Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Dua #Gadis Pelancong Kena Rogol & Rompak.

Pages

Thursday, December 27, 2012

Dua #Gadis Pelancong Kena Rogol & Rompak.

Dua pelancong Russia mendakwa mereka dilarikan dengan sebuah kereta di Pattaya sebelum dirogol serta dirompak, kata polis.


Dua pelancong wanita Russia itu yang dikenali sebagai Maria dan Ananstasis membuat laporan mengenai kejadian itu di balai polis Pattaya kira-kira jam 5 pagi semalam.


Mangsa berkata, mereka sedang berjalan pulang ke hotel sebelum dipaksa masuk ke dalam trak pikap oleh seorang lelaki bersenjatakan pistol dan pisau, sementara dua lagi lelaki menunggu dalam kenderaan itu.


Suspek memandu ke arah daerah Sattahip sebelum memberhentikan kenderaan di kawasan hutan tepi jalan.


Mereka memaksa kedua-dua mangsa menanggalkan pakaian sebelum memperkosa mereka. Ketiga-tiga suspek kemudian melarikan diri dan meninggalkan mangsa di tepi jalan.


Wang tunai bernilai 3,700 baht (RM369) dan telefon pintar milik mangsa turut dilarikan.


Mangsa kemudian meminta bantuan daripada penduduk kampung berhampiran hutan itu untuk ke balai polis. - BP


1 comment:

  1. laman KamuntingCentral sudah paut di wubra.blogspot.com

    kalau sudi boleh lah paut kan Wubra kat sini jgk..

    Tq n Hapi Nuyer

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...