Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Karpal Singh Tak Puas Hati..!! Minta Penjelasan Hadi.

Pages

Wednesday, December 12, 2012

Karpal Singh Tak Puas Hati..!! Minta Penjelasan Hadi.

Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan secara terbuka pendirian parti itu mengenai isu pengasingan gender, dan bukannya menyerahkan perkara itu kepada Exco Kelantan.


Karpal, yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, sikap berdiam diri exco Kelantan dalam mengkaji semula peraturan mengenai pengasingan gender yang melarang wanita bukan Islam memotong rambut lelaki bukan Islam, dan sebaliknya di salon di Kota Bharu tidak menunjukkan kerajaan yang bertanggungjawab.


"Pemimpin-pemimpin Pas perlu sedar bahawa sikap membisu bukan jalan penyelesaian dan ia hanya memburukkan keadaan. Peraturan itu perlu dihapuskan dengan segera," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Karpal berkata, kenyataan mengenai penguatkuasaan pengasingan gender oleh Majlis Perbandaran Kota Baharu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan.


"Bagi beliau (Takiyuddin) peraturan itu bukan satu isu dan beliau berkata undang-undang itu dikuat kuasa sejak 1991 selaras dengan slogan kerajaan Pas Kelantan 'Membangun Bersama Islam' yang merangkumi orang Islam dan bukan Islam, dan pada 1999 syarat yang lebih ketat dikenakan oleh Majlis," katanya.


Karpal berkata, kenyataan itu pastinya menimbulkan kebimbangan di kalangan bukan Islam bahawa cubaan sedang dibuat untuk melaksanakan undang-undang Islam terhadap bukan Islam yang akhirnya bermakna pengenalan hudud kepada bukan Islam.


"Rasional dalam melaksanakan undang-undang itu kepada bukan Islam ialah seperti diakui Takiyuddin, sejajar dengan slogan membangun bersama Islam yang bermakna melibatkan pengenalan nilai-nilai Islam terhadap bukan Islam," katanya.


Beliau berkata, Pas perlu mengambil tindakan segera mengenai isu itu memandangkan pilihan raya umum semakin hampir. - Bernama

Sent by kamuntingcentral.blogspot.com from Perak Cycber Troopers

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...