Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: MB Perak DS Dr Zambry Bakal Saman DS Nizar..?

Pages

Thursday, December 20, 2012

MB Perak DS Dr Zambry Bakal Saman DS Nizar..?

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menafikan dakwaan di laman Twitter milik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin bahawa beliau memberi kelulusan tanah seluas 14,000 hektar kepada sebuah syarikat.


Menurutnya, kenyataan Mohammad Nizar itu merupakan satu tuduhan serius dan meminta ahli politik itu menghentikan pembohongan tersebut.


“Beliau mengeluarkan kenyataan yang berunsurkan penipuan dan tanpa segan silu atau rasa bersalah menghebahkan perkara seumpama itu dan seolah-olah telah menjadi sebahagian daripada kehidupan, suka cakap berbohong serta suka memutarbelitkan kenyataan.


“Kalau hanya berdebat di dalam dewan untuk mendapatkan penjelasan tak apa tetapi ini disambungkan pula kepada Twitter dan ini sikap yang tidak profesional,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sisi sidang Dun, hari ini,


Zambry berkata, Mohammad Nizar sepatutnya meminta penjelasan di Dun dan ia merupakan medium terbaik untuk mendapatkan jawapan tidak mengeluarkan kenyataan di Twitter.


“Adakah dia tak fikir bila dia tweet ia akan dibaca oleh semua orang dan dia telah menyebarkan lagi perkara yang telah diputar belitkan.


“Tuduhan yang dibuat itu pernah ditimbulkan tiga tahun lalu dan ia tidak benar sama sekali malah kita telah jelaskan beberapa kali tetapi dimainkan semula kerana pilihan raya dah dekat,” katanya.


Menteri Besar turut membidas Mohammad Nizar yang berterusan menimbulkan isu syarikat Vale yang telah dibangkitkan beberapa kali sebelum ini.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...