Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Mustafa Ali Akui #Pas Akan Tewas di #PRU13

Pages

Saturday, December 15, 2012

Mustafa Ali Akui #Pas Akan Tewas di #PRU13



Isu saman "kelakuan kurang sopan" ke atas pasangan bukan Islam oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan berkemungkinan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Datuk Mustafa Ali.


Setiausaha agung PAS itu mengakui tempias akan dirasai oleh PR menjelang pilihan raya umum ke (PRU) 13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.


"Saya tidak boleh kata langsung tidak memberikan kesan kepada pengundi bukan Islam," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah.


"Ia mungkin ada beri kesan." PAS, DAP dan PKR mendapat kemenangan bersejarah semasa PRU 2008, merampas empat lagi negeri dan memenangi 82 kerusi parlimen untuk menafikan majoriti tradisi dua pertiga gabungan Barisan Nasional (BN) daripada 222-kerusi.


Kemenangan 2008 menguatkan keyakinan PR untuk bekerja bermatian-matan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dan membentuk kerajaan persekutuan tetapi beberapa siri isu-isu menyebabkan mereka berada dalam keadaan defensif.


Mustafa juga menyalahkan MCA kerana membesar-besarkan isu ini dan memberi persepsi buruk kepada PR, mengkritik akhbar harian bahasa Inggeris The Star, kerana mempunyai niat jahat terhadap parti tersebut.


"Ia mungkin menyebabkan timbul persepsi kurang baik kepada PR," tambah Mustafa. "Tindakan MCA ini adalah satu tindakan jahat."


The Star melaporkan tentang penguatkuasa Kelantan menyaman dua pasangan bukan Islam berkhalwat baru-baru ini, jenayah di bawah undang-undang syariah, tetapi PAS dengan pantas menjelaskan ianya saman bagi kelakuan tidak senonoh.


MCA mengutuk tindakan oleh penguatkuasa negeri dan menuduh kerajaan PAS mengenakan hukum hudud ke atas bukan Islam.


Sekutu PAS seperti pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan ketua Dewan Perhimpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw masuk campur dalam isu itu, dan meminta kerajaan negeri untuk menjelaskan tentang saman tersebut.


Pendandan rambut bukan Islam di Kelantan baru-baru ini dilaporkan disaman kerana mempunyai pelanggan daripada jantina berlainan, melanggar undang-undang kecil kerajaan tempatan yang melarang pendandan rambut wanita daripada bekerja untuk lelaki dan sebaliknya — mencetuskan kekecohan tentang pelaksanaan undang-undang Islam.


Akan tetapi kerajaan Kelantan menggantung peraturan-peraturan berkaitan dengan pendandan rambut dua hari lalu selepas kekecohan tersebut.


Menjelang PRU ke-13, BN berusaha keras untuk tidak menggalakkan pengundi bukan Islam daripada mengundi PR dengan mengatakan PAS akan melaksanakan kod keseksaan Islam, hudud, dan mewujudkan sebuah negara Islam.


Walaupun bukan Islam dikecualikan daripada undang-undang Syariah, sistem dua mahkamah di Malaysia menyebabkan pertindihan dan kekelabuan mengenai kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Sent by kamuntingcentral.blogspot.com from Perak Cycber Troopers











No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...