Selain kerana vokal kental dan tubuh maskulinnya yang menghambat pandangan, vokalis Wings dengan nama komersial Awie ini sering dikaitkan dengan cerita gaduh.
Baru-baru ini timbul lagi cerita kononnya Awie bergaduh dan bertumbuk lagi di Pulau Langkawi, Kedah. Berita ini bukan kali pertama kerana cerita yang sama sudah sampai di pengetahuan umum pada bulan November tahun lalu.
Awie dengan tegas menafikan berita ini. Di samping isteri tercintanya Rozana yang menemani ketika temuramah, sang isteri juga menyatakan dia tahu selok-belok dan jadual Awie. Tampak kesal dengan berita angin ini, Awie menjelaskan suasana yang berlaku dalam dirinya kini.
AWIE: Saya sekarang ni tak keluar kecuali mengadakan persembahan di Kelantan dan Ipoh. Pulau Langkawi sudah lama saya tidak jejak kerana tiada kesempatan. Malah anggota Wings yang lain ada mengajak saya ke sana tetapi saya tolak kerana sibuk.
Saya kurang pasti kenapa orang masih nak kaitkaTn saya dengan cerita ini. Baru-baru ini di Ipoh, orang kata saya jual dadah, senjata api dan terlibat dengan pelacuran serta gangster.
Saya memang membuka sebuah kelab di Ipoh. Ini bidang saya iaitu hiburan dan kami ada live band di kelab tersebut. Kelab dengan nama Malai Rock Station (MRS) ini sudah tiga bulan dibuka. Sejak itu orang mula menfitnah dan menipu saya. Persepi manusia memang begitu dari zaman 80an, kalau rock sahaja mesti jual dadah.
Saya buat tidak tahu. Malah ada orang kata saya kini dalam pemerhatian. Pada saya, ini rezeki dan kerja saya. Hak manusialah mahu bercakap dan saya tidak boleh hentikan. Saya bersyukur orang masih mengingati saya dengan cara baik dan buruk. Maksudnya saya masih hero.
Walaupun banyak difitnah dan ditipu, nampaknya rezeki Awie sekarang makin murah dengan pengacaraan program Tunggu Sekejap dan juri untuk Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012).
Syukur tetapi mesti ada orang cakap saya tamak. Kenapa saya jadi pengacara? Kerana saya mahu membuat eksplorasi dalam bidang lain. Isteri saya juga memberi dorongan buat saya. Untuk jadi pengacara, kita perlu ada ilmu.
Dahulu, Boboi ajak saya sertai mereka tapi saya tolak sebab sibuk dengan penggambaran. Saya juga ditawarkan jadi juri tapi saya tolak kerana pementasan Teater Lat The Musical. Kini tawaran datang lagi dan saya terima. Jujurnya. saya tidak suka untuk komen sebab takut orang terasa. Jadi saya bagi komen yang selamat dan dapat membina semangat.
Secara peribadi, mutu agak kurang. Asyik-asyik nama tiga kumpulan yang sama berada di tangga atas. Tapi mungkin kerana awal lagi.
Saya akan mula dengan penggambaran Zombie Kilang Biskut. Ada beberapa filem saya yang belum ditayangkan seperti Husin, Moon dan Jin Toncit, Frankenstein, Bikers Kental dan Rentaz. InsyaAllah, bulan Februari nanti saya akan membuat penggambaran filem Gangster Superstar arahan Khabir Bhatia.-Kosmo
No comments:
Post a Comment