Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: #Israel : Felda Mahu Saman Harakah & Suara Keadilan.

Pages

Saturday, December 1, 2012

#Israel : Felda Mahu Saman Harakah & Suara Keadilan.

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) akan bertindak menyaman dua lidah rasmi pembangkang termasuk Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman dalam masa terdekat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.


Ahmad berkata Felda akan menyaman akhbar Harakah dan Suara Keadilan serta Mazlan berdasarkan artikel yang dikeluar kedua-dua akhbar pro-pembangkang itu yang didakwa cuba memburukkan agensi Bumiputera itu.


"Pembangkang memang pembohong dan pemfitnah, mereka menuduh Felda berurusniaga dengan Israel, PM khianati rakyat Palestin. Akhbar suara mereka, akhbar ini memfitnah Felda.


"Jadi mereka memfitnah Felda bermaksud mereka memfitnah kerajaan juga," katanya kepada pemberita di Bilik Pulau Pinang, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tadi.


Laporan tersebut dimuatkan di dalam akhbar Suara Keadilan bertajuk 'Najib Mesra Israel' bertarikh 27 November lalu.


Sementara akhbar Harakah pula didakwa memburukkan badan itu dengan artikel bertajuk 'Minyak Sawit Jual Ke Israel' dilihat cuba mengaburi mata rakyat dengan tuduhan yang tidak berasas itu.


Ahmad selain itu berkata dakwaan akhbar itu jelas berniat jahat dan bermotifkan politik.


"Kumpulan Felda tidak pernah jual minyak kepada Israel," katanya.


Ahmad dalam pada itu mengaskan Bunge Agribusiness Singapore Private Limited bukannya sebuah syarikat Israel seperti yang didakwa oleh akhbar itu.


Katanya lagi syarikat tersebut adalah anak syarikat Bunge Limited, sebuah syarikat senaraian awam di Amerika Syarikat iaitu negara yang mana Malaysia sememangnya mempunyai hubungan diplomatic dan perdagangan.


"Kami ingin menegaskan bahawa polisi Kumpulan Felda adalah jelas di mana kami tidak oernah dan tidak akan pernah menjalankan urusniaga dengan Israel," katanya.

AP





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...