Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Tubuh #Gadis 'Diratah' Sebelum Disamun

Pages

Wednesday, January 16, 2013

Tubuh #Gadis 'Diratah' Sebelum Disamun


Seorang wanita bukan saja disamun malah nyaris menjadi mangsa rogol seorang lelaki ketika melalui Jalan Sang Peng, di sini, Jumaat lalu menyebabkan kerugian RM400.


Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 33 tahun yang sedang berjalan bersendirian untuk ke unit kondominiumnya di lokasi kejadian sebelum diekori seorang lelaki tidak dikenali.


Mangsa dan lelaki itu menaiki lif sama hingga ke tingkat enam dan sebaik pintu lif terbuka, lelaki itu tiba-tiba bertindak ganas dan menarik tangan mangsa ke arah tangga berhampiran sebelum meraba seluruh tubuhnya.


Mangsa menolak lelaki itu sebelum menjerit sekuat hati dan terus berlari ke arah unit kediamannya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...