Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Panass!!! Aksi Foto Pelakon #Malaysia Dengan Tunang Tersebar!!

Pages

Friday, January 25, 2013

Panass!!! Aksi Foto Pelakon #Malaysia Dengan Tunang Tersebar!!


Kurang 2 minggu saja lagi, pelakon berbakat besar, Liyana Jasmay, 24, menanti detik bahagia bergelar isteri.


Memilih ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan, 28, sebagai pasangan hidup, pelantun lagu Cinta Bersatu, ini bakal disatukan pada 2 Februari depan.


Namun, dalam keterujaan itu, pasangan ini dihimpit kontroversi menjelang hari pernikahan tidak lama lagi.


Menerusi gambar pra perkahwinan yang dirakam di Hyatt Regency Kuantan Resort, Isnin lalu, ia mengundang kontroversi apabila ramai pihak mula mengkritik tindakan pelakon dan penyanyi ini.


Gambar yang menampilkan babak romantik itu turut merakamkan aksi mesra mereka dan sekali gus mengundang rasa tidak puas hati ramai pihak kerana ianya dilihat bertentangan dengan nilai dan budaya masyarakat kita.


Zass cuba mendapatkan penjelasan daripada tuan badan, akhirnya, ibu Liyana, Datin Habsah Simpon, mengeluarkan rasa terkilan berikutan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu.


"Saya dan keluarga kesal dengan apa yang berlaku. Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku ketika ini memandangkan majlis bakal berlangsung tidak lama lagi,


"Gambar itu sepatutnya tidak boleh dipaparkan kepada umum kerana perkara ini telah dijanjikan sejak awal lagi. Ia hanyalah untuk simpanan peribadi sahaja.


"Kami kesal dengan tindakan jurugambar berkenaan. Namun, tidak perlu diperkatakan lagi kerana ianya telah berlaku dan kami akui kesilapan itu," katanya dengan nada kesal.PA





5 comments:

  1. Nak bagitau, artis2 ni apa saja kelaku jahat mereka adalah tidak menjadi kesalahan samaada dari segi moral atau agama, selagi ianya tidak dibocorkan dan diketahui peminat. Salah bagi mereka ialah bila peminat tahu... Kalau Allah tahu , itu tidak menjadi salah dan menimbulkan permasaalahan. Lihatlah kes Linda Rafar, WNA, Jehan Miskin dan banyak lagi. Jadi kesimpulannya artis dan masyarakat adalah entiti yang berbeza dan tidak boleh sama sekali disamakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, jehan miskin tiada gambar kontroversi, jadi jehan tidak masuk kategoti, tapi ia masuk dlm kes disyak shj.

      Delete
  2. Makin teruk budaya Melayu kaya yg terikut2 dgn budaya barat. Apa guna pra-wedding tu?. Sekarang ini dah ada ucapan selepas perkahwinan mcm majlis kahwin kristian?.. apa mau jadi

    ReplyDelete
  3. aik..betoi ka mak dia cakap begitu? apa kita nak kesah kalu mak bapak dia rasa ok je berpeluk begitu sebelum akad nikah? memang u all ni busy body la...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...