Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Kantoi!!! Suami Iblis Dicekup #Bogel Bersama Isteri Lalok

Pages

Friday, January 18, 2013

Kantoi!!! Suami Iblis Dicekup #Bogel Bersama Isteri Lalok



Gelaran suami setan mungkin layak diberi kepada seorang lelaki kerana mengajar isterinya yang baru setahun dikahwini cara mengambil dadah syabu dan mereka diberkas polis ketika sedang tidur di sebuah rumah di Jaya Gading di sini, pagi kelmarin.


Dalam serbuan jam 2.30 pagi itu, pasangan berusia 28 dan 30 tahun itu diberkas selepas gagal
melarikan diri kerana sepasukan anggota polis mengepung rumah itu.


Sumber berkata, ketika serbuan, sepasukan anggota polis mendapati pasangan terbabit sedang tidur dalam keadaan berbogel sebelum mengarahkan mereka memakai pakaian.


Menurutnya, hasil pemeriksaan dalam rumah, polis menemui bungkusan plastik mengandungi 70 biji pil kuda dan serbuk keputihan dipercayai dadah jenis heroin.


Katanya, polis percaya lelaki terbabit mendapat bekalan dadah dari negeri jiran untuk diedar kepada penagih dengan harga RM25 sebiji bagi pil kuda manakala heroin dijual mengikut sukatan.


1 comment:

  1. Salam dato' ...... koi dah pautkan blog deme. koi mohon pautkan gak bolog koi http://raja-jawa.blogspot.com dalam blog deme ..... leh kan dato' ....TQ.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...