Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Kantoi!!! #Gadis Setiausaha Syarikat Berkhalwat!!!

Pages

Thursday, January 24, 2013

Kantoi!!! #Gadis Setiausaha Syarikat Berkhalwat!!!


Sepasang kekasih yang sudah bertunang sejak dua tahun lalu termasuk seorang gadis dicekup berkhalwat di sebuah apartmen di Taman Mulia Jaya di sini, awal pagi semalam.

Wanita berusia 24 tahun yang juga setiausaha di sebuah syarikat ditahan bersama kekasihnya dalam serbuan yang dijalankan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, kira-kira jam 2 pagi.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, lelaki berusia 28 tahun itu memberi alasan baru singgah di rumah tunangnya itu untuk menghantar barang.

“Lelaki yang bekerja di sebuah syarikat automobil itu juga memberi alasan terpaksa menyewa bilik di rumah itu kerana sukar untuk mencari rumah atau bilik sewa berhampiran dengan tempat kerjanya,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, penguat kuasa menjalankan serbuan selepas menerima aduan daripada orang awam.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang wanita berpakaian lengkap membuka pintu.

“Kami menunggu hampir sepuluh minit sebelum wanita berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Sebaik memasuki rumah berkenaan, seorang lelaki berpakaian lengkap berseluar pendek keluar ke ruang tamu daripada salah sebuah bilik di rumah berkenaan,” katanya.

Katanya, pemeriksaan lanjut di rumah itu turut menemui seorang wanita berusia 21 tahun yang dipercayai rakan kepada teman wanita lelaki berkenaan di sebuah bilik.

“Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Balai Daerah Ampang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kesemua mereka juga dikehendaki hadir mengikuti sesi kaunseling yang dikendalikan Masjid Al-Azim mengikut tarikh yang ditetapkan,” katanya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...