Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Post Mortem #KL112 - #HKR112 - Gagal Teruk!

Pages

Sunday, January 13, 2013

Post Mortem #KL112 - #HKR112 - Gagal Teruk!

1. Tamat sudah Himpunan Kebangkitan Rakyat yang moga-moga menjadi himpunan terakhir sebelum rakyat Malaysia menempuhi PRU ke-13.


2. Rata-rata mengatakan bahawa perhimpunan anjuran Mat Sabu dan Hishamuddin Rais ini gagal mencapai matlamat yang dikehendaki. Memang pada namanya sahaja angka 1 Juta itu sengaja diletakkan untuk menanamkan rasa gerun dan takut kepada pihak kerajaan dan penyokong kepada kerajaan.


3. Namun hasrat sebenar Mat Sabu dan Hishamuddin Rais adalah untuk mendapat sekurang-kurangnya lebih daripada kapasiti kawasan tampungan stadium dan persekitarannya adalah gagal.


4. Tujuannya adalah untuk menyukarkan perlaksanaan modus operandi pihak polis agar berlaku pergeseran antara peserta dan pihak berkuasa. Dengan memilih 8 kawasan berbeza sebagai tempat mula, logistik peserta perhimpunan untuk sampai ke Stadium Merdeka dengan jumlah lebih daripada 50,000 orang adalah satu mimpi ngeri walaupun untuk sesebuah syarikat Event Management yang sudah berpengalaman.


5. Kecekapan pihak berkuasa terutamanya pihak polis mengatur perjalanan, melaksanakan perkara mengikut SOP yang telah ditetapkan haruslah dipuji. Walaupun berhadapan dengan khalayak yang tidak putus-putus melakukan provokasi, tetapi kecekalan pihak polis menjadi kunci himpunan hari ini tidak bertukar menjadi hodoh.


6. Walaupun telah digariskan oleh pihak polis yang pada mana kanak-kanak kurang dari umur 15 tahun tidak dibenarkan untuk mengikuti himpunan ini, masih lagi terdapat ibu bapa yang tidak bertanggung jawab engkar dengan arahan tersebut.


7. Arahan dari Hishammuddin Rais supaya ada ibu bapa membawa anak kecil mereka adalah untuk melakukan provokasi terancang kepada pihak polis. Apabila polis menahan ibu bapa tersebut, maka akan berlaku pergelutan antara pihak polis dan ibu bapa. Di dalam situasi ini, pihak polis akan berada pada keadaan 'disadvantage' kerana walaupun terdapat pewartaan undang-undang dikeluarkan, mereka yang dilihat melindungi anak-anak kecil akan mendapat 'favourable angle' daripada pihak media.


8. Ini yang diharapkan oleh media pro-pembangkang untuk berlaku supaya mereka boleh memainkan isu kekasaran pihak polis kepada anak kecil.


9. Tetapi bagi pihak polis pula, mereka tidak bertindak ke atas ibu bapa ini pada waktu kejadian. Walaupun sengaja anak kecil dibawa lalu di hadapan polis, mereka tidak bertindak untuk menyaman ataupun melakukan tangkapan kepada ibu bapa tersebut bagi menjaga psikologi khalayak untuk tidak bertindak ganas.


10. Tahniah kepada pihak polis. Tetapi selepas ini mungkin surat saman tersebut akan sampai ke rumah-rumah mereka yang melakukan kesalahan demi untuk menegakkan undang-undang. Larangan-larangan serta batas-batas untuk mengikuti perhimpunan ini telah dikeluarkan di setiap saluran media yang ada. Tidak ada alasan lagi untuk ibu bapa ini untuk membawa anak mereka.KL7

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...