Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Kantoii!!! Rumah Jiran 'Port Projek' Dibongkar!!

Pages

Sunday, January 27, 2013

Kantoii!!! Rumah Jiran 'Port Projek' Dibongkar!!


Penduduk kawasan perumahan Bayu Perdana, di sini, terkejut dan sama sekali tidak menyangka sebuah unit rumah teres dua tingkat yang terletak sebaris dengan kediaman mereka sebenarnya sarang kegiatan pelacuran yang sudah beroperasi sejak tiga bulan lalu.


Kegiatan sindiket yang menjadikan rumah itu sebagai pusat aktiviti pelacuran terbongkar apabila diserbu sepasukan polis daripada Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada jam 10.45 malam kelmarin.


Seorang penduduk, Razali Rizal, 47, ketika ditemui berkata, dia sangat terkejut melihat kehadiran ramai anggota polis dan tidak menyangka ada sarang pelacuran di kawasan perumahan itu.


Menurutnya, dia dan jiran lain tidak pernah mengesyaki kediaman diserbu itu adalah rumah pelacuran walaupun sering melalui kawasan itu berikutan sindiket dijalankan secara rapi bagi mengaburi mata penduduk setempat.


"Memang saya selalu nampak banyak kereta keluar masuk dari kawasan rumah ini, tapi saya tidak mengesyaki sesuatu yang buruk kerana sebelum ini rumah berkenaan didiami beberapa jururawat. – Metro

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...