Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Kantoi!!! Dua #Wanita Sembunyi Syabu Dalam Kemaluan

Pages

Saturday, January 12, 2013

Kantoi!!! Dua #Wanita Sembunyi Syabu Dalam Kemaluan


Dua wanita ditahan di Lapangan Terbang Don Mueang bersama lebih 3,000 pil syabu yang disembunyikan dalam kemaluan mereka, kata polis semalam.


Menurut jurucakap polis, pihak berkuasa menerima maklumat mengenai sejumlah dadah yang cuba diseludup ke Bangkok dari Chiang Rai.


“Selepas pesawat disyaki mendarat, polis menahan dua wanita berusia 28 dan 26 tahun.


“Pemeriksaan pada badan mereka membolehkan pihak berkuasa menemui 3,473 pil syabu yang dibungkus dalam kondom dan disimpan dalam kemaluan mereka,” katanya.


Polis mendedahkan identiti wanita terbabit sebagai Anu Ma-Yer, dan Sukanda Chue-Mue.


Katanya, suspek mengaku dadah berkenaan dibawa untuk seorang pengedar di Bangkok. “Hasil maklumat diberi, seorang pengedar dadah berusia 31 tahun ditahan di sebuah pusat membeli-belah di Ramkamheang bersama 60,000 pil dadah,” katanya. - BP


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...