Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Perghh!!! Rasuah #Seks Di Kesan Berleluasa.

Pages

Friday, January 11, 2013

Perghh!!! Rasuah #Seks Di Kesan Berleluasa.

Agensi anti rasuah Indonesia berkata, amalan penggunaan seks sebagai suapan di negara itu berlaku dengan meluas dan menyeru pihak berkenaan menguatkuasakan peruntukan yang menganggap aktiviti berkenaan sebagai jenayah.


Menurut Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) itu, peruntukan itu ada dalam Undang-undang Antirasuah 2001. Jurucakap KPK, Johan Budi berkata, agensi itu percaya ‘hadiah’ dalam bentuk seks boleh dianggap sebagai rasuah atau sekurang-kurangnya imbuhan dan kegagalan melaporkannya boleh dihukum penjara. “Berdasarkan undang-undang, imbuhan termasuk seks dianggap rasuah jika ia diberi kepada seseorang atas kapasiti sebagai penjawat awam.


“Kedua, ia juga rasuah jika penerima hadiah itu gagal melaporkannya kepada pihak berkuasa dalam tempoh 30 hari,” katanya. Melalui peruntukan Undang-undang Antirasuah 2001, pesalah boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda sehingga lebih RM310,000.


Selain seks, pemberian habuan berupa wang, barangan, potongan harga, tiket penerbangan, kemudahan penginapan serta pelbagai bentuk hadiah lain boleh dianggap rasuah.


Kata Johan, KPK sedar pengamal rasuah menggunakan seks sebagai sogokan untuk mendapat apa yang diingini. “Kami masih menyiasat sebarang laporan yang membabitkan seks,” katanya kepada wartawan.


Sementara itu, sejak Disember dua tahun lalu, KPK sudah mengharamkan penjawat awam menerima sebarang tiket percuma daripada Persekutuan Bola Sepak Asia kerana ia juga boleh dianggap sebagai rasuah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.-JAKARTA POST


1 comment:

  1. Salam tuan,

    Mohon pautkan link kami
    sibuti-selamanya.blogspot.com

    Terima kasih

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...