semalam.


Hadir sama, Timbalan Menterinya, Datuk Dr James Dawos Damit; Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Datuk Dr Ong Hong Peng dan Ketua Pengarah Pelancongan, Datuk Mirza Taiyib.


Sebelum ini, Wee pada persidangan Parlimen pada 6 November lalu mendakwa Dr Ng menggunakan kedudukannya untuk melancong ke Austria dan menginap di hotel mewah sehingga menelan belanja yang besar.


Dr Ng berkata, individu tidak bertanggungjawab yang sanggup 'mengumpan' orang lain semata-mata mahu mendapatkan maklumat terperinci mempunyai motif tersembunyi seperti memutar belit dan mengubah maklumat berkenaan untuk menjatuhkan orang lain.


"Justeru, sangat penting bagi pegawai supaya bertanggungjawab ke atas setiap maklumat yang dikendalikan kerana ia bersangkut-paut dengan kerajaan serta dokumen rasmi kerajaan. "Mereka perlu sentiasa memastikan maklumat dan dokumen yang disimpan adalah selamat bagi mengelakkan kemungkinan maklumat itu berada di tangan individu yang salah," katanya.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...