Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: GEMPAR!! MENANTU HADI AWANG DI TOLAK JADI CALON LARUT. PAS LARUT UGUT BOIKOT PRU13

Pages

Saturday, December 8, 2012

GEMPAR!! MENANTU HADI AWANG DI TOLAK JADI CALON LARUT. PAS LARUT UGUT BOIKOT PRU13



Semuanya gara-gara keputusan Pas Pusat.  Ghairah meletakkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yang baru empat bulan menyertai Pas sebagai calon bertanding Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) punca ahli akar umbi mula bertelagah.

Strategi Pas Negeri dan Pusat itu telah menimbulkan kekalutan baru selepas Yang Dipertua Pas Kawasan Larut, Dr Mohd Dhari Othman yang awalnya dipersetujui calon bertanding di kerusi Dun Selama, terpaksa digugurkan.

Calon baru di kerusi Dun Selama pula adalah Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri, Mohd Akmal Kamaruddin yang terpaksa memberi laluan kepada Fauzi membuatkan ahli akar umbi tidak senang duduk.

Semalam menjadi kemuncak bantahan apabila kira-kira 1,500 ahli Pas di enam cawangan utama dalam Dun Selama nekad tidak keluar mengundi pada PRU13 rentetan pengguguran Mohd Dhari.

Ketua Pas Cawangan Sungai Bayor, Ahmad Zanian Md Shuhor berkata, Pas Negeri menerusi Pesuruhjayanya, Abu Bakar Hussain telah mengumumkan Mohd Akmal adalah calon Pas Dun Selama.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...