Oleh itu, katanya, adalah tidak wajar untuk mengatakan hanya di Kelantan sahaja rakyat bukan Melayu berasa selamat hingga mahu mewajarkan cadangan menjadikan Kelantan model pentadbiran Negara Islam.
Beliau mengulas cadangan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chow yang mahu pentadbiran kerajaan Kelantan dijadikan model bagi pentadbiran negara Islam sebenar.
"Kelantan sepatutnya menjadi modul politik kepada masyarakat yang berbilang bangsa di Malaysia ini.
"Di Kelantan, walaupun orang Cina, India dan Orang Asli hanya lima peratus jumlah penduduk di Kelantan, hak mereka dilindungi, agama mereka dapat dianuti dengan bebasnya," kata Pang Chow semasa menjadi tetamu dalam program Meja Bulat, anjuran Antarapos di sini, baru-baru ini.
Bagaimanapun Dr Yusri berkata, rakyat memahami hakikat bahawa di mana pelosok pun di Malaysia adalah selamat bagi rakyat bukan Islam maka adalah tidak wajar hanya Kelantan dijadikan sebagai model Negara Islam.
Malah sebaliknya, kata Dr Yusri, cadangan Hu adalah tidak wajar kerana faktor perbezaan budaya dan demografi di Kelantan adalah amat berbeza dengan negeri-negeri lain di Malaysia.
"Orang Islam di Malaysia memahami dengan agak baik. Jarang Melayu yang ekstrim. Secara umumnya, mereka memahami Islam dengan fahaman yang tidak tersasar dan memahami orang bukan Islam tidak boleh dizalimi.
"Sebelum PAS pun, tidak kedengaran masalah antara Islam dan bukan Islam kerana pemahaman dan peratusan demografi di Kelantan memang begitu.
"Kalau di negeri-negeri yang demografi berbeza dan minoriti bukan Islam itu agak besar, secara natural lebih mencabar dan perlu berhati-hati dalam menguruskannya," kata beliau.
Dalam perbincangan meja bulat itu Dr Yusri dan Hu turut disertai Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan yang menganggap tahap "rasa tidak selamat" di Kelantan kecil berbanding di negeri-negeri lain.
Dalam program yang membincangkan topik 'Negara Islam: Hak Bukan Islam', Hu berkata, pentadbiran negeri Kelantan seiring dengan perjuangan PAS yang berjaya memberikan gambaran 'negara Islam' yang sebenar.
AP
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment