Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Pakaian Terlalu Seksi Tidak Tutup Aurat? Ia Diluar Bidang kuasa Saya.

Pages

Monday, December 3, 2012

Pakaian Terlalu Seksi Tidak Tutup Aurat? Ia Diluar Bidang kuasa Saya.



SEAWAL usia 12 tahun membabitkan diri dalam iklan komersial, Siti Saleha Mohd Baharom (Saleha) kini boleh berbangga dengan pencapaiannya. Bukan saja diminati ramai, tetapi bakat dimiliki Saleha turut mendapat perhatian penerbit dan pengarah filem mahupun drama tempatan.


Tampil dengan drama terbaru Terlanjur Cinta di TV9 bergandingan dengan Aqasha, gadis berasal dari Klang Selangor ini dilamar pula membintangi filem Mamak Cupcake arahan Woo Ming Jin, pemenang anugerah Filem Pendek Terbaik (Sonje Award), Festival Filem Antarabangsa Pusan, Korea 2010.


Sepanjang kariernya, Saleha membintangi 15 telefilem, 12 drama bersiri dan tujuh filem yang kini menanti tarikh tayangan. Menilai setiap drama mahupun filem dilakonkan, jelas watak gadis malang seperti mangsa cinta, baik mahupun bertudung menjadi terlalu sinonim dengan dirinya.


Ketika ditemui di sesi fotografi khas bersama SELEBRITI, Saleha secara peribadi menyedari hakikat ini dan dia menganggap watak diberikan penerbit mahupun pengarah kepadanya agak 'submissive' (individu yang selalu patuh).


"Saya tidak dapat mengelaknya kerana daripada maklum balas diperoleh, memang itu watak digemari penonton kita. Sebagai pelakon, tidak kira apa watak, saya harus melaksanakannya dengan baik. Jika penonton suka, bermakna saya berjaya menzahirkan watak berkenaan," katanya.


Di sebaliknya, Saleha akui watak yang dibawakan selama ini, jauh berbeza dengan sikap dirinya yang sebenar. Secara jujur, katanya, dia berpegang kuat kepada semangat feminisme (fahaman yang menuntut persamaan hak wanita seperti dinikmati lelaki).


"Kalau saya berada dalam situasi watak yang dilakonkan di mana sering dianiaya lelaki, memang sudah lama saya tinggalkan. Tidak perlu buang masa dan wanita harus bijak supaya tidak menganiaya diri sendiri," katanya.


Waktu sama, boleh dikatakan hampir kebanyakan watak dilakonkan Saleha menampilkan dirinya sebagai wanita sopan dan bertudung.


Mengenai penampilan watak dilakonkan, jelas Saleha, pernah juga timbul kebimbangan apabila ada peminat terlalu taksub tidak boleh menerima dirinya, terutama apabila melihat penampilan berbeza dengan watak dijayakan.

"Ketika mula-mula terbabit dalam dunia seni, saya terlebih dulu menjadi peragawati dan pernah memenuhi undangan menjayakan fotografi fesyen, di mana pakaian digayakan terdedah. Apabila saya menjayakan watak gadis bertudung dalam Nora Elena dan menjadi hit, ada pihak cuba menggunakan gambar terbabit untuk dijadikan isu.

"Sebagai gadis remaja, saya suka bergaya dan pakaian dikenakan bukan menutup aurat keseluruhan. Bagaimanapun, saya juga tidak gemar berpakaian keterlaluan sehingga terlalu terdedah. Tengok pada keadaan dan situasi.

"Apabila menjayakan sesi fotografi untuk majalah, pakaian disediakan lebih awal. Kalau ia dianggap seksi, ia di luar bidang kuasa saya. Namun, setakat ini saya tidak rasa penampilan saya di akhbar atau majalah melampaui batas," katanya.
Metro



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone













No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...